Thursday 12 July 2018

Tahniah pasukan The Thinker dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling atas pencapaian memperolehi Anugerah Perak di Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2018 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang



----
Tahniah pasukan The Thinker dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling atas pencapaian memperolehi Anugerah Perak di Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2018 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4247-tahniah-pasukan-the-thinker-dari-bahagian-psikologi-dan-kaunseling-atas-pencapaian-memperolehi-anugerah-perak-di-konvensyen-team-excellence-wilayah-pantai-timur-2018-di-bukit-gambang-resort-city-kuantan-pahang

KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE WILAYAH PANTAI TIMUR 2018

BUKIT GAMBANG RESORT CITY, KUANTAN, PAHANG        

 

Pada 4 – 5 Julai pasukan The Thinker daripada Bahagian Psikologi Dan Kaunseling (BPsK) telah menyertai Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2018 yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Pantai Timur di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang. Seramai 40 pasukan terdiri daripada pelbagai agensi telah menyertai Konvensyen tersebut.

Pasukan The Thinker, BPsK mencipta Instrumen Personaliti Psikologi dan kaunseling (i2Pk) untuk mendapatkan Profil Personaliti warga Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan pengurusan bakat.. Tahniah diucapkan kepada pasukan The Thinker kerana memperoleh Anugerah Perak dalam pertandingan tersebut.

Thank you Sinar

Thank you Sinar

Sinar Harian

"Banyak faktor untuk menjadi guru yang bagus dan cemerlang ini.."

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2uscc1A
via mykelabguru.viral@blogger.com

Wednesday 11 July 2018

Garis Panduan Bagi Kemudahan Penajaan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Kumpulan Pelaksana Sektor Pendidikan Secara Sepenuh Masa



----
Garis Panduan Bagi Kemudahan Penajaan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Kumpulan Pelaksana Sektor Pendidikan Secara Sepenuh Masa // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4240-garis-panduan-bagi-kemudahan-penajaan-cuti-belajar-bergaji-penuh-dengan-biasiswa-kumpulan-pelaksana-sektor-pendidikan-secara-sepenuh-masa

 GARIS PANDUAN BAGI KEMUDAHAN PENAJAAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA KUMPULAN PELAKSANA SEKTOR PENDIDIKAN SECARA SEPENUH MASA Muat Turun



Iklan kekosongan Jawatan Programme Officer I (Development) di Pejabat Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand



----
Iklan kekosongan Jawatan Programme Officer I (Development) di Pejabat Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4244-iklan-kekosongan-jawatan-programme-officer-i-development-di-pejabat-sekretariat-seameo-bangkok-thailand

Tarikh tutup permohonan : 17 Julai 2018

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Farashuhada binti Md Yunus di talian, 03-8884 6124 atau Puan Umathevi Ponnusamy di talian 03-8884 6107

Pelawaan Kemudahan Penajaan Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Perkhidmatan Bukan Guru Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran Secara Sepenuh Masa Sesi 2019



----
Pelawaan Kemudahan Penajaan Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Perkhidmatan Bukan Guru Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran Secara Sepenuh Masa Sesi 2019 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4245-pelawaan-kemudahan-penajaan-untuk-pegawai-pengurusan-dan-profesional-perkhidmatan-bukan-guru-bagi-mengikuti-pengajian-di-peringkat-sarjana-dan-kedoktoran-secara-sepenuh-masa-sesi-2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) Sektor Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon kemudahan penajaan di peringkat Sarjana (dalam negara sahaja) dan Kedoktoran (Ph.D) (dalam dan luar negara) Secara Sepenuh Masa Sesi 2019.

Permohonan dibuka mulai 9 Julai 2018 sehingga 3 Ogos 2018.

Pegawai Perkhidmatan Gunasama dan Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama PBG kecuali Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat boleh melayari portal eSila JPA http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan.

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Garis Panduan Pencalonan Pegawai P&P PBG Bagi Kemudahan Penajaan Pengajian Ijazah Lanjutan Secara Sepenuh Masa. Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat dan disemak oleh Ketua Jabatan. Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peruntukan peraturan/undang-undang sedia ada.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan beserta dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2018 (Selasa) jam 5.00 petang kepada:


Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Nur Sakinah binti Mohd Abas/Puan Paridah binti Ali
Tel: 03-8884 7931/03-888 7947
Faks: 03-8884 7925
E-mel: sakinah.abas@moe.gov.my/paridah.ali@moe.gov.my

Sunday 8 July 2018

Dah jawab ka? Jom kita kongsi untuk dak2 SPM 2018

Dah jawab ka? Jom kita kongsi untuk dak2 SPM 2018

Google Form : Soalan Sains SPM Sebenar Kertas 1 [2017 - 2003]

Google Form memang merupakan satu platform yang baik untuk menggalakkan penyertaan murid dalam menjawab soalan Sains SPM Kertas 1. Malah ini...

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2IJn3cS
via mykelabguru.viral@blogger.com

Am : Lebih ramai guru diperlukan untuk bidang pendidikan khas - Teo


----
Am : Lebih ramai guru diperlukan untuk bidang pendidikan khas - Teo // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1477868


KLANG, 6 Julai (Bernama) -- Kerajaan mahu lebih ramai bakal guru memohon menceburi bidang pendidikan khas memandangkan banyak kekosongan perjawatan berkenaan di seluruh negara pada masa kini.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata bidang pendidikan khas adalah antara sektor yang perlu diberi perhatian semua pihak bagi membantu kerajaan meningkatkan pencapaian dan perubahan dalam pendidikan negara.

Mengambil contoh di Selangor, beliau berkata terdapat 56 kekosongan guru pendidikan khas dan 207 jawatan pembantu pengurusan murid diperlukan di sekolah menengah dan sekolah rendah jenis berkenaan setakat ini.

"Untuk jumlah di seluruh negara, saya rasa keperluannya (guru pendidikan khas) pasti lebih tinggi. Disebabkan itu, kerajaan menyeru bakal guru memohon untuk menceburi bidang ini dan kami pasti akan mengambil lebih banyak guru dan pembantu pengurusan murid bagi memenuhi keperluan tersebut pada masa depan," kata Teo ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan malam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2018, di sini malam tadi.

Terdahulu, Teo membacakan teks ucapan Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malek yang mahu masyarakat menyediakan ruang dan peluang sama rata kepada golongan berkeperluan khas bagi memastikan mereka turut dapat memberi sumbangan kepada negara.....

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan