Monday 22 January 2018

Promosi Penghantaran Artikel Untuk Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 19 2018

Tuan/Puan dipelawa untuk menghantarkan artikel bagi penerbitan Jurnal
Penyelidikan Pendidikan Jilid 19 untuk tahun 2018. Syarat-syarat
penyertaan adalah seperti berikut:

Artikel berbentuk laporan penyelidikan berkaitan pendidikan yang
terkini dengan abstrak tidak melebihi 120 perkataan serta lima kata
kunci. Saiz abstrak adalah 10 dan italic.

Artikel belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan  di dalam
atau di luar negara

Panjang artikel hendaklah antara 3000-5000 patah perkataan

Artikel ditaip di atas kertas A4 dengan single spacing menggunakan
huruf Times New Roman bersaiz 12.

Saiz tajuk artikel 14, saiz nama penulis 12, saiz nama institusi 10
dan saiz alamat emel 9. (Semuanya ditulis di tengah-tengah)

Penulisan artikel adalah mengikut format berdasarkan gaya penulisan
APA (American Psychological Association) edisi terkini.

Penghantaran artikel hendaklah disertakan dengan alamat surat
menyurat, emel, nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit.

Artikel hendaklah dihantar dalam bentuk salinan bercetak (hard copy )
dan salinan lembut (soft copy)

Artikel dalam bentuk salinan lembut (soft copy) dihantar kepada alamat
emel nasithah.hamid@moe.gov.my

Artikel dalam bentuk salinan bercetak (hard copy )   hendaklah dihantar kepada:

Ketua Urus setia Jurnal Penyelidikan Pendidikan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Aras 2 Parcel E8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

 Sekiranya tuan/puan tidak menerima apa-apa surat daripada pihak kami
selepas 31 Mei 2018  bermakna artikel tuan/puan tidak terpilih untuk
diterbitkan.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Puan Nasithah
Abd Hamid melalui talian 03 88846567.

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan