Friday 15 November 2019

Amalan Terbaik 20 Guru Kubang Pasu di Kolokium Kajian Tindakan - CikguHailmi

Lengkap lah sudah kitar Bengkel Kajian Tindakan pada Mei lalu dengan berlangsung nya Kolokium Kajian Tindakan pada hari ini.
Seramai 20 orang guru Kubang Pasu, membentangkan amalan terbaik masing-masing, siap dibukukan serta dirasmikan oleh Exco Pendidikan Kedah, iaitu Dr Salmee.



Amalan Terbaik 20 Guru Kubang Pasu di Kolokium Kajian Tindakan

Amalan Terbaik 20 Guru Kubang Pasu di Kolokium Kajian Tindakan

Amalan Terbaik 20 Guru Kubang Pasu di Kolokium Kajian Tindakan


Jutaan tahniah dan terima kasih buat tuan PPD Kubang Pasu, En Mahadzir yang banyak memberi sokongan kepada Majlis GC Kubang Pasu, serta di gerakkan oleh Pegawai Meja yang cukup komited, En Ahmad Hamdi Haji Omar di bantu GC berbakat, Dr Kalai.


Video penuh program boleh tengok di https://youtu.be/fxHUZRzRinI

Tahniah untuk peserta. Tahniah untuk Pembentang. Tahniah untuk AJK. Dan tahniah untuk semua! 😍 @ Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah




Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Penyediaan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara Dan Stor Kerajaan Tahun 2019 Oleh Agensi Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia - Pengumuman KPM

Bil.  Tajuk  Muat Turun
1.  Surat Arahan Penyediaan Laporan Tahunan Pengurusan Aset KPM Tahun 2019  Muat Turun
2.  Slaid Taklimat Laporan Tahunan Pengurusan Aset KPM 2019  Muat Turun
3.  Format Laporan Tahunan Pengurusan Aset KPM Tahun 2019  Muat Turun


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday 13 November 2019

Permohonan Bagi Jawatan Inspektor Dan Konstabel PDRM Dibuka? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial kononnya terdapat satu iklan pengambilan bagi permohonan jawatan Inspektor dan Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibuka sehingga 8 November 2019. SEBENARNYA: Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM): Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran maklumat palsu melalui laman Facebook dan aplikasi WhatsApp berhubung Eksesais Pengambilan Terbuka PDRM yang akan diadakan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 12 November 2019

Kenyataan Media: Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2019 Boleh Diperoleh Pada 21 November 2019 - KPM

Kenyataan Media Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 20191

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Monday 11 November 2019

Menurut JKM, Mereka Yang Bekerja Antara Tahun 1980 Sehingga 2019 Berhak Mengeluarkan Wang Sebanyak RM9000? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial satu laman sesawang yang menggunakan nama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendakwa kononnya mereka yang bekerja antara tahun 1980 sehinga 2019 berhak mengeluarkan wang sebanyak RM9000 dari Kerajaan Malaysia.  SEBENARNYA: Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM): Maklumat palsu yang tular dengan menggunakan laman web palsu Jabatan Kebajikan Masyarakat […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Menurut JTKSM, Mereka Yang Bekerja Antara Tahun 1990 Sehingga 2019 Berhak Mengeluarkan Dana Sebanyak RM8500? - Sebenarnya

PALSU: Hangat diperkatakan di media sosial satu laman sesawang yang menggunakan nama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mendakwa kononnya mereka yang bekerja antara tahun 1990 sehinga 2019 berhak mengeluarkan dana sebanyak RM8500. SEBENARNYA: Menurut kenyataan rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM): Pihak Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) tiada kaitan dengan aktiviti pengeluaran […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 8 November 2019

Pemakluman Pindaan Urusan Kenaikan Pangkat PPP Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan AKP Secara TBBK Di KPM Bagi Tahun 2017 Hingga 2019 (Urusan Cicir) - Pengumuman KPM

PEMAKLUMAN PINDAAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019 (URUSAN CICIR)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat siaran dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM ruj. KPM.BPSM.S.500-4/7/1 (1) bertarikh 26 September 2019 adalah berkaitan.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa atas sebab yang tidak dapat dielakkan, iklan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Tahun 2017 Hingga 2019 (Urusan Cicir) DILANJUTKAN seperti Jadual bawah:

Bil.

Tarikh

Tempoh

Keterangan

1.

21 Oktober 2019 (Isnin)

hingga

14 November 2019 (Khamis)

25 Hari

·  Tempoh PERMOHONAN DIBUKA kepada CALON

·  Tarikh tutup pada 14 November 2019 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat permohonan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

2.

15 November 2019 (Jumaat)

hingga

28 November 2019 (Khamis)

14 Hari

·    Tempoh perakuan Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi / PPD) kepada JPN/Bahagian

·    Tarikh tutup pada 28 November 2019 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat permohonan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

3.

29 November 2019 (Jumaat)

hingga

15 Disember 2019 (Khamis)

15   Hari

·         Tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/ IPGM (Penyemak / Pengesah) kepada BPSM, KPM

·         Tarikh tutup pada 15 Disember 2019 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat permohonan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

Sekian, untuk makluman.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan