Tuesday 31 October 2017

Monday 30 October 2017

Kempen Hour of Code

Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign ) yang
bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran
murid terhadap pengekodan (coding ), pengaturcaraan dan sains
komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata
pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang
menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains.  Kempen
ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan
#mydigitalmaker movement.

Berminat? Untuk maklumat lanjut dan tatacara penyertaan, sila KLIK DI SINI .

Sunday 29 October 2017

Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia

Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 Kementerian
Pendidikan Malaysia akan diadakan pada 30 Oktober - 1 November 2017
bertempat di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Simposium ini dianjurkan
oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan dikelolakan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Johor. Simposium ini akan disempurnakan oleh YB
Dato' P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan
I, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif utama simposium ini diadakan adalah bagi mengenal pasti
kekuatan perkhidmatan kaunseling dan disiplin di sekolah-sekolah yang
diangkat sebagai model terbaik dalam pembentukan kemenjadian murid
serta meningkatkan pengurusan perkhidmatan kaunseling dan disiplin
agar lebih menarik, proaktif, kreatif dan berkesan.

Simposium ini merupakan platform kepada guru bimbingan dan kaunseling
serta guru disiplin dalam membentangkan amalan terbaik dari aspek
pembangunan sahsiah diri murid, pengukuhan disiplin dan kehadiran
murid, memperkembang kerjaya murid dan kesejahteraan mental murid.
Simposium ini juga mengiktiraf peranan guru bimbingan dan kaunseling
serta guru disiplin yang telah berjaya melaksanakan program intervensi
dalam pembangunan modal insan dengan cemerlang dan berimpak tinggi.

Pelaksanaan Simposium Hal Ehwal Murid ini diharap dapat mencetus lebih
banyak inovasi, kreativiti dan model terbaik yang boleh diteladani
serta berkesan dalam meningkatkan kualiti pengurusan perkhidmatan
kaunseling dan disiplin di sekolah seluruh Malaysia.

Thursday 26 October 2017

Ucapan Bajet 2018

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Dato' Sri
Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Kewangan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh            :           27 Oktober 2017 (Jumaat)

Masa              :           3.30 petang (Pembentangan bermula)

Tempat          :           Parlimen Malaysia



Untuk makluman, selain liputan siaran langsung oleh stesen-stesen
televisyen seperti RTM, Astro, TV Alhijrah dan Bernama, Pembentangan
Bajet 2018 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui
Laman Khas Bajet 2018, iaitu melalui link http://www.treasury.gov.my .

Teks Ucapan Bajet dan Laporan Ekonomi 2017/2018 juga boleh dimuat
turun dari laman tersebut sejurus selesai membentangkan Bajet 2018.

Selain Laman Khas Bajet 2018, Pembentangan Bajet 2018 juga boleh
diakses melalui pautan laman web Jabatan Perdana Menteri dan
agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

Pejabat Perdana Menteri – http://www.pmo.gov.my

Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my

Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my

Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my

Wednesday 25 October 2017

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT DOKUMENTASI

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT DOKUMENTASI

Pusat Dokumentasi akan ditutup buat sementara waktu. Sehubungan itu,
mohon kerjasama tuan, untuk

menghebahkan makluman tersebut di laman Web KPM untuk makluman semua
pengguna seperti di bawah.

Adalah dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Rujukan di  Pusat Dokumentasi BPPDP

akan di tutup sementara seperti ketentuan berikut :

Tarikh    :               27  Oktober 2017

Masa     :               8.00 pagi – 4.15 petang

Penutupan ini adalah bersempena Perhimpunan Bulanan Oktober  BPPDP dan
lawatan  daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Sebarang kesulitan amat kami kesali.

Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan mengadakan Majlis Anugerah Inovasi
Perdana Menteri 2017 (AIPM 2017) pada 7 November 2017 (Selasa)
bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan
disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia.

Layari www.mampu.gov.my ; facebook MAMPU Jabatan Perdana Menteri;
twitter @MAMPUJPM serta instagram mampujpm untuk info lanjut mengenai
AIPM 2017.

Monday 23 October 2017

Penghuraian Tugas Penyelia Asrama di Sekolah dan di Institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Penghuraian Tugas Penyelia Asrama di Sekolah dan di Institusi di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Surat Iringan-Penghuraian Tugas Penyelia Asrama

Penghuraian Tugas Penyelia Asrama

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan