Monday 7 August 2017

Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia

Berikut merupakan Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

Bil

Tajuk



1

SENARAI NAMA PEMINJAM TEGAR SEHINGGA 31 JULAI 2017

 Muat Turun

2

SENARAI NAMA YANG TELAH DIKELUARKAN DARI SENARAI PEMINJAM TEGAR DARI
BULAN JUN HINGGA JULAI 2017

 Muat Turun

Catatan:

(Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa akan dikemaskini pada
bulan berikutnya) Sebarang pertanyaan sila hubungi : Bahagian Tajaan
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 1, Blok 2251, Jalan
Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Talian Hotline : 03-8321 7124
atau Faks : 03-8321 7102, Emel :  penguatkuasaan@moe.gov.my

Diterbitkan Oleh Bahagian Tajaan Pendidikan

Friday 4 August 2017

Jemputan Bagi Menghadiri Program Transformasi Profesional (PTProfesional) Siri 5

Tuan/Puan,

Dengan segala hormat merujuk perkara di atas.

2.         Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM telah
menerima jemputan daripada Jabatan Perdana Menteri, berkenaan Program
Transformasi Profesional (PTPro) Siri 5/2017 seperti ketetapan
berikut:-

Tarikh                   :     25 – 27 Julai 2017

Tempat                 :     Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan

Pendaftaran         :     25 Julai 2017 (Selasa)

                                    9.00 pagi – 10.30 pagi

Program Tamat   :     27 Julai 2017 (Khamis)

                                  2.00 petang

3.           Objektif program ini adalah seperti berikut :

   3.1         Meningkatkan komitmen serta tanggungjawab bersama-sama
mempertahankan Tiang Seri Negara;

              3.2         Meningkatkan kefahaman & tindakan
pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean
Strategy, NBOS) antara Sektor

                            Awam, Badan Berkanun dan Sektor Swasta;

              3.3         Meningkatkan kefahaman & tindakan
pelaksanaan oleh perkhidmatan awam dalam mendepani cabaran
melaksanakan

                            Program Transformasi Negara;

              3.4         Sebagai platform untuk sesi perkongsian
maklumat bagi membolehkan para peserta mendapatkan input dan
pendedahan terkini isu-isu

                            semasa negara serta membantu Kerajaan
menjawab persoalan dan memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat
Malaysia; dan

              3.5         Membentuk rangkaian kerjasama antara Agensi
Kerajaan, Badan Berkanun dan juga Sektor Swasta bagi pegawai
pengurusan dan

                            professional gred pertengahan terutamanya
untuk pegawai bergred 44 hingga 54.

4.         Kuota pencalonan dari KPM adalah seramai dua (2) pegawai
daripada Kumpulan P&P gred 44 hingga 54 untuk menghadiri Program
tersebut.

5.       Sekiranya berminat, tuan/puan boleh membuat pengesahan
penyertaan menggunakan borang seperti di Lampiran A sebelum atau pada
7 Julai 2017 (Jumaat) jam 10.00 pagi. Pen calonan dari Pegawai
Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) adalah layak untuk memohon. Borang pengesahan penyertaan yang
telah lengkap di isi perlu dikemukakan kepada:

6.1       Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG)

                      Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,

Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 4, Blok E12, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 PUTRAJAYA.

          6.2      Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

                     Sektor Bina Upaya Keguruan,

                     Bahagian Pendidikan Guru,

                     Kementerian Pendidikan Malaysia,

                     Aras 3, Blok E13, Kompleks E,

                     Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

                     62604 PUTRAJAYA.

7.         Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut untuk
pertanyaan lanjut:

       BPSM

Encik Danial Abdillah bin Suhaimi

Tel                  :           03-8884 7943

E-mel             :           danial.suhaimi@moe.gov.my

                                           Faksimile       :
03-8884 7925

        ii. Puan Paridah binti Ali

Tel                  :           03-8884 7947

E-mel             :           paridah.ali@moe.gov.my

Faksimile       :           03-8884 7925

        BPG

Puan Siti Mariam binti Sulaiman

Tel                  :           03-8884 1067

E-mel             :           mariam.sulaiman@moe.gov.my

7.         Para peserta adalah digalakkan untuk menggunakan kenderaan
Jabatan atau pun berkongsi kenderaan. Ini adalah kerana bilangan
tempat kenderaan adalah terhad di kem berkenaan.Untuk makluman, kos
perlaksanaan program adalah ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Perdana
Menteri dan peserta akan menerima sijil penyertaan program. Hanya
tuntutan perjalanan sahaja dibawah tanggungan agensi masing-masing.

8.         Kehadiran dan sokongan pihak tuan/puan terhadap program ini
adalah amat dihargai. Turut disertakan bersama adalah salinan surat
jemputan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, tentatif program,
peralatan/keperluan semasa program dan pelan Kem Bina Negara Ulu
Sepri, Rembau, Negeri Sembilan untuk makluman dan perhatian tuan/puan
jua.

Sekian,terima kasih.



NO

Muat Turut Dokumen

1

Surat Jemputan

2

Tentatif Program

3

Pelan Tunjuk Arah

4

Senarai Peralatan Keperluan

5

Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran A)

Jadual Kursus Persediaan Pengajian Bagi Penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) tahun 2017

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) akan
melaksanakan Kursus Persediaan Pengajian bagi penerima kemudahan
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa
Biasiswa (CBBP TB) tahun 2017.  Kursus ini akan diadakan mulai 10
Julai 2017 sehingga 19 Ogos 2017 di beberapa lokasi mengikut zon
seperti yang telah ditetapkan dalam surat jemputan menghadiri kursus.
Bagi tujuan kelancaran Kursus Persediaan Pengajian tersebut, tuan/puan
yang terlibat dikehendaki memuat turun Jadual Kursus Persediaan
Pengajian supaya dapat membuat perancangan dan persediaan yang
sewajarnya.



Berikut adalah Jadual Kursus Persediaan Pengajian Bagi Penerima Hadiah
Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa
Biasiswa (CBBP TB) tahun 2017:



Bil

Tajuk



1

Jadual Kursus Persediaan Pengajian Bagi Penerima Hadiah Latihan
Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP
TB) Tahun 2017

 Muat Turun

Sebarang pertanyaan sila hubungi : Bahagian Tajaan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor Talian Hotline : 03-8321 7138

Diterbitkan Oleh Bahagian Tajaan Pendidikan

2017 SEAMEO-Japan ESD Award Theme:Improving Health and Nutrition

Bil

Perkara



1.

Info Note

Muat Turun

2.

Flyer

Muat Turun

3.

Submission Form

Muat Turun

4.

SEAMEO-Japan ESD Award - Malaysia

Muat Turun

ASEAN Leaders Programme (ALP) 2017

Tawaran Mengikuti Kursus ASEAN Leaders Programme (ALP) 2017

ASEAN Leaders Programme (ALP) 2017 akan diadakan sebanyak dua sesi
iaitu pertama di Singapura dari 3 hingga 7 Julai 2017 dan kemudiannya
di dua lokasi yang berasingan iaitu di Manila, Filipina dari 5 hingga
8 2017 September atau Pune, India dari 24 hingga 27 Oktober 2017.
Program ini merupakan program tahunan yang menyediakan platform bagi
'senior leaders' rantau ASEAN berkongsi pengalaman  dalam pelbagai
aspek kehidupan dan memupuk semangat kerjasama serta mengenal pasti
cabaran-cabaran yang dihadapi di rantau ASEAN. Para peserta yang
terpilih dibenarkan untuk membuat pilihan bagi menghadiri mana-mana
lokasi yang dikehendaki bagi sesi yang kedua. Tema bagi program ini
pada tahun ini adalah "What makes a city smart" . Yuran penyertaan
untuk ALP adalah USD 10,000. Bagi calon yang memenuhi kriteria yang
ditetapkan oleh penganjur, yuran penyertaan program akan ditanggung
separuh dan bantuan  biasiswa juga akan disediakan. Peserta yang
berminat  bolehlah memohon terus dengan melayari laman sesawang
http://commonpurpose.org/asean-2017-application/ .



Bil

Perkara



1.

Asean Global Leaders Report

Muat Turun

2.

ALP17 Write-up

Muat Turun

Penutupan Pusat Dokumentasi

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan rujukan di Pusat Dokumentasi akan
ditutup  pada 13 Julai 2017, jam 2.00 petang (Khamis) dan 14 Julai
2017 (Jumaat).

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan