Thursday, 18 January 2018

Pelawaan Kemudahan Japanese Government (MONBUKAGAKUSHO:MEXT) Scholarships Teacher Training Student 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa JPA mempelawa pencalonan daripada kalangan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengemukakan pencalonan
bagi memohon Kemudahan Japanese Government (Monbukagaakusho: MEXT)
Scholarships Teacher Training Student 2018.



Permohonan ini adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua
Jabatan serta memenuhi syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh
pihak penganjur dan syarat tambahan oleh pihak JPA seperti di Lampiran
I .  Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat dan
disemak oleh Ketua Jabatan.  Para pemohon juga diingatkan bahawa
adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu
dan  tindakan boleh diambil mengikut peruntukan
peraturan/undang-undang sedia ada. Pemohon dikehendaki membaca dokumen
tersebut dengan teliti dan mematuhi setiap keperluan yang dinyatakan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di portal eSila JPA
melalui pautan  http://esilav2.jpa.gov.my

Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.178/1/5-9
(10) bertarikh 8 Januari 2018 seperti di lampiran untuk makluman dan
rujukan pihak Tuan/Puan jua. Borang permohonan yang telah lengkap
diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak  dengan disertakan
dokumen-dokumen seperti berikut:



Borang JPA(L)LDP 1A/96 (disediakan oleh BPSM, KPM);

Borang Perakuan Ketua Jabatan;

Application Submission Checklist ;

MEXT Scholarship 2018 Application Form  (berserta gambar/gambar
digital berukuran 4.5cm x 3.5 cm);

Placement Preference Application Form;

MEXT Certificate of Health ;

Salinan skrol dan transkrip Ijazah Pertama dan Sarjana (sekiranya ada)
yang telah disahkan; dan

Surat pengesahan perkhidmatan dan sokongan oleh majikan semasa.



Borang permohonan yang telah lengkap perlu dikemukakan sebanyak dua
(2) salinan  selewat-lewatnya pada 23 Januari 2018 (Selasa) jam 5.00
petang  kepada:



            Sektor Peningkatan Keilmuan

Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3, Blok E13, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(u.p: Encik Azalan Bin Afendi)

Tel: 03-8884 1242

E-mel: azalan.afendi@moe.gov.my

Faks: 03-8884 1274





 Bil

Tajuk

Perkara

 1

Surat JPA(I)S.178/1/5-9 (10) bertarikh 8 Januari 2018

Syarat-syarat Permohonan (Lampiran 1)

Laporan Jawatankuasa Latihan (Lampiran B)

Borang Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran C)

Senarai Semak

Muat Turun

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan