Thursday, 14 December 2017

Permohonan Mengikuti Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab Di Sekolah Agama KPM Ambilan Tahun 2018 Bagi Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017

SILA LAYARI LAMAN SESAWANG
https://my01.awfatech.com/imtiaz2/sps/alsyahadah/reg.php BERMULA PADA
14 DISEMBER HINGGA 21 DESEMBER 2017



Muat turun

Pengambilan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah (Isti Dadi) Ambilan Tahun 2018

SILA LAYARI LAMAN SESAWANG https://tinyurl.com/ukba2018 BERMULA PADA
14 DISEMBER HINGGA 29 DISEMBER 2017



Muat turun

PENGUMUMAN DAN KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) DAN PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT) SEMESTER I DAN III, SESI 2017/2018

1.            Calon PSPM, PST , Semester I , Sesi 2017/2018 dan PSPM,
PDT , Semester I & III , Sesi 2017/2018 boleh menyemak keputusan
peperiksaan mulai

          27 Disember 2017 (Rabu) jam 10.00 pagi melalui kaedah berikut:

 a)            KOLEJ MASING-MASING

Edaran slip keputusan peperiksaan.

b)           TELEFON

i.          Kolej masing-masing.

ii.        Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di
talian    03-8884 4020 atau 03-8884 4108 atau 03-8884 4083.

2.            Syarat kelayakan meneruskan pengajian perlu merujuk
Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) dan Program Matrikulasi
Dua Tahun (PDT),

          Sesi 2017/2018.

3.            Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula
keputusan boleh merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan
peperiksaan di laman web

          Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my .

[Hebahan] Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2017 : Pelaksanaan Peraturan Pengendalian Laporan Pemeriksaan Kesihatan oleh Ketua Jabatan Bagi Maksud Pelantikan ke Dalam Perkhidmatan Pendidikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah menjemput perhatian YBhg. Tan Sri/
Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan berkenaan perkara tersebut di
atas.

2. Bersama-sama ini dipanjangkan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2017 : Pelaksanaan Peraturan Pengendalian
Laporan Pemeriksaan Kesihatan oleh Ketua Jabatan Bagi Maksud
Pelantikan ke Dalam Perkhidmatan Pendidikan untuk makluman dan
perhatian bersama.

3. Segala kerjasama YBhg. Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan dalam
perkara ini adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Muaturun

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN PENEMPATAN TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 KE SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (SMPK) DAN SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL (SMPKV) BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2018

Semakan Keputusan Rayuan Penempatan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke
Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Bagi Sesi Persekolahan 2018 boleh
dibuat mulai 15 Januari 2018 hingga 21 Januari 2018 menerusi laman
sesawang https://epkhas.moe.gov.my

Wednesday, 13 December 2017

Kekosongan Jawatan di SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang

I klan Kekosongan Jawatan di SEAMEO Regional Centre for Education in
Science and Mathematics (SEAMEO RECSAM) , Pulau Pinang

SEAMEO RECSAM mempelawa pegawai yang berkelayakan untuk mengisi
beberapa kekosongan jawatan.

Kepada yang berminat, sila layari
http://www.recsam.edu.my/joomla/index.php/about-us/vacancy   untuk
maklumat lanjut.

[Hebahan NAHRIM]: Aplikasi Mudah Alih Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) Untuk Kegunaan Pelajar Sekolah

Untuk makluman, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia
(NAHRIM), Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) adalah
merupakan sebuah agensi Kerajaan yang berperanan menjalankan
penyelidikan serta perundingan berkaitan dengan air dan alam
persekitaran. Sebagai salah satu usaha untuk menyampaikan
maklumat¬maklumat berkaitan perkara tersebut kepada masyarakat umum,
NAHRIM telah mengambil inisiatif membangunkan aplikasi bagi alat mudah
alih (mobile apps ). Aplikasi ini telah dilancarkan pada tahun 2015
oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan dikongsikan melalui
halaman google play store dan apps store bagi pengguna dalam pelbagai
media telefon pintar dan peranti mudah alih.

Aplikasi ini merupakan satu pendekatan supaya masyarakat dapat
mendekati dan menghayati perkara-perkara berkaitan air dan alam
persekitaran mereka dan turut serta bagi menjaga kelestariannya.

Tujuan aplikasi ini juga adalah untuk mewujudkan kesedaran bagi
menjaga alam persekitaran di kalangan pelbagai lapisan masyarakat
khususnya para pelajar.

https://play.google.com/store/search?q=nahrim

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan