Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
Sekretariat ASEAN (ASEC) telah membuka pencalonan ASEAN Prize 2021. ASEAN Prize 2021 merupakan anugerah terunggul di rantau ini yang diberi secara tahunan bagi mengiktiraf pencapaian membanggakan warga ASEAN atau organisasi di ASEAN yang menyumbang kepada usaha pembangunan komuniti ASEAN. Penasihat Kesihatan YAB Perdana Menteri, Tan Sr Dr. Jemilah Mahmood merupakan penerima ASEAN Prize 2019.
Tarikh tutup untuk pencalonan ialah pada 9 April 2021 dan dikemukakan ke alamat emel - farzana.sharib@moe.gov.my untuk tujuan penyelarasan di peringkat KPM. Majlis penganugerahan ASEAN Prize 2021 kepada pemenang akan diadakan semasa 54th ASEAN Ministerial Meeting, yang dijadualkan pada bulan Ogos 2021.
Permohonan Tingkatan 6 Ambilan Tahun 2021 bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) telah dibuka.
Sila imbas kod QR untuk syarat-syarat penyertaan dan e-melkan kepada tkckpm2021@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.
Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018, 2019 dan 2020 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara.