Saturday 14 November 2020

Waspada Mesej Daripada Pihak Tidak Dikenali Yang Menawarkan Peluang Jana Pendapatan Semasa Pandemik COVID-19 - Sebenarnya

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC): MCMC ingin menasihatkan orang ramai untuk berwaspada terhadap penyebaran mesej daripada pihak tidak dikenali melalui platform WhatsApp atau media sosial, yang menawarkan peluang menjana pendapatan kepada mereka yang terkesan semasa pandemik COVID-19. Orang ramai adalah diingatkan untuk tidak terpedaya dengan mesej tawaran yang mencurigakan. Pada masa yang sama, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Video Tular Program Keagamaan Di Kuil Batu Caves Adalah Video Lama - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Gombak: Terkesan (1) video klip tular dalam media sosial mengatakan satu program keagamaan telah diadakan di Kuil Batu Caves pada 12 November 2020 yang dikatakan melanggar SOP PKPB. Disahkan bahawa tiada program diadakan pada tarikh tersebut. Hanya pada 19 September 2020, (1) program secara tertutup diadakan dalam kawasan kuil. […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 13 November 2020

Perkongsian Bersama Ustaz Mohd Asrulnizam Guru Adiwira PAK21 - CikguHailmi

 Untuk reunion Edufluencer secara maya semalam, Ustaz

Mohd Asrulnizam

Guru Adiwira PAK21 telah berkongsikan kerja buat baharu beliau sebagai pegawai di Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Antaranya adalah tentang kejayaan program pembelajaran online, iaitu Program Halaqah Ilmu.

Program berterusan yang telah bermula sejak PKP yang pertama ini lagi telah melibatkan guru-guru hebat Pendidikan Islam dan murid-murid di negeri Kedah khususnya.
Teringat saya dengan apa yang Ustad Asrul selalu cakapkan dengan saya, iaitu misi memartabatkan matapelajaran Pendidikan Islam itu pada level yang setanding atau tak mustahil lebih daripada subjek-subjek lain.





Sebab tu beliau bekerja keras dan sentiasa datang dengan idea baharu yang fresh. Buktinya, terkini mereka adakan program motivasi online kepada murid sebagai sokongan mental dan emosi kepada murid. Perkara yang jarang kita pendidik bagi perhatian semasa musim mencabar sebegini.
SANTAI BERSAMA USTAZ ABAH
( Motivasi Pembangunan Jatidiri Sempena PKPB )
Tarikh : 12.11.2020 (Khamis) Masa : 10.00 pagi
So, jom kita support webinar motivasi online ini dengan sebarkan kepada lebih ramai murid. Apatah lagi penceramah yang dijemput juga bukan kaleng-kaleng, Ustad yang penuh persona dan lawak jenakanya, Ustad
Azlan Idris
.
Kita doakan kejayaan mereka ya!
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Cikgu Hailmi Di AWANI Pagi - CikguHailmi

 Tahniah bro sifu

Norhailmi Abdul Mutalib

ditemu ramah oleh pihak Astro Awani. saya amat bersetuju dengan ulasan beliau yang menyatakan bahawa setiap pihak perlu saling berganding bahu dan saling menyokong antara satu sama lain untuk memastikan motivasi dan momentum murid untuk belajar dari rumah. Berasa bangga juga nama CikgooTUBE disebut oleh bro sifu dalam berita. Tahniah dan terima kasih bro sifu. Keep inspiring always



🥳🥳🥳😍
Bagi sahabat yang tak sempat menonton sila tekan pautan berikut:
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Soalan Lazim (FAQ) Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Serta Peperiksaan Awam Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Muat Turun FAQ



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Dakwaan Mi Kari Oldtown White Coffee Tidak Halal Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM: Ramai pengguna di media sosial mula menularkan video yang mendakwa Mi Kari OLDTOWN White Coffee tidak halal kerana menggunakan daging babi dalam kandungan mi kari mereka. Berdasarkan semakan pihak kami, premis makanan OLDTOWN White Coffee merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah. Perlu difahami bahawa premis makanan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 12 November 2020

Pelawaan Untuk Sumbangan Manuskrip Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Tahun 2021 - Pengumuman KPM

SEMUA PENGARAH BAHAGIAN

SEMUA PENGARAH JPN

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN MANUSKRIP BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru (JPPG) bagi tahun 2021. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) daripada bahagian/institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang berminat menyumbang manuskrip berbentuk penyelidikan berkaitan profesionalisme guru untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.

3.         Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penulisan Manuskrip JPPG mengikut format yang ditetapkan dan Lampiran A: maklumat penulis untuk makluman serta tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Sumbangan manuskrip tersebut perlu dihantar secara softcopy ke alamat emel: jurnalbpg@gmail.com. Tarikh akhir penghantaran manuskrip tersebut adalah pada 15 Januari 2021.

4.         Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia penerbitan JPPG di Unit Dasar Pembangunan Keguruan, Cik Hasmidatul Suria binti Azmi secara emel hasmidatulsuria@moe.gov.my / ditalian 03-88841228.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

 Muat Turun:

 SURAT PELAWAAN

 Panduan Penulisan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 2021

 LAMPIRAN A - MAKLUMAT PENULIS

 

 

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

URUS SETIA JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDKAN GURU

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan