Showing posts sorted by date for query stpm. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query stpm. Sort by relevance Show all posts

Thursday 14 May 2020

Pelawaan Kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian Secara Sepenuh Masa Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SEPENUH MASA TAHUN 2020

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan Anggota Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk memohon kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil atau Diploma Kemahiran (TVET), Diploma atau Ijazah Pertama Secara Sepenuh Masa Tahun 2020.

3.         Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.176/7/80/7 Klt.2(6) bertarikh 8 Mei 2020 dan garis panduan PPKP KPM untuk makluman dan rujukan. Permohonan dibuka mulai 8 Mei 2020 sehingga 30 April 2021.

4.         Permohonan penajaan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dan memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak JPA  Pemohon dikehendaki membaca dokumen tersebut dengan teliti dan mematuhi setiap keperluan yang dinyatakan dalam surat pelawaan tersebut.

5.         Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan dengan disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut: 

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (disediakan oleh BPSM, KPM);
  2. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  3. Surat tawaran dari pusat pengajian;
  4. Senarai penuh mata pelajaran yang bakal diambil;
  5. Kalendar akademik pengajian;
  6. Surat lantikan ke Perkhidmatan Awam;
  7. Salinan Buku Perkhidmatan yang lengkap;
  8. Borang pengesahan berpindah dan kebenaran membawa keluarga;
  9. Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (jika berkenaan);
  10. Borang Pengakuan Kesihatan JPA atau borang pemeriksaan kesihatan pusat pengajian - disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah;
  11. Salinan Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/A-level/setara - bagi Ijazah Pertama;
  12. Salinan Sijil Kolej Komuniti/Sijil TVET dalam bidang yang sama - bagi Diploma TVET;
  13. Borang Pengesahan Maklumat Pengajian TVET - bagi Sijil dan Diploma TVET; dan
  14. Slip pengiktirafan kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

6.         Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 45 hari sebelum pendaftaran pengajian pegawai kepada:

 

Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali

          

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Bahagian Profesionalisme Guru

Unit Komunikasi, Hubungan Antarabangsa dan Pendokumentasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3-6, Blok E13, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Encik Shaharudin bin Said

7.         Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:

Nama             : Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham

No. Tel.          : 03-8872 1514

Emel               : wnazzatu.wazaham@moe.gov.my

Nama             : Puan Paridah binti Ali

No. Tel.          : 03-8884 7947

Emel               : paridah.ali@moe.gov.my

Nama             : Encik Shaharudin bin Said

No. Tel.          : 03-8884 1065

Emel               : shaharudin.said@moe.gov.my

8.         Segala perhatian dan kerjasama pihak  YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

Urus Setia Latihan

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel: 03-887 21514/03-8884 7947

Faks: 03-8884 7925

 

Muat Turun Surat Edaran

Muat Turun Syarat PPKP Sepenuh Masa

Muat Turun Garis Panduan PPKP

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pelawaan Kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian Secara Separuh Masa Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA TAHUN 2020

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan Anggota Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk memohon kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama secara separuh masa tahun 2020.

3.         Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.176/7/80/7 Klt.2 (6) bertarikh 8 Mei 2020 dan garis panduan PPKP KPM  untuk makluman dan rujukan. Permohonan dibuka mulai 8 Mei 2020 sehingga 10 Julai 2020. 

4.         Permohonan penajaan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dan memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak JPA.  Pemohon dikehendaki membaca dokumen tersebut dengan teliti dan mematuhi setiap keperluan yang dinyatakan dalam surat pelawaan tersebut.

5.         Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak empat (4) salinan (1 salinan asal dan 3 salinan fotostat) dengan disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut: 

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B disediakan oleh BPSM, KPM);
  2. Borang Maklumat Ringkas Pengajian (yang dilengkapkan oleh pihak institusi pengajian seperti di LAMPIRAN C);
  3. Kalendar akademik terkini;
  4. Salinan kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh masa daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan;
  5. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  6. Salinan Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/A-level/setara;
  7. Salinan surat tawaran politeknik premier/universiti awam yang dipersetujui JPA;
  8. Salinan slip pendaftaran/surat pengesahan pendaftaran kemasukan ke institusi;
  9. Salinan keputusan peperiksaan terkini (jika berkaitan);
  10. Slip pengiktirafan kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); dan
  11. Salinan surat pelantikan ke Perkhidmatan Awam (bagi skim perkhidmatan terkini). 

6.         Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 6 Julai 2020 (Isnin) pukul 5.00 petang kepada:

 

Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali

           

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Bahagian Profesionalisme Guru

Unit Komunikasi, Hubungan Antarabangsa dan Pendokumentasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3-6, Blok E13, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Encik Shaharudin bin Said

7.       Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:

Nama             : Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham

No. Tel.          : 03-8872 1514

E-mel              : wnazzatu.wazaham@moe.gov.my

Nama             : Puan Paridah binti Ali

No. Tel.          : 03-8884 7947

E-mel              : paridah.ali@moe.gov.my

Nama             : Encik Shaharudin bin Said

No. Tel.          : 03-8884 1065

E-mel              : shaharudin.said@moe.gov.my

8.         Segala perhatian dan kerjasama pihak  YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

Urus Setia Latihan

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel: 03-8872 1514/03-8884 7947

Faks: 03-8884 7925

 

Muat Turun Surat PPKP

Muat Turun Garis Panduan PPKP



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday 6 May 2020

Pelanjutan Tarikh Permohonan Ke Tingkatan 6 (STPM) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KISAS & SMAP Labu Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Sukacita dimaklumkan PERMOHONAN KEMASUKAN KE  TINGKATAN 6  bagi calon STPM TAHUN 2020  (KISAS DAN SMAP LABU) dilanjutkan daripada 30 April 2020 (Khamis) sehingga 29 Mei 2020 (Jumaat).  Borang permohonan ke tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu boleh dimuat turun dalam laman Web KPM.

Borang  permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 29 Mei  2020 ke alamat berikut:

PENGARAH

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

ARAS 3,  BLOK 2251

JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA

SELANGOR DARUL EHSAN.

(U.P: PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN MURID SBP)

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) ditalian 03-83217400 atau emel ke permohonan.sbp@moe.gov.my

Sekian, terima kasih



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 16 March 2020

Permohonan Ke Tingkatan 6 (STPM) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KISAS & SMAP Labu Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Sukacita dimaklumkan PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 bagi calon STPM TAHUN 2020 (KISAS DAN SMAP LABU) dibuka bermula pada 16 Mac 2020 (Isnin) sehingga 31 Mac 2020 (Selasa). Borang permohonan ke tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu boleh dimuat turun di pautan di bawah:

Muat Turun Borang Permohonan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 31 Mac 2020 ke alamat berikut :

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
ARAS 3, BLOK 2251
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN.
(U.P: PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN MURID SBP)

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) ditalian 03-83217400.

Sekian, terima kasih.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan