Saturday, 18 August 2018

Guru perlu bijak kemas kini pengetahuan teknologi

Permaisuri Johor: Guru perlu bijak kemas kini pengetahuan teknologi

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah teknologi pada masa ini menuntut guru agar bijak mengemas semula pengetahuan.

Golongan pendidik mampu melakukan perubahan dan tranformasi dalam bidang pendidikan selagi mereka berupaya mencari kaedah pembelajaran yang efektif kepada anak didik mereka.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah perubahan yang berlaku rentetan daripada teknologi yang digunakan pada masa ini menuntut guru agar bijak mengemas semula pengetahuan, kemahiran, tujuan, pedagogi dan hasil pembelajaran yang dimiliki mereka.

Ini termasuk menerapkan penggunaan digital serta mengoperasikan pelbagai kaedah berfikir dalam pengajaran.

"Guru boleh melakukan ini dengan pelbagai strategi termasuk menggunakan ujian dan maklumat prestasi pelajar dalam merancang pengajaran, selain memberi tumpuan kepada pembangunan literasi dan numerasi.

"Di Malaysia, kita telah melihat banyak contoh tentang bagaimana individu dan kumpulan-kumpulan guru telah memberi impak yang besar kepada kehidupan pelajar mereka dan saya percaya guru-guru ini perlu dijadikan sebagai contoh untuk diikuti.

Amalan terbaik mereka mesti dikongsi dengan semua guru agar mereka dapat mengubah komuniti dan negara secara kolektif," titah baginda.

Persidangan MELTA

Raja Zarith Sofiah yang juga Penaung Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris (MELTA) bertitah demikian ketika menyempurnakan Persidangan Antarabangsa MELTA kali ke-27 2018 di Hotel Berjaya Waterfront, di Johor Bahru, hari ini.

Hadir sama Presiden MELTA Prof S. Ganakumaran.

Dalam persidangan itu, Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, Nor Fadzleen Sa'don, 41, dari Sekolah Menengah Bandar Baru Uda telah dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Bahasa Inggeris The MELTA Hyacinth Gaudart.

Nor Fadzleen yang ditemui kemudiannya berkata beliau menerapkan kaedah pembelajaran yang selaras dengan peredaran zaman bagi memastikan setiap pelajarnya tidak ketinggalan terutama dalam bidang pendidikan yang kini banyak menggunakan teknologi.

"Pendidikan bagi abad ke 21 ini perlulah berbeza. Konsep global yang saya terapkan di dalam bilik darjah dengan menggunakan teknologi seperti video dan juga "Visual Reality"(VR) membuatkan pelajar minat untuk belajar Bahasa Inggeris".

"Saya berkolaborasi dengan banyak guru dari luar negara seperti Mesir dan Amerika Syarikat melalui video. Kami berkongsi persamaan dan perbezaan pelajaran antara dua negara," kata Nor Fadzleen yang kini menyambung pengajian Ijazah Kedoktoran dalam bidang teknologi di Institut Antarabangsa Teknologi Malaysia-Jepun, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

- Bernama

Friday, 17 August 2018

Am : Kira-kira 3,500 murid di bawah KPM dijangkiti HFMD


----
Am : Kira-kira 3,500 murid di bawah KPM dijangkiti HFMD // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1633012

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 3,500 murid dari 1,288 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilapor dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) hingga semalam, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Kenyataan Media KPM Berkaitan Lantikan Anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Sesi 2018-2020

Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di KPM bagi Tahun 2016 hingga 2018 (Urusan Cicir)



----
Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di KPM bagi Tahun 2016 hingga 2018 (Urusan Cicir) // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4313-surat-siaran-urusan-kenaikan-pangkat-secara-tbbk-bagi-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-ppp-dan-anggota-kumpulan-pelaksana-akp-di-kpm-bagi-tahun-2016-hingga-2018-urusan-cicir

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2018 (URUSAN CICIR)


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Maklumat adalah seperti dilampiran : http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4313-surat-siaran-urusan-kenaikan-pangkat-secara-tbbk-bagi-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-ppp-dan-anggota-kumpulan-pelaksana-akp-di-kpm-bagi-tahun-2016-hingga-2018-urusan-cicir


Monday, 6 August 2018

Am : 52 kes HFMD direkod di tabika, taska Kemas di Pahang


----
Am : 52 kes HFMD direkod di tabika, taska Kemas di Pahang // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1629458

52 kes HFMD direkod di tabika, taska Kemas di Pahang


KUANTAN, 6 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 52 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan oleh Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan taska kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negeri. 

Pengarah KEMAS negeri Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata semua kes tersebut adalah terkawal dan dan tiada taska mahupun tabika yang ditutup ekoran penyakit tersebut. 

"Kes ini melibatkan 45 kanak-kanak Tabika dan tujuh kanak-kanak taska. Ibu bapa diminta untuk tidak menghantar anak ke taska dan tabika bagi mengelakkan penularan penyakit itu," katanya ketika ditemui selepas Sambutan Prapelancaran Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri di Tabika Kemas Felda Bukit Goh, di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pengarah Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Negeri Pahang Dahliah Osman dan Pengurus Felda Bukit Goh Abdul Raiz Rifin.

Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Kesihatan dalam memastikan penyakit ini tidak merebak. 

"Mana-mana tabika dan taska yang terlibat dengan HFMD dipantau dan diperiksa oleh klinik kesihatan terdekat bagi memastikan pelajar lain tidak dijangkiti," katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Ahmad Fakhrul Azman berkata ia diadakan serentak di seluruh negara hari ini, melalui simbolik penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Kemas setiap negeri kepada wakil pelajar Tabika.

Sambutan itu bertujuan bagi memastikan kanak-kanak dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya selain memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka, katanya. 

-- BERNAMA.com

4th International Conference on Teacher Learning and Development 2018 (ICTLD 2018)



----
4th International Conference on Teacher Learning and Development 2018 (ICTLD 2018) // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4291-4th-international-conference-on-teacher-learning-and-development-2018-ictld-2018

4th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) akan diadakan pada 14-16 Ogos 2018 bertempat di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Perasmian dan Ucap Utama persidangan antarabangsa dwitahunan ini akan dilaksanakan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Majlis penutupan akan dilakukan oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Persidangan ICTLD pada kali ini dianjurkan bersama-sama oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dan Pejabat Pengurusan Transformasi IPG di bawah PADU.

Objektif ICTLD 2018 adalah berkongsi kepakaran dan pengetahuan pelaksanaan pendidikan guru dalam kalangan pendidik guru, menjana amalan terbaik dan inovasi dalam pendidikan guru berdasarkan penyelidikan, mewujud dan memantapkan jaringan dan kolaboratif dalam penyelidikan pendidikan guru serta menjana aspirasi pembelajaran sepanjang hayat

Tema dalam persidangan ini ialah "Sharing Visions in Changing Times: Developing Transformative Pedagogies". Di antara penceramah yang akan menyampaikan ceramah dalam sesi pleno adalah:

Prof Madya. Dr. Jonathan Newton (Victoria University of Wellington, New Zealand)Prof Dr. Leslie Barratt ( Indiana State University, USA)Dr. Willy A Renandya (National Institute of Edu., Nanyang Tech., Singapore)Professor Dr. Stephen J. Hall - (Sunway University)

Kenyataan Media KPM: Jawapan Lisan Pertanyaan Dewan Rakyat Berkaitan Sekolah Kurang Murid (SKM)

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan