Monday 6 August 2018

Am : 52 kes HFMD direkod di tabika, taska Kemas di Pahang


----
Am : 52 kes HFMD direkod di tabika, taska Kemas di Pahang // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1629458

52 kes HFMD direkod di tabika, taska Kemas di Pahang


KUANTAN, 6 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 52 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan oleh Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan taska kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negeri. 

Pengarah KEMAS negeri Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata semua kes tersebut adalah terkawal dan dan tiada taska mahupun tabika yang ditutup ekoran penyakit tersebut. 

"Kes ini melibatkan 45 kanak-kanak Tabika dan tujuh kanak-kanak taska. Ibu bapa diminta untuk tidak menghantar anak ke taska dan tabika bagi mengelakkan penularan penyakit itu," katanya ketika ditemui selepas Sambutan Prapelancaran Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri di Tabika Kemas Felda Bukit Goh, di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pengarah Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Negeri Pahang Dahliah Osman dan Pengurus Felda Bukit Goh Abdul Raiz Rifin.

Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Kesihatan dalam memastikan penyakit ini tidak merebak. 

"Mana-mana tabika dan taska yang terlibat dengan HFMD dipantau dan diperiksa oleh klinik kesihatan terdekat bagi memastikan pelajar lain tidak dijangkiti," katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Ahmad Fakhrul Azman berkata ia diadakan serentak di seluruh negara hari ini, melalui simbolik penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Kemas setiap negeri kepada wakil pelajar Tabika.

Sambutan itu bertujuan bagi memastikan kanak-kanak dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya selain memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka, katanya. 

-- BERNAMA.com

4th International Conference on Teacher Learning and Development 2018 (ICTLD 2018)



----
4th International Conference on Teacher Learning and Development 2018 (ICTLD 2018) // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4291-4th-international-conference-on-teacher-learning-and-development-2018-ictld-2018

4th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) akan diadakan pada 14-16 Ogos 2018 bertempat di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Perasmian dan Ucap Utama persidangan antarabangsa dwitahunan ini akan dilaksanakan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Majlis penutupan akan dilakukan oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Persidangan ICTLD pada kali ini dianjurkan bersama-sama oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dan Pejabat Pengurusan Transformasi IPG di bawah PADU.

Objektif ICTLD 2018 adalah berkongsi kepakaran dan pengetahuan pelaksanaan pendidikan guru dalam kalangan pendidik guru, menjana amalan terbaik dan inovasi dalam pendidikan guru berdasarkan penyelidikan, mewujud dan memantapkan jaringan dan kolaboratif dalam penyelidikan pendidikan guru serta menjana aspirasi pembelajaran sepanjang hayat

Tema dalam persidangan ini ialah "Sharing Visions in Changing Times: Developing Transformative Pedagogies". Di antara penceramah yang akan menyampaikan ceramah dalam sesi pleno adalah:

Prof Madya. Dr. Jonathan Newton (Victoria University of Wellington, New Zealand)Prof Dr. Leslie Barratt ( Indiana State University, USA)Dr. Willy A Renandya (National Institute of Edu., Nanyang Tech., Singapore)Professor Dr. Stephen J. Hall - (Sunway University)

Kenyataan Media KPM: Jawapan Lisan Pertanyaan Dewan Rakyat Berkaitan Sekolah Kurang Murid (SKM)

National Robotics Open Competition (NROC) 2018

Thursday 2 August 2018

Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] Tahun 2018



----
Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] Tahun 2018 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4285-tawaran-permohonan-program-ijazah-sarjana-kaunseling-penyalahgunaan-dadah-spada-tahun-2018

  Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa pencalonan daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPPuntuk memohon kemudahan penajaan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2018.  Program ini merupakan program latihan kepakaran yang dikendalikan oleh USIM dan UMS secara sepenuh masa selama 24 bulan (4 semester).

  Sehubungan itu, PPP yang berminat dan berkelayakan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh memuat turun dan mengisi borang permohonan dengan lengkap. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Ogos 2018 (Jumaat).

         

BilTajukMuat Turun
1Surat Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] Tahun 2018Muat Turun
2Borang Permohonan Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 1/2018Muat Turun
3Borang Perakuan Ketua Jabatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 2/2018Muat Turun
4Borang Perakuan Kedudukan Kewangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 3/2018Muat Turun
5Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan/Tabung Pendidikan KPM(BT) LD 4/2018Muat Turun
6Borang Maklumat Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD5/2018Muat Turun

Sekian, terima kasih. 

 

Urus Setia

Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan

Bahagian Tajaan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel: 03-83217138 Faks : 03-8321 7101

 

Kenyataan Media YB Timbalan Menteri Pendidikan Berkenaan Kes Guru Mencabul Murid Di Johor

Wednesday 1 August 2018

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan