Thursday 23 January 2020

Panduan Pendaftaran Pengakap 2020 - cikguayu.my

Pendaftaran ahli pengakap perlu diperbaharui setiap tahun. Kuasa penganjur perlu memastikan semua pemimpin setiap kumpulan membuat pendaftaran keahlian bermula bulan Mac. Tertakluk dibawah Akta Parlimen 1968, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974 pindaan Akta 409, Tahun 1989. Pendaftaran ini merupakan titik mula pergerakan pengakap bagi setiap ahli untuk mengelakkan penglibatan yang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Wednesday 22 January 2020

Waspada SMS Menang Wang Tunai Kononnya Daripada Pihak Boost - Sebenarnya

WASPADA: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan satu SMS palsu kononnya pengguna telah memenangi wang tunai sebanyak RM8,888 daripada pihak Boost App. Dari hasil penelitian dan semakan yang dibuat, MCMC mendapati bahawa pautan URL di dalam SMS tersebut akan membawa kepada sebuah laman palsu yang meminta pengguna memasukkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Seperti Berikut: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Interim SJKC), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah JQAF Dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah - Pengumuman KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa CALON-CALON YANG TELAH DITEMU DUGA OLEH SPP dan LULUS TEMU DUGA IAITU DALAM KALANGAN CALON DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (INTERIM SJKC), KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH JQAF dan DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (INTERIM BPTV) boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula 23 Januari 2020 sehingga 5 Februari 2020. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon DPLI (INTERIM SJKC), KPLI JQAF dan DPLI (INTERIM BPTV) sahaja yang telah lulus temu duga dan diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan. SETIAP CALON DIWAJIBKAN UNTUK MEMUATNAIK SIJIL PENGAJIAN BAGI TUJUAN VERIFIKASI.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Seperti Berikut: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) - Pengumuman KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa CALON-CALON  IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) YANG TELAH DITEMU DUGA OLEH SPP  dan LULUS TEMU DUGA boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan dibawah. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah lulus temu duga dan diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan.

Tarikh mula : 23/01/2020
Tarikh Akhir : 31/01/2020

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2019 - Pengumuman KPM

LAPORAN ANALISIS STAM 20191

Muat turun Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2019 di sini.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 21 January 2020

Kaji Selidik Bagi Mendapat Maklumat Tambahan Tugas-Tugas Pembantu Tadbir Di Sekolah/ Kolej Vokasional/ Institut Pendidikan Guru/ Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia - Pengumuman KPM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Semua Ahli KEPTAN Semenanjung Malaysia
Semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Kewangan)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuan/Puan,

KAJI SELIDIK BAGI MENDAPAT MAKLUMAT TAMBAHAN TUGAS-TUGAS PEMBANTU TADBIR DI SEKOLAH/ KOLEJ VOKASIONAL/ INSTITUT PENDIDIKAN GURU/ PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH/ JABATAN PENDIDIKAN NEGERI/ BAHAGIAN DI  BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN UNTUK MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BIL. 1 TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia [KEPTAN] sedang mengumpul maklumat secara atas talian (online) berkaitan tugas-tugas Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tabir (Kewangan) yang berkhidmat di sekolah/ kolej vokasional untuk pemurnian kertas kertas cadangan norma perjawatan di sekolah/ laluan kerjaya/ penambahbaikan Skim Pembantu Tadbir  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan tugas-tugas ketua pembantu tadbir/ pembantu tadbir di Kolej Vokasional, Institut Pendidikan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan bahagian juga diperlukan bagi tujuan melengkapkan kertas cadangan untuk dikemukakan kepada Majlis Bersama Kebangsaan (MBK Am/Pelaksana) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

3.     Seperti sedia maklum bahawa, KEPTAN adalah Kesatuan Gabungan CUEPACS yang mewakili lebih 11 ribu ahli dari kalangan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Tadbir (Kewangan) di KPM seluruh Semenanjung Malaysia adalah terlibat dalam Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Bersama Kesatuan Bukan Guru KPM, Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK Am/Pelaksana), Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ KPM) dan Mesyuarat Jawatankuasa Gred CUEPACS secara berkala serta beberapa mesyuarat/perbincangan anjuran BPSM KPM, JPN dan PPD. Justeru itu, beberapa maklumat bagi menyediakan kertas cadangan adalah diperlukan sebagai asas/justifikasi setiap isu/cadangan. Sebarang pertanyaan mengenai kaji selidik ini, tuan/puan boleh mengemukakan melalui emel: tugasptkpm@gmail.com

4.     Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memberi maklum balas seperti yang diminta dalam pautan yang disediakan. Dimohon jasa baik semua ketua jabatan/ ketua sektor/ ketua unit/ penyelia memanjangkan hebahan emel dan pautan kaji selidik ini kepada semua ahli KEPTAN dan ketua pembantu tadbir/ pembantu tadbir yang terlibat (bertugas di sekolah/ kolej vokasional/ ipg/ ppd/ jpn/ bahagian/ agensi KPM) agar hasil dapatan daripada kajian ini secara holistik. Maklum balas ini hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 25 Januari 2020; 4.00 petang melalui pautan berikut:

http://bit.do/foTym

5.     Segala kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"INTEGRITI MEMPERKASA ORGANISASI"

“KEPTAN MAJU JAYA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

(AHMAD SABRI BIN ZAKARIA)
Setiausaha Agung
KEPTAN Semenanjung Malaysia
Emel   : sabri.keptan@gmail.com
Tel       : 03-88847382
Web    : keptan.com.my
Fb       : Keptan Semenajung Malaysia (official)



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Panduan Uniform Pengakap (Ahli Baharu) - SK Desa Pandan

Selamat datang buat ahli-ahli baharu Pengakap Kanak-Kanak SK Desa Pandan. Berikut merupakan panduan Uniform Pengakap untuk ahli-ahli baharu. Perkara wajib dipakai setiap kali perjumpaan ialah Skarf dan Wogle.

Setiap kali perjumpaan juga, ahli-ahli perlu membawa buku log dan juga alat tulis yang mencukupi. Kelengkapan lain yang mungkin diperlukan, akan dimaklumkan dari masa ke masa, mengikut keperluan aktiviti perjumpaan.

Sekiranya ibu bapa ingin membeli kemeja pengakap untuk anak-anak, bolehlah berpandukan senarai semak yang berikut:

Bahu Kanan
✅ Kuala Lumpur
✅ Titiwangsa
✅ 27

Bahu Kiri
✅ Nama Sekawan

Dada Kanan
✅ Pengakap dunia
✅ Tanda nama (Latar Biru Gelap)
✅ Pengakap Malaysia

Dada Kiri
✅ Bendera Malaysia.
✅ Pangkat Ketua Sekawan atau Penolong Ketua Sekawan (jika berkaitan)

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan