Tuesday 2 January 2018

Pelawaan Peserta Bagi Menyertai Kursus Yang Ditawarkan Melalui Dalam Talian Oleh Seameo Innotech Bagi Tahun 2018

YBhg. Dato'/Datin/Dr./tuan/puan,



    Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM telah mengambil maklum dan
diminta untuk membuat hebahan bahawa Southeast Asian Ministers of
Education Organization (SEAMEO) INNOTECH telah mempelawa kepada
Pegawai Perkhimatan Pendidikan (PPP) dipelbagai peringkat bagi memohon
kursus yang ditawarkan oleh SEAMEO INNOTECH secara dalam talian atau
Massive Open Online Courses (MOOCs) yang bertajuk Teach on : Keeping
the Passion Alive bagi tahun 2018.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SEAMEO INNOTECH menawarkan kursus
ini secara percuma selama (8) lapan minggu .  Kursus ini akan bermula
pada 29 Januari 2018 dan pra pendaftaran telah pun dibuka sekarang
melalui pautan http://bit.ly/teachonreg .

Bersama-sama ini disertakan  (i) Letter of General Information of
SEAMEO INNOTECH Online Courses 2018  dan (ii) How to Enroll in the
Course of SEAMEO INNOTECH 2018 sebagai panduan peserta.

Jika ada pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik
Ahmad Sabri bin Abdullah, Sektor Dasar Keguruan, BPG di talian 03 8884
1060 atau melalui emel ahmad.sabri@moe.gov.my .

 Bil

Tajuk

 Muat Turun

 1

 Letter of General Information

 Muat Turun

 2

 How to Enroll in the Course

 Muat Turun

Penulis Berita: Bahagian Pendidikan Guru

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan