Showing posts sorted by relevance for query kertas kerja. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query kertas kerja. Sort by date Show all posts

Monday 16 April 2018

Power lah, cikgu! - hmetro

Zaharah Othman

GURU Bahasa Inggeris dari Keningau, Sabah yang pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa menerima penghargaan bagi projek pengajarannya, "Wonder Zone" sempena Persatuan Antarabangsa Guru Bahasa Inggeris sebagai Persidangan Bahasa Asing yang berlangsung di Brighton, baru-baru ini.
Mohd Sirhajwan Idek, 30, yang mengajar bahasa Inggeris di Kolej Vokasional Keningau dijemput untuk membentangkan kertas kerjanya di persidangan pendidik Bahasa Inggeris terbesar dunia yang mengumpulkan 30 pemenang Biasiswa Express Publishing 2018 yang berlangsung dari 9 hingga 13 Mei tahun lalu.
"Projek 'Wonder Zone' menyediakan perkhidmatan pendidikan jarak jauh yang dijalankan oleh pelajar saya.



"Projek ini digunakan sebagai platform bagi membangun dan melaksanakan projek mereka selaras dengan konsep Pembelajaran Berasaskan Projek," katanya.
Antara peserta lain yang menyertai pertandingan itu adalah ahli bahasa terkemuka David Nunan, Jeremy Harmer dan Scott Thornbury.
"Scott adalah seorang ahli bahasa yang terkenal, malah beliau ditugaskan sebagai mentor bagi membantu pembentangan kertas kerja saya.
"Saya gembira kerana diberi peluang untuk bekerjasama dan menimba pengalaman yang amat berharga," katanya.
Mengulas lanjut, Sirhajwan berkata, pada mulanya dia memilih sekolah rendah dan pelajarnya menentukan satu isu khusus yang akan dibangkitkan antaranya isu kesihatan, kebersihan, kemahiran membaca, menulis dan sukan.
"Mereka kemudiannya membangunkan projek terbabit di empat sekolah rendah yang berlangsung selama sebulan.
"Para pelajar menggunakan peluang yang ada untuk mengembangkan kreativiti, kemahiran komunikasi dan kerjasama menerusi Bahasa Inggeris.
"Kurang keyakinan diri antara penghalang yang membuatkan pelajar malu walaupun sebenarnya masing-masing berkebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris," katanya.


Antara enam anugerah global yang pernah dimenangi beliau adalah Macmillan Teachers at my Heart 2016, Norwich, United Kingdom, the International Innovation and Entrepreneurship Excellence in Teaching Award 2017, Paris, Perancisdan International ELT Research Conference PhD Grant 2018, Antalya, Turki.
Beliau juga memenangi Sumbangan Cemerlang dalam Pendidikan di Anugerah Pendidikan GESS 2018, Dubai serta Hadiah Guru Global 2018, Dubai.
Sirhajwan yang sudah enam tahun mengajar turut membabitkan diri dalam penyelidikan menerusi projek Pengajaran Komunikatif, Bahasa Inggeris untuk Tujuan Tertentu, literasi digital dan pembelajaran berasaskan projek.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 April 2018 @ 2:47 PM
Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/330553/power-lah-cikgu

Saturday 24 October 2020

Sambutan Maulidur Rasul - cikguayu.my

Sambutan MaulidurrasulBahan-Bahan Sambutan Maulidur Rasul ini saya kongsikan untuk kumpul bahan berkaitan Sambutan Maulidur Rasul, contohnya risalah, buku program, kertas kerja, label dan sebagainya. Sekiranya rakan-rakan ada simpan bahan tersebut, jom kongsikan bersama! Maksud Maulidur Rasul Maulidur Rasul bermaksud kelahiran rasul. Perkataan ini berasal dari Bahasa Arab sempena meraikan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Friday 16 April 2021

Jemputan Penyertaan Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) Peringkat Kebangsaan 2021 - Pengumuman KPM

Anjuran IPG Kampus Bahasa Melayu

Tema: Bersama Memartabatkan Pendidikan Bahasa Melayu

Tarikh KONBAYU: 27-29 Julai 2021
Tarikh Tutup Pendaftaran dan Penghantaran Abstarak: 20 Mei 2021
Penyertaan: Percuma
Pelantar: Secara dalam Talian
Pendaftaran: https://bitly.com/konbayu21
Maklumat lanjut: http://ipgkbm.edu.my/konbayu
Poster Acara KONBAYU: http://ipgkbm.edu.my/posterkonbayu

Acara Sepanjang KONBAYU
1. Pembentangan Kertas Kerja Ilmiah
2. Pertandingan dan Pameran Poster Digital
3. Pertandingan dan Pameran Inovasi
4. Pembentangan Kajian Tindakan BM dan KMK
5. Persembahan Apresiasi Seni

Terbuka kepada semua Tokoh Bahasa, Pensyarah Universiti Awam dan Swasta, Pensyarah IPG, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM, Guru sekolah menengah dan rendah, Penyelidik, Inovator dan Pemakalah.

 

 Muat Turun

 

PosterUtama



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan