Thursday, 23 January 2020
Panduan Pendaftaran Pengakap 2020 - cikguayu.my
Sumber : Cikgu Ayu Dot My
Wednesday, 22 January 2020
Waspada SMS Menang Wang Tunai Kononnya Daripada Pihak Boost - Sebenarnya
Sumber : Sebenarnya.my
Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Seperti Berikut: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Interim SJKC), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah JQAF Dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah - Pengumuman KPM
Sukacita dimaklumkan bahawa CALON-CALON YANG TELAH DITEMU DUGA OLEH SPP dan LULUS TEMU DUGA IAITU DALAM KALANGAN CALON DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (INTERIM SJKC), KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH JQAF dan DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (INTERIM BPTV) boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula 23 Januari 2020 sehingga 5 Februari 2020. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon DPLI (INTERIM SJKC), KPLI JQAF dan DPLI (INTERIM BPTV) sahaja yang telah lulus temu duga dan diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan. SETIAP CALON DIWAJIBKAN UNTUK MEMUATNAIK SIJIL PENGAJIAN BAGI TUJUAN VERIFIKASI.
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Seperti Berikut: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) - Pengumuman KPM
Sukacita dimaklumkan bahawa CALON-CALON IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) YANG TELAH DITEMU DUGA OLEH SPP dan LULUS TEMU DUGA boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan dibawah. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah lulus temu duga dan diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan.
Tarikh mula : 23/01/2020
Tarikh Akhir : 31/01/2020
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2019 - Pengumuman KPM
Muat turun Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2019 di sini.
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
Tuesday, 21 January 2020
Kaji Selidik Bagi Mendapat Maklumat Tambahan Tugas-Tugas Pembantu Tadbir Di Sekolah/ Kolej Vokasional/ Institut Pendidikan Guru/ Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia - Pengumuman KPM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Semua Ahli KEPTAN Semenanjung Malaysia
Semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Kewangan)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tuan/Puan,
KAJI SELIDIK BAGI MENDAPAT MAKLUMAT TAMBAHAN TUGAS-TUGAS PEMBANTU TADBIR DI SEKOLAH/ KOLEJ VOKASIONAL/ INSTITUT PENDIDIKAN GURU/ PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH/ JABATAN PENDIDIKAN NEGERI/ BAHAGIAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN UNTUK MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BIL. 1 TAHUN 2020
Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia [KEPTAN] sedang mengumpul maklumat secara atas talian (online) berkaitan tugas-tugas Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tabir (Kewangan) yang berkhidmat di sekolah/ kolej vokasional untuk pemurnian kertas kertas cadangan norma perjawatan di sekolah/ laluan kerjaya/ penambahbaikan Skim Pembantu Tadbir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan tugas-tugas ketua pembantu tadbir/ pembantu tadbir di Kolej Vokasional, Institut Pendidikan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan bahagian juga diperlukan bagi tujuan melengkapkan kertas cadangan untuk dikemukakan kepada Majlis Bersama Kebangsaan (MBK Am/Pelaksana) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
3. Seperti sedia maklum bahawa, KEPTAN adalah Kesatuan Gabungan CUEPACS yang mewakili lebih 11 ribu ahli dari kalangan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Tadbir (Kewangan) di KPM seluruh Semenanjung Malaysia adalah terlibat dalam Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Bersama Kesatuan Bukan Guru KPM, Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK Am/Pelaksana), Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ KPM) dan Mesyuarat Jawatankuasa Gred CUEPACS secara berkala serta beberapa mesyuarat/perbincangan anjuran BPSM KPM, JPN dan PPD. Justeru itu, beberapa maklumat bagi menyediakan kertas cadangan adalah diperlukan sebagai asas/justifikasi setiap isu/cadangan. Sebarang pertanyaan mengenai kaji selidik ini, tuan/puan boleh mengemukakan melalui emel: tugasptkpm@gmail.com
4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memberi maklum balas seperti yang diminta dalam pautan yang disediakan. Dimohon jasa baik semua ketua jabatan/ ketua sektor/ ketua unit/ penyelia memanjangkan hebahan emel dan pautan kaji selidik ini kepada semua ahli KEPTAN dan ketua pembantu tadbir/ pembantu tadbir yang terlibat (bertugas di sekolah/ kolej vokasional/ ipg/ ppd/ jpn/ bahagian/ agensi KPM) agar hasil dapatan daripada kajian ini secara holistik. Maklum balas ini hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 25 Januari 2020; 4.00 petang melalui pautan berikut:
5. Segala kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
"INTEGRITI MEMPERKASA ORGANISASI"
“KEPTAN MAJU JAYA”
Saya yang menjalankan amanah,
(AHMAD SABRI BIN ZAKARIA)
Setiausaha Agung
KEPTAN Semenanjung Malaysia
Emel : sabri.keptan@gmail.com
Tel : 03-88847382
Web : keptan.com.my
Fb : Keptan Semenajung Malaysia (official)
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
Panduan Uniform Pengakap (Ahli Baharu) - SK Desa Pandan
Selamat datang buat ahli-ahli baharu Pengakap Kanak-Kanak SK Desa Pandan. Berikut merupakan panduan Uniform Pengakap untuk ahli-ahli baharu. Perkara wajib dipakai setiap kali perjumpaan ialah Skarf dan Wogle.
Setiap kali perjumpaan juga, ahli-ahli perlu membawa buku log dan juga alat tulis yang mencukupi. Kelengkapan lain yang mungkin diperlukan, akan dimaklumkan dari masa ke masa, mengikut keperluan aktiviti perjumpaan.
Sekiranya ibu bapa ingin membeli kemeja pengakap untuk anak-anak, bolehlah berpandukan senarai semak yang berikut:
Bahu Kanan
Kuala Lumpur
Titiwangsa
27
Bahu Kiri
Nama Sekawan
Dada Kanan
Pengakap dunia
Tanda nama (Latar Biru Gelap)
Pengakap Malaysia
Dada Kiri
Bendera Malaysia.
Pangkat Ketua Sekawan atau Penolong Ketua Sekawan (jika berkaitan)
Sumber : SK Desa Pandan