Wednesday 13 December 2017

[Hebahan NAHRIM]: Aplikasi Mudah Alih Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) Untuk Kegunaan Pelajar Sekolah

Untuk makluman, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia
(NAHRIM), Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) adalah
merupakan sebuah agensi Kerajaan yang berperanan menjalankan
penyelidikan serta perundingan berkaitan dengan air dan alam
persekitaran. Sebagai salah satu usaha untuk menyampaikan
maklumat¬maklumat berkaitan perkara tersebut kepada masyarakat umum,
NAHRIM telah mengambil inisiatif membangunkan aplikasi bagi alat mudah
alih (mobile apps ). Aplikasi ini telah dilancarkan pada tahun 2015
oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan dikongsikan melalui
halaman google play store dan apps store bagi pengguna dalam pelbagai
media telefon pintar dan peranti mudah alih.

Aplikasi ini merupakan satu pendekatan supaya masyarakat dapat
mendekati dan menghayati perkara-perkara berkaitan air dan alam
persekitaran mereka dan turut serta bagi menjaga kelestariannya.

Tujuan aplikasi ini juga adalah untuk mewujudkan kesedaran bagi
menjaga alam persekitaran di kalangan pelbagai lapisan masyarakat
khususnya para pelajar.

https://play.google.com/store/search?q=nahrim

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan