
Sumber : Sebenarnya.my
Untuk reunion Edufluencer secara maya semalam, Ustaz
Guru Adiwira PAK21 telah berkongsikan kerja buat baharu beliau sebagai pegawai di Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Antaranya adalah tentang kejayaan program pembelajaran online, iaitu Program Halaqah Ilmu.
Tahniah bro sifu
ditemu ramah oleh pihak Astro Awani. saya amat bersetuju dengan ulasan beliau yang menyatakan bahawa setiap pihak perlu saling berganding bahu dan saling menyokong antara satu sama lain untuk memastikan motivasi dan momentum murid untuk belajar dari rumah. Berasa bangga juga nama CikgooTUBE disebut oleh bro sifu dalam berita. Tahniah dan terima kasih bro sifu. Keep inspiring always
SEMUA PENGARAH BAHAGIAN
SEMUA PENGARAH JPN
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN MANUSKRIP BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU TAHUN 2021
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru (JPPG) bagi tahun 2021. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) daripada bahagian/institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang berminat menyumbang manuskrip berbentuk penyelidikan berkaitan profesionalisme guru untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.
3. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penulisan Manuskrip JPPG mengikut format yang ditetapkan dan Lampiran A: maklumat penulis untuk makluman serta tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Sumbangan manuskrip tersebut perlu dihantar secara softcopy ke alamat emel: jurnalbpg@gmail.com. Tarikh akhir penghantaran manuskrip tersebut adalah pada 15 Januari 2021.
4. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia penerbitan JPPG di Unit Dasar Pembangunan Keguruan, Cik Hasmidatul Suria binti Azmi secara emel hasmidatulsuria@moe.gov.my / ditalian 03-88841228.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Muat Turun:
Panduan Penulisan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 2021
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
URUS SETIA JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDKAN GURU
BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU