Tuesday 28 August 2018

Tahun ni pun ada. Masuk ke??

Tahun ni pun ada. Masuk ke??

TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM

Akhirnya saya sahut juga cabaran untuk menyertai satu pertandingan inovasi, TNOVATE 2016 yang dianjurkan oleh UIAM. Karnival Inovasi Guru in...

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2LD2PmE
via mykelabguru.viral@blogger.com

Monday 27 August 2018

Permohonan Murid secara online Kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SBP KPM Tahun 2019



----
Permohonan Murid secara online Kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SBP KPM Tahun 2019 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4332-permohonan-murid-secara-online-kemasukan-ke-tingkatan-satu-1-sbp-kpm-tahun-2019

Sukacita Permohonan Murid secara online Kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SBP KPM Tahun 2019 telah di buka dari 27 Ogos 2018 (Isnin) sehingga 30 September 2018 (Ahad). Anda boleh klik di siniuntuk permohonan lanjut.

Terima kasih.

Penulis Berita: Bahagian Pengurusan Maklumat

Friday 24 August 2018

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)



----
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4320-segak

 

SEGAK ialah singkatan dari perkataan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. Perkataan SEGAK telah diputuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2006. SEGAK juga membawa maksud murid-murid sekolah mempunyai imej dan perawakan yang SEGAK serta kelihatan sihat dan cergas. Perkataan SEGAK juga sesuai bagi penampilan murid lelaki dan perempuan.

 

SEGAK adalah satu bateri ujian standard   kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan.  Komponen kecergasan fizikal yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Bateri ujian SEGAK juga mempunyai norma berdasarkan murid sekolah di Malaysia mengikut umur dan jantina.  Hanya instrumen Indeks Jisim Badan (Body Mass Index- BMI) yang menggunakan norma dari WHO, 2007.

 

Matlamat SEGAK adalah supaya murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

 

Objektif SEGAK adalah murid dapat:

4.1        Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;

4.2        Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;

4.3        Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;

4.4        Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal; dan

4.5        Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

 

Ujian SEGAK telah dilaksanakan kepada murid sekolah di Malaysia mulai tahun 2008  yang melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6, Kelas Peralihan dan Murid Tingkatan hingga Tingkatan 5 yang berusia 10 hingga 17 tahun.  Ujian SEGAK dilaksanakan secara standard seluruh negara pada bulan Mac dan Ogos.  Terdapat lima instrumen dalam bateri Ujian SEGAK, iaitu:Pengiraan Indeks Jisim BadanUjian Naik Turun Bangku selama 3 minitUjian Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah SuaiUjian Ringkuk Tubi SeparaUjian Jangkauan Melunjur

 

PELAPORAN SEGAK

 

Keputusan ujian SEGAK direkodkan dengan menggunakan Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) sebaik sahaja selesai ujian. Dapatan bagi setiap ujian SEGAK akan dirujuk kepada norma SEGAK mengikut umur dan jantina murid untuk mendapatkan skor.  Skor SEGAK juga dimuatnaik dalam Aplikasi APDM-Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)-SEGAK.  Keputusan ujian SEGAK dilaporkan seperti berikut:

 6.1 Keputusan ujian Indeks Jisim Badan

 6.2 Keputusan ujian fizikal

 

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 dan Buku Panduan SEGAK, data ujian SEGAK perlu dilaporkan. Pelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid. Melalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid.

 

DISEDIAKAN OLEH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

14 OGOS 2018

Garis Panduan Pemilihan Bidang Pengajian dan Universiti Untuk Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa di Luar Negara Dengan Tajaan Selain KPM atau Pembiayaan Sendiri bagi PPP



----
Garis Panduan Pemilihan Bidang Pengajian dan Universiti Untuk Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa di Luar Negara Dengan Tajaan Selain KPM atau Pembiayaan Sendiri bagi PPP // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4325-garis-panduan-pemilihan-bidang-pengajian-dan-universiti-untuk-mengikuti-kursus-jangka-sederhana-dan-kursus-jangka-panjang-secara-sepenuh-masa-di-luar-negara-dengan-tajaan-selain-kementerian-pendidikan-malaysia-kpm-atau-pembiayaan-sendiri-bagi-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-ppp

 

BILTAJUKMUAT TURUN
1

Makluman Garis Panduan

Muat Turun
2Garis PanduanMuat Turun

Sunday 19 August 2018

Assalamulaikum

Assalamulaikum,  

Kehidupan saya sangat berbahagia, sehingga saya dikenal pasti telah
menghidapi penyakit kritikal. Saya sedang menjalankan kehidupan
seharian saya dengan perubatan yang sedia ada yang boleh membantu saya
menjalankan kehidupan harian untuk jangka masa pendek dengan selesa.
Saya telah menikmati kehidupan ini dengan selesa tanpa kesusahan. Pada
masa kini, hasrat saya hanya menghitung hari adalah untuk mendermakan
hartanah yang telah ditinggalkan oleh arwah suami saya dan kami tidak
mempunyai waris. Dalam usaha untuk melengkapkan kerja-kerja yang baik
Tuhan Yang Maha Kuasa dan hasrat Suami arwah saya ingin menderma
sejumlah Tiga Ratus Lima Puluh Ribu Great Britain Pounds kepada Anda .Untuk
pengiktirafan  mel ini dan memberitahu saya tentang kewarganegaraan
dan tempat bermastautin anda, peguam saya akan memudahkan proses
untuk pemindahan warisan ini kepada anda. Semoga Allah memberkati anda
kerana anda menggunakan wang ini dengan bijaksana untuk kerja-kerja
amal. Anda boleh menghubungi saya di: mdatositi@gmail.com


Dengan Ikhlas,
Puan Siti Mohd


Saturday 18 August 2018

Guru perlu bijak kemas kini pengetahuan teknologi

Permaisuri Johor: Guru perlu bijak kemas kini pengetahuan teknologi

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah teknologi pada masa ini menuntut guru agar bijak mengemas semula pengetahuan.

Golongan pendidik mampu melakukan perubahan dan tranformasi dalam bidang pendidikan selagi mereka berupaya mencari kaedah pembelajaran yang efektif kepada anak didik mereka.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah perubahan yang berlaku rentetan daripada teknologi yang digunakan pada masa ini menuntut guru agar bijak mengemas semula pengetahuan, kemahiran, tujuan, pedagogi dan hasil pembelajaran yang dimiliki mereka.

Ini termasuk menerapkan penggunaan digital serta mengoperasikan pelbagai kaedah berfikir dalam pengajaran.

"Guru boleh melakukan ini dengan pelbagai strategi termasuk menggunakan ujian dan maklumat prestasi pelajar dalam merancang pengajaran, selain memberi tumpuan kepada pembangunan literasi dan numerasi.

"Di Malaysia, kita telah melihat banyak contoh tentang bagaimana individu dan kumpulan-kumpulan guru telah memberi impak yang besar kepada kehidupan pelajar mereka dan saya percaya guru-guru ini perlu dijadikan sebagai contoh untuk diikuti.

Amalan terbaik mereka mesti dikongsi dengan semua guru agar mereka dapat mengubah komuniti dan negara secara kolektif," titah baginda.

Persidangan MELTA

Raja Zarith Sofiah yang juga Penaung Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris (MELTA) bertitah demikian ketika menyempurnakan Persidangan Antarabangsa MELTA kali ke-27 2018 di Hotel Berjaya Waterfront, di Johor Bahru, hari ini.

Hadir sama Presiden MELTA Prof S. Ganakumaran.

Dalam persidangan itu, Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, Nor Fadzleen Sa'don, 41, dari Sekolah Menengah Bandar Baru Uda telah dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Bahasa Inggeris The MELTA Hyacinth Gaudart.

Nor Fadzleen yang ditemui kemudiannya berkata beliau menerapkan kaedah pembelajaran yang selaras dengan peredaran zaman bagi memastikan setiap pelajarnya tidak ketinggalan terutama dalam bidang pendidikan yang kini banyak menggunakan teknologi.

"Pendidikan bagi abad ke 21 ini perlulah berbeza. Konsep global yang saya terapkan di dalam bilik darjah dengan menggunakan teknologi seperti video dan juga "Visual Reality"(VR) membuatkan pelajar minat untuk belajar Bahasa Inggeris".

"Saya berkolaborasi dengan banyak guru dari luar negara seperti Mesir dan Amerika Syarikat melalui video. Kami berkongsi persamaan dan perbezaan pelajaran antara dua negara," kata Nor Fadzleen yang kini menyambung pengajian Ijazah Kedoktoran dalam bidang teknologi di Institut Antarabangsa Teknologi Malaysia-Jepun, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

- Bernama

Friday 17 August 2018

Am : Kira-kira 3,500 murid di bawah KPM dijangkiti HFMD


----
Am : Kira-kira 3,500 murid di bawah KPM dijangkiti HFMD // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1633012

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 3,500 murid dari 1,288 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilapor dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) hingga semalam, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan