Wednesday 29 November 2017

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Bagi Januari hingga Jun Tahun 2018

Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat Pengetua/Guru Besar/Ketua
Bahagian (Di Bahagian/IAB/ IPG/KM)

04 Disember 2017 hingga

10 Januari 2018

(Jam 11.59 malam)

Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM

11 Januari 2018 hingga

19 Januari 2018

(Jam 11.59 malam)

Thursday 23 November 2017

Pengoperasian Educational Research Application System Versi 2.0 (eRAS 2.0) Bagi Permohonan Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah, KV, KM, IPG, PPD, JPN Dan Bahagian Di Bawah KPM

PENGOPERASIAN EDUCATIONAL RESEARCH APPLICATION SYSTEM  versi 2.0 (eRAS
2.0) BAGI PERMOHONAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN DI SEKOLAH, KOLEJ
VOKASIONAL, KOLEJ MATRIKULASI, INSTITUT PENDIDIKAN GURU, PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN BAHAGIAN DI BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 https://eras.moe.gov.my

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM
bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian
melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, institut
pendidikan guru, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri
dan bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem
eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan
mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian.
Sistem ini boleh dicapai melalui https://eras.moe.gov.my . Walau
bagaimanapun Bahagian masih menerima permohonan melalui borang BPPDP
1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018.

Mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian
hanya boleh dibuat melalui sistem eRAS 2.0 sahaja. Permohonan melalui
borang BPPDP 1.2 tidak akan diterima lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pentadbir eRAS 2.0 melalui 03-8884
6591 / admineras2.0@moe.gov.my

Tuesday 21 November 2017

Tuesday 14 November 2017

[Dibuka Sekarang] Permohonan Murid Secara Online Kemasukan Ke Tingkatan Empat (4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018

Permohonan murid secara online kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), KPM bagi Tahun 2018 akan dibuka mulai 13
November 2017 hingga 24 Disember 2017.

Sila layari laman web KPM di https://sst4.moe.gov.my  untuk keterangan lanjut.

Monday 13 November 2017

Pertandingan Video Transformasi Pendidikan Malaysia Menjelang 2050

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menganjurkan pertandingan
video pendek bagi mengumpul maklum balas daripada generasi muda negara
mengenai aspirasi pendidikan pada masa hadapan ke arah pembangunan
pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Tema pertandingan dan
penerbitan video adalah "Transformasi Pendidikan Malaysia Menjelang
2050". Tujuan pertandingan ini juga adalah selaras dengan hasrat
pembangunan dasar TN50 iaitu 'Dibentuk Oleh Aspirasi Rakyat, Berpandu
Sasaran Yang Jelas'.

Tarikh tutup penyertaan: 15 Disember 2017

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan