Showing posts sorted by relevance for query stpm. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query stpm. Sort by date Show all posts

Wednesday 28 September 2016

Monday 2 September 2019

Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan..


Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan..
Perkongsian daripada *Ust. Zahazan Mohamed*
(YDP PIBG SMKAKL)

1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa & doakan utk mereka & sekalian org Islam sepanjang puasa.

2. Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang.

3. Beri anak minum air zam2 atau air masak banyak.

4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi.

5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab.

6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua2 yang lain.

7. Ingat ! Jangan sekali2 menjadikan anak stres dengan permintaan2 yang luarbiasa, memadailah kata2 berisi doa, motivasi & peniup semangat untuk mereka.

Antara surah yg digalakkan utk baca,

1. Surah Alam Nasyrah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13

Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang ...

Wallahua'lam.

#buat semua calon PEPERIKSAAN UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, PAV& SPMU 2019
Sumber : SMK Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor

Monday 14 January 2019

AMANAT MENTERI PENDIDIKAN TAHUN 2019 : SEMBILAN (9) INTERVENSI TELAH DIGARISKAN UNTUK DILAKSANAKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN, JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENGURANGKAN BEBAN TUGAS GURU.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

........

48. Oleh hal yang demikian, kementerian sedang berusaha keras untuk mengembalikan tugas hakiki para guru iaitu mendidik dan mengajar. Atas dasar itulah kita telah berjaya mengenal pasti punca tugas-tugas perkeranian yang mengganggu tugas utama guru, yang tidak lagi relevan malah perlu dimansuhkan. Hal ini dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan dari akar umbi; iaitu para guru yang mengajar di sekolah.

49. Untuk memastikan tujuan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, kementerian mempunyai perancangan jangka masa pendek, pertengahan dan panjang. Untuk perancangan jangka masa pendek, mulai Januari 2019, sembilan (9) intervensi telah digariskan untuk dilaksanakan oleh pihak Kementerian, JPN, PPD dan sekolah untuk mengurangkan beban tugas guru. Sembilan (9) intervensi tersebut telah dipecahkan kepada lima (5) inisiatif iaitu:
a. Inisiatif pertama: memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi, sebanyak tiga (3) intervensi akan dilaksanakan iaitu memudahkan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
b. Inisiatif kedua:  pengurusan data dan sistem online, sebanyak dua (2) intervensi akan dilaksanakan iaitu segala pengumpulan data hendaklah diambil dari sumber data sedia ada di dalam sistem KPM.  Di samping itu,  Sistem Kehadiran Murid dalam talian akan digunakan sepenuhnya bagi merekod kehadiran murid. Dalam hal ini, guru tidak lagi perlu mengisi buku Jadual Kedatangan Murid. 
c. Inisiatif ketiga:  sesuai dengan pemansuhan Peperiksaan Tahap 1, sekolah boleh merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang bersesuaian dengan keperluan murid di sekolah. 
d. Inisiatif keempat: penyeragaman borang dan proses pemantauan, sebanyak dua (2) intervensi akan dilaksanakan untuk memastikan guru tidak lagi terbeban untuk mengisi borang kebersihan, keselamatan & penarafan kantin.
e. Inisiatif kelima: penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah, intervensi yang akan dilaksanakan akan memastikan pelbagai jawatankuasa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik akan dimansuhkan.

50. Lima inisiatif ini merupakan langkah pertama untuk meningkatkan kualiti pengajaran, manakala langkah kedua pula melibatkan lebih banyak latihan dan kursus yang perlu bagi memastikan guru-guru mampu menawarkan pendekatan pengajaran yang terbaik.

......

Ikuti rakaman siaran langsung penuh di bawah untuk maklumat penuh. : 




Thursday 14 May 2020

Pelawaan Kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian Secara Separuh Masa Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA TAHUN 2020

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan Anggota Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk memohon kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama secara separuh masa tahun 2020.

3.         Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.176/7/80/7 Klt.2 (6) bertarikh 8 Mei 2020 dan garis panduan PPKP KPM  untuk makluman dan rujukan. Permohonan dibuka mulai 8 Mei 2020 sehingga 10 Julai 2020. 

4.         Permohonan penajaan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dan memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak JPA.  Pemohon dikehendaki membaca dokumen tersebut dengan teliti dan mematuhi setiap keperluan yang dinyatakan dalam surat pelawaan tersebut.

5.         Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak empat (4) salinan (1 salinan asal dan 3 salinan fotostat) dengan disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut: 

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B disediakan oleh BPSM, KPM);
  2. Borang Maklumat Ringkas Pengajian (yang dilengkapkan oleh pihak institusi pengajian seperti di LAMPIRAN C);
  3. Kalendar akademik terkini;
  4. Salinan kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh masa daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan;
  5. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  6. Salinan Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/A-level/setara;
  7. Salinan surat tawaran politeknik premier/universiti awam yang dipersetujui JPA;
  8. Salinan slip pendaftaran/surat pengesahan pendaftaran kemasukan ke institusi;
  9. Salinan keputusan peperiksaan terkini (jika berkaitan);
  10. Slip pengiktirafan kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); dan
  11. Salinan surat pelantikan ke Perkhidmatan Awam (bagi skim perkhidmatan terkini). 

6.         Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 6 Julai 2020 (Isnin) pukul 5.00 petang kepada:

 

Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali

           

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Bahagian Profesionalisme Guru

Unit Komunikasi, Hubungan Antarabangsa dan Pendokumentasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3-6, Blok E13, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Encik Shaharudin bin Said

7.       Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:

Nama             : Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham

No. Tel.          : 03-8872 1514

E-mel              : wnazzatu.wazaham@moe.gov.my

Nama             : Puan Paridah binti Ali

No. Tel.          : 03-8884 7947

E-mel              : paridah.ali@moe.gov.my

Nama             : Encik Shaharudin bin Said

No. Tel.          : 03-8884 1065

E-mel              : shaharudin.said@moe.gov.my

8.         Segala perhatian dan kerjasama pihak  YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

Urus Setia Latihan

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel: 03-8872 1514/03-8884 7947

Faks: 03-8884 7925

 

Muat Turun Surat PPKP

Muat Turun Garis Panduan PPKP



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan