Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Adalah dimaklumkan bahawa operasi dan Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK) bagi tuntutan tahun 2020 akan ditutup sementara waktu mulai 1 April 2019 (Rabu) sehingga 14 April 2020 (Selasa).
Tempoh ini adalah tertakluk kepada pengumuman semasa yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung ancaman penularan Covid-19. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dikemukakan melalui emel bkoku@moe.gov.my.
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
31 Mac 2020
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia