Friday 10 November 2017

Semakan Tawaran Saringan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Ke Tingkatan 4 Di Kolej Vokasional Keningau (KV Keningau), Sabah Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2018

Semakan Tawaran Saringan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Ke Tingkatan 4
Di Kolej Vokasional Keningau (KV Keningau), Sabah Bagi Sesi
Persekolahan Tahun 2018 boleh dibuat mulai 11 November 2017 jam 10.00
pagi hingga 16 November 2017 melalui laman sesawang
https://epkhas.moe.gov.my

Semakan Keputusan Tawaran Penempatan ke Tingkatan 4 Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Bagi Sesi Persekolahan 2018

Semakan Keputusan Tawaran Penempatan ke Tingkatan 4 Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Bagi Sesi Persekolahan 2018 boleh
dibuat mulai 15 November 2017 bermula jam 10.00 pagi hingga 30
November 2017 melalui laman sesawang https://epkhas.moe.gov.my

Permohonan Murid Secara Online Kemasukan Ke Tingkatan Empat (4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018

Permohonan murid secara online kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), KPM bagi Tahun 2018 akan dibuka mulai 13
November 2017 hingga 24 Disember 2017.

Sila layari laman web KPM di www.moe.gov.my  untuk keterangan lanjut.

Thursday 9 November 2017

Buku Laporan Tahunan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Buku Laporan Tahunan Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak 2016 telah diterbitkan dalam bentuk digital dan boleh
dimuat turun di laman web rasmi JPN Sarawak di sini .

Wednesday 8 November 2017

Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Rendah Bil.7/2017

Sukacita dimaklumkan bahawa

PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DG41 BAGI SEKOLAH
RENDAH BIL.7/2017

boleh dicapai melalui Portal Rasmi KPM mulai 11/04/2017.

URL : egraduan.moe.gov.my

Tarikh mula : 04/11/2017

Tarikh Akhir : 16/12/2017

Tarikh Penempatan : 16/11/2017

Monday 6 November 2017

Jemputan Ke Majlis Perkongsian Pengalaman Program Pertukaran Guru Malaysia Ke Korea Bagi Debriefing Session Guru Kpm Di Bawah Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (Komtep 2017)

"1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN "

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKONGSIAN PENGALAMAN PROGRAM PERTUKARAN GURU
MALAYSIA KE KOREA BAGI  DEBRIEFING SESSION  GURU KPM DI BAWAH
KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME  (KOMTEP 2017)

    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan jalinan kerjasama  Asia-Pacific Centre of Education for
International Understanding , UNESCO (APCEIU) masih meneruskan program
pertukaran guru Korea dan Malaysia bagi tahun 2017. Seramai sepuluh
(10) orang guru KPM telah ditempatkan di lima (5) buah sekolah  di
Republik Korea selama tiga (3) bulan bermula September 2017 sehingga
Disember 2017.

     Bagi tujuan tersebut, Bahagian ini akan mengelolakan Majlis
Perkongsian Pengalaman Program Pertugaran Guru Malaysia ke Korea bagi
Debriefing Session  Guru KPM  di bawah Korea-Malaysia Teacher Exchange
Programme  (KOMTEP 2017)  yang akan diadakan seperti ketetapan berikut
:

  Tarikh:                       08 Disember 2017 (Jumaat)

                  Masa:                       9.00 Pagi hingga 12.00 Tengah hari

Tempat:                       Institut Aminuddin Baki (IAB)

                                                   Kementerian
Pendidikan Malaysia,

                                                   Bandar Enstek,
Nilai, Negeri Sembilan.

           Sehubungan itu, Kumpulan Pengurusan dan Professional
pelbagai skim yang berminat untuk menghadiri sesi perkongsian ini
dipelawa untuk mengemukakan penyertaan dan tertakluk kepada kebenaran
dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing berdasarkan prinsip yang
terawal . Borang kehadiran seperti di Lampiran B hendaklah dikemukakan
pada atau sebelum 8 November 2017 (Rabu) jam 5.00 petang melaluiemel
ke  ahmad.sabri@moe.gov.my  atau faks ke nombor 03 8884 1222.

Wednesday 1 November 2017

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan