Monday 6 January 2020

Mukhriz Bakal Ganti Maszlee? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial spekulasi yang mendakwa kononnya Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz akan menggantikan tempat YB Dr. Maszlee , bekas Menteri Pendidikan Malaysia. SEBENARNYA: Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz ketika dihubungi oleh pihak Sinar Harian berkata, bahawa spekulasi yang disebarkan di platform media sosial […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Penjualan Air Zamzam Tidak Dibenarkan Di Malaysia? - Sebenarnya

PENJELASAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperincikan penjelasan berkenaan penjualan air Zamzam yang tidak dibenarkan di Malaysia. Pada tahun 2017, pihak KKM telah memperjelaskan lebih lanjut berkenaan kenyataan daripada Kedutaan Kerajaan Arab Saudi yang melarang penjualan air Zamzam di mana-mana kedai termasuklah kedai-kedai buku di sekitar Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia, seperti di pautan berikut: Kenyataan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Hebahan Biasiswa: Scholarships Program Kerajaan Romania - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kerajaan Romania telah menawarkan 85 peluang biasiswa kepada warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D di universiti terkemuka di Romania. Maklumat tawaran biasiswa ini serta dokumen yang perlu dilengkap boleh dimuat turun pada pautan di bawah. Permohonan lengkap boleh dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya pada 9 Februari 2020.

  1. Muat turun : Dokumen sokongan(.zip)

Untuk makluman semua Universiti di Romania belum mendapat pengiktirafan daripada pihak MQA. Sehubungan dengan itu, pilihan pengajian pelajar di negara ini adalah di bawah risiko sendiri. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kelayakan bidang pengajian boleh merujuk kepada dengan pihak MQA.

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

3 Januari 2020



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Hari Pertama Persekolahan 2020 - SK Desa Pandan

 

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Friday 3 January 2020

DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5 - CikguHailmi

Berikut adalah DSKP Sains bagi KSSM Tingkatan 1 2 3 4 5 yang boleh didownload daripada laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum. Saya sertakan QR Code dan link ke pautan DSKP Sains di bawah bagi membantu memudahkan urusan untuk memuat turun bahan tersebut. Semoga membantu.


DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5
DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5



DSKP Sains Tingkatan 1

DSKP Sains Tingkatan 2

DSKP Sains Tingkatan 3

DSKP Sains Tingkatan 4

DSKP Sains Tingkatan 5


DSKP Sains bagi KSSM Tingkatan 1 2 3 4 5 disediakan dalam Bahasa Melayu. Bagi Bahasa Inggeris, boleh muat turun di laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum. Jangan lupa Klik pautan untuk muat turun. Manakala QR Code di bawah pula adalah dalam bentuk yang dimudahkan disimpan dalam Buku Rekod Mengajar. Jadi tak perlu tebal-tebal atau guna fail berasingan.


Qr Code bagi DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5
Qr Code bagi DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5


Semoga perkongsian ini membantu rakan guru dalam menguruskan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan deangan lebih baik. Semoga bermanfaat! Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Thursday 2 January 2020

Pemakluman Penutupan Sementara Semakan Program Bantuan Asasi IPTA 2019 Bahagian Biasiswa Dan Pembiayaan Kementerian Pendidikan Malaysia - Pengumuman KPM

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA

SEMAKAN PROGRAM BANTUAN ASASI IPTA 2019

BAHAGIAN BIASISWA DAN PEMBIAYAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa semakan dalam talian bagi program Bantuan Kewangan Asasi IPTA Tahun 2019 Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia (https://online.moe.gov.my/scholar/bantuanasasi) ditutup sementara mulai 2 Januari 2020 hingga 13 Januari 2020 bagi tujuan penyelenggaraan sistem aplikasi.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan bantuan kewangan ini boleh dikemukakan kepada Cawangan Tajaan Pra Perkhidmatan 2, Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan melalui e-mel bbp.info@moe.gov.my.

Bahagian Biasiswa & Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

2 Januari 2020



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday 1 January 2020

Setelah Hampir 10 Tahun Diperkenalkan, KBATkah Kita? - CikguHailmi

Semalam Facebook imbas kembali semula status yang saya pernah tulis pada Disember 2016, iaitu yang berkaitan dengan KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, dengan tajuk " KBAT Kah Kita?" Saya kongsikan semula penulisan tersebut dalam blog supaya boleh dibaca dan memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca. Semoga bermanfaat!


Setelah Hampir 10 Tahun Diperkenalkan, KBATkah Kita?
Setelah Hampir 10 Tahun Diperkenalkan, KBATkah kita?



"Masuk tahun ni rasanya dah 4 5 tahun KBAT diperkenalkan dalam pendidikan kita. Dan juga tak mustahil jika saya katakan masih ada yang tak jelas dan tercari-cari kaedah terbaik untuk mengKBATkan pelajar. #KBAT

Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa seminar dan teknik menjawab adalah sesuatu yang sepatutnya sudah tak diperlukan lagi. Mana mungkin kemahiran untuk berfikir boleh diperolehi dalam masa 2 jam sahaja!

Belajar perkara kemahiran sepatutnya melalui beberapa siri dan proses. Jangka masa panjang. Kan?

Dan saya percaya, untuk mengKBATkan pelajar kita, proses tersebut mesti bermula dari awal, seawal mungkin.

Antara kaedah yang kita boleh buat adalah, meningkatkan soalan aras tinggi, memperbanyakkan aktiviti penyelesaian masalah, memperbaiki teknik menyoal dan banyak lagi.

Jadi untuk tahun 2017, jom kita tambahbaik pdpc kita supaya lebih sesuai dengan kemahiran yang pelajar perlu perolehi untuk Pembelajaran Abad 21. #PA21

Yang nak tahu lebih lanjut lagi, boleh sambung baca artikel, "Bagaiman Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?" kat bit.ly/2hux4gt

Selamat maju jaya semua untuk tahun 2017. Semoga lebih cemerlang, gemilang dan terbilang! 😘

 "

So, anda pembaca macam mana? Setuju tak dengan kenyataan saya? Komen sket kat bawah ya untuk kita buat perbincangan. Semoga bermanfaat! Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan