1. Calon PSPM, PST , Semester I , Sesi 2017/2018 dan PSPM,
PDT , Semester I & III , Sesi 2017/2018 boleh menyemak keputusan
peperiksaan mulai
27 Disember 2017 (Rabu) jam 10.00 pagi melalui kaedah berikut:
a) KOLEJ MASING-MASING
Edaran slip keputusan peperiksaan.
b) TELEFON
i. Kolej masing-masing.
ii. Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di
talian 03-8884 4020 atau 03-8884 4108 atau 03-8884 4083.
2. Syarat kelayakan meneruskan pengajian perlu merujuk
Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) dan Program Matrikulasi
Dua Tahun (PDT),
Sesi 2017/2018.
3. Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula
keputusan boleh merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan
peperiksaan di laman web
Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my .
No comments:
Post a Comment