Saturday 31 August 2019

PAHLAWAN DAN TANAH AIR





PAHLAWAN DAN TANAH AIR

Pahlawan sejati
dalam hatinya bernyanyi.
Tanahair dan bangsa
di mana terpaut cinta mulia.

Untukmu darah ini mengalir
padanya jasad ini cair

Tongkat Warrant
1958

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.230666793671268/3083961778341741/?type=3

Video - SETIA



SETIA

Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/videos/1372539349575345/

Hari ini, merdeka membawa makna yang jauh lebih besar.



Hari ini, merdeka membawa makna yang jauh lebih besar.

Merdeka dari korupsi, merdeka dari rasuah, merdeka dari belenggu yang mengikat jiwa dan pemikiran.

Merdeka hari ini dimaknakan dengan pembebasan diri menuju ilmu dan pengetahuan. Hari ini, merdeka jauh lebih besar maknanya buat anak dan cucu di masa depan.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/videos/750259305427455/

Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat bangga dengan Lee Chong Wei.



Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat bangga dengan Lee Chong Wei.

Bukan kerana beliau Cina, bukan kerana beliau bukan Melayu, tetapi kerana beliau rakyat Malaysia.

Beliau telah berjaya menyedarkan kita bahawa untuk maju dan berjaya, menyempitkan diri di dalam perbezaan bukanlah caranya. Dan tidak terkira juga betapa banyak kalinya kerana Lee Chong Wei, kita disatukan.

Saya yakin, Merdeka ialah episod terbaik untuk kita sama-sama memaknai erti persaudaraan sesama kita semua. Merdeka menjadi bukti bahawa perpaduan itu telah wujud dan sentiasa menjadi tunjang kekuatan untuk kita bergerak ke depan.

https://ift.tt/2ZEYO8e

source https://www.facebook.com/leechongweiofficial/photos/a.232550333609593/1113319472199337/?type=3

dasar “Kemakmuran Bersama” (Shared Prosperity) yang Kerajaan bawakan. Pembangunan negara akan menghasilkan pulangan yang perlu kita milikinya bersama.

Terima kasih Malaysia Kini kerana mengusahakan satu dapatan yang sangat baik ini. Saya telah membaca dan menelitinya satu persatu.

Saya telah meminta Kementerian melihat isu secara serius. Kami akan meneliti apakah jalan terbaik di depan yang boleh sama-sama kita usahakan.

Saya percaya, ‘reform’ yang kita sedang usahakan ini tidak boleh hanya terperangkap dalam isu perkauman. Pendidikan merentas batas ras dan bangsa. Perbezaan ialah kekuatan, bukan kelemahan.

Sebab itulah pentingnya dasar “Kemakmuran Bersama” (Shared Prosperity) yang Kerajaan bawakan. Pembangunan negara akan menghasilkan pulangan yang perlu kita milikinya bersama.

Negara ini negara kita. Kita yang semai, kitalah yang mengaut hasilnya.

https://ift.tt/2Lbym1L

Arah mana perpaduan?

Bagaimana anak-anak Malaysia membesar dalam kepompong berbeza.

source https://pages.malaysiakini.com/integration/my/

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mementingkan akses dan kualiti pendidikan buat golongan orang kurang upaya (OKU).



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mementingkan akses dan kualiti pendidikan buat golongan orang kurang upaya (OKU).

Hari ini saya sempat mengadakan perbincangan dengan Persatuan OKU Sentral dan saya teruja dengan komitmen mereka dalam membantu golongan ini.

KPM akan sentiasa melibatkan badan bukan kerajaan seperti OKU Sentral dalam setiap perancangan buat golongan OKU bagi memastikan setiap usaha yang dilaksanakan mampu memberikan manfaat menyeluruh.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3081700831901169/?type=3

Friday 30 August 2019

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan