
Sumber : Sebenarnya.my
Surat Siaran ini bertujuan memaklumkan tentang pelaksanaan Pemeriksaan Institusi Pendidikan Oleh Jemaah Nazir Tahun 2020.
http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/1280
Permohonan hanya dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan sahaja dan mengikut bidang pengkhususan (Lampiran A) serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan (Lampiran B dan C).
Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 20 Mac 2020.
Sila layari laman NPQEL MPPS untuk keterangan lanjut.
Bil | Perkara |
1 | Lampiran A: Keperluan Calon Mengikut Bidang Pengkhususan |
2 | Lampiran B: Syarat-syarat Permohonan |
3 | Lampiran C: Senarai Jawatan Pentadbiran |
Maklumat lanjut:
2. Borang Pencalonan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2020
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Akademi DBP akan menganjurkan Kursus Teknik dan Penjurian Permainan Sahibba Siri II pada 7 Mac 2020, pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP, Kuala Lumpur.
Objektif kursus ini adalah untuk:
• Memantapkan kaedah penjurian dalam kalangan juri dan panel hakim pertandingan Sahibba.
• Melahirkan lebih ramai juri/panel hakim pertandingan Sahibba dalam kalangan staf DBP dan guru penyelaras peringkat daerah/negeri, kementerian. Pertandingan Sahibba merupakan program tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
• Menyebarkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pengguna/penutur.
Yuran Pendaftaran: RM150.00 seorang termasuk makan minum dan sijil penyertaan
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Siti Ruzaiha binti Mohd Riffin (03-2147 0208) atau e-mel ruzaiha@dbp.gov.my
Untuk mendaftar, sila isi borang melalui http://pendaftaran.dbp.my/index.php/mohon/
Adalah dimaklumkan Kerajaan Hungary telah membuka permohonan untuk menaja warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program Biasiswa di bawah tajaan Bilateral State Scholarships in Hungary sesi akademik 2020/2021 bagi peringkat pengajian seperti berikut:
- short and long-term study visits
- summer courses.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
[HEBAHAN] JEMPUTAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN DI INDIAN INSTITUTE OF TECHNOLOGY KHARAGPUR (IITKGP) DAN UNIVERSITY OF DELHI, INDIA
YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Indian Institute of Technology Kharagpur (IITKGP) dan University of Delhi, India menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian di kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut. Perincian lanjut berhubung kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut adalah seperti yang berikut:
3. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyebar luas hebahan berhubung pelawaan kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian di India kelak. Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/
PELAWAAN PENAJAAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPENUH MASA SESI 2021
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Gunasama dan Jawatan Kader) untuk memohon penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2021.
3. Pegawai yang berminat boleh melayari laman web JPA iaitu www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan. Permohonan dibuka mulai 14 Februari 2020 sehingga 6 Mac 2020. Kemudahan ini tidak melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi dan Pensyarah Universiti di KPM. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan bil. JPA(I)S.175/22/1Klt.15(3) bertarikh 14 Februari 2020 untuk rujukan jua. Pegawai yang berminat hendaklah membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan yang dinyatakan didalam surat pelawaan tersebut.
4. Permohonan ini hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan. Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Sekiranya ada sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak tiga (3) set dokumen, tiga (3) salinan Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 4 Mac 2020 (Rabu) pukul 5.00 petang kepada:
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali
5. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/
Nama : Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham
E-mel : wnazzatu.wazaham@moe.gov.my
Nama : Puan Paridah binti Ali
E-mel : paridah.ali@moe.gov.my
6. Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/
Muat Turun Surat Edaran HLP Sesi 2021
Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN PELAWAAN BAGI MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC) ON BLENDED LEARNING PRACTICE
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Malaysia menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima pelawaan daripada Commonwealth of Learning (COL) Canada untuk menyertai kursus Massive Open Online Course (MOOC) On Blended Learning Practice bermula 1 Mac 2020 (Ahad) sehingga 28 Mac 2020 (Sabtu). Kursus percuma selama 4 minggu yang disediakan oleh pihak COL dengan kerjasama Athabasca University ini adalah terbuka kepada semua guru dan golongan pendidik professional yang pernah mempertimbangkan pelaksanaan amalan blended learning practice di dalam bilik darjah atau sebarang program atas talian. Pelaksanaan kursus ini juga dilengkapi dengan buku panduan mengenai blended learning dimana kajian semula pelbagai jenis blended learning yang merujuk kepada tahap pendidikan, keperluan pelajar, dan mata pelajaran yang diajar turut disediakan.
3. Sebagai makluman, tempoh pembelajaran bagi kursus tersebut adalah lebih kurang 5 jam seminggu. Ianya akan dikendalikan sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris oleh dua orang tenaga pengajar dari Athabasca University di Alberta, Canada iaitu Profesor Martha Cleveland-Innes and Dan Wilton. Tiada syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon kursus ini. Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan jua, calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di https://www.blpmooc.org (Klik ENROL IN THE COURSE di muka surat ini) atau daftar terus di https://canvas.instructure.com/enroll/BJ46LY
4. Dalam hal ini, sukacita dipanjangkan pelawaan ini kepada pegawai di Jabatan/Agensi/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai kursus Massive Open Online Course (MOOC) On Blended Learning Practice.
Sekian dimaklumkan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan jua.