Wednesday 3 January 2018

Semakan Tawaran Penempatan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Ke Tingkatan 4 Di Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2018

Semakan Tawaran Penempatan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Ke Tingkatan
4 Di Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah Bagi Sesi Persekolahan
Tahun 2018 akan dibuka mulai 3 Januari 2018 melalui laman sesawang
https://epkhas.moe.gov.my

Tuesday 2 January 2018

Pelawaan Peserta Bagi Menyertai Kursus Yang Ditawarkan Melalui Dalam Talian Oleh Seameo Innotech Bagi Tahun 2018

YBhg. Dato'/Datin/Dr./tuan/puan,



    Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM telah mengambil maklum dan
diminta untuk membuat hebahan bahawa Southeast Asian Ministers of
Education Organization (SEAMEO) INNOTECH telah mempelawa kepada
Pegawai Perkhimatan Pendidikan (PPP) dipelbagai peringkat bagi memohon
kursus yang ditawarkan oleh SEAMEO INNOTECH secara dalam talian atau
Massive Open Online Courses (MOOCs) yang bertajuk Teach on : Keeping
the Passion Alive bagi tahun 2018.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SEAMEO INNOTECH menawarkan kursus
ini secara percuma selama (8) lapan minggu .  Kursus ini akan bermula
pada 29 Januari 2018 dan pra pendaftaran telah pun dibuka sekarang
melalui pautan http://bit.ly/teachonreg .

Bersama-sama ini disertakan  (i) Letter of General Information of
SEAMEO INNOTECH Online Courses 2018  dan (ii) How to Enroll in the
Course of SEAMEO INNOTECH 2018 sebagai panduan peserta.

Jika ada pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik
Ahmad Sabri bin Abdullah, Sektor Dasar Keguruan, BPG di talian 03 8884
1060 atau melalui emel ahmad.sabri@moe.gov.my .

 Bil

Tajuk

 Muat Turun

 1

 Letter of General Information

 Muat Turun

 2

 How to Enroll in the Course

 Muat Turun

Penulis Berita: Bahagian Pendidikan Guru

Friday 29 December 2017

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41/DG44 (KUP) di Sekolah Dalam Hospital

Maklumat kekosongan jawatan boleh dimuat turun seperti berikut:

Muat Turun

PENAWARAN KEMUDAHAN PENAJAAN/CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan P
rogram Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi mengikuti pengajian di peringkat
pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa
dan separuh masa di Universiti Awam Dalam dan Luar Negara bagi ambilan
Tahun 2018.

PPP yang berminat untuk memohon adalah dinasihatkan untuk meneliti dan
memahami setiap maklumat P rogram Penajaan/CBBP yang disertakan
sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Sistem
e-Penawaran di laman sesawang KPM yang dijangka akan dibuka pada
Februari 2018.

Sebarang perkembangan terkini dan pertanyaan mengenai program ini,
boleh layari facebook Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) atau e-mel ke:
epenawaran@moe.gov.my atau hubungi 03- 8321 7100 atau 03- 8321 7028.



Sekian, terima kasih.

Bahagian Tajaan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bil

Tajuk



1

Pengenalan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018

Muat Turun

2

Analisis Permohonan Mengikut Bidang

Muat Turun

3

Senarai Bidang Kedoktoran (Dalam Negara)

Muat Turun

4

Senarai Bidang Kedoktoran (Luar Negara)

Muat Turun

5

Senarai Bidang Sarjana (Dalam Negara Sahaja)

Muat Turun

6

Carta Alir Permohonan Penajaan dan Cuti Belajar 2018

Muat Turun

7

Syarat-syarat Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018

Muat Turun

8

Syarat-syarat Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa (HLPS) 2018

Muat Turun

9

Jenis Penyakit Kronik

Muat Turun

Wednesday 27 December 2017

Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah (Isti'dadi) Ambilan Tahun 2018

Pengambilan kursus persediaan pelajar ke Timur Tengah (Isti'dadi)
ambilan tahun 2018.

Tarikh tutup pada 29 Disember 2017.

Layari https://tinyurl.com/ukba2018

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan