Showing posts with label Dr.Maszlee. Show all posts
Showing posts with label Dr.Maszlee. Show all posts

Wednesday 21 August 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus berusaha keras untuk menaikkan nama dan karya Sasterawan Negara di peringkat global.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus berusaha keras untuk menaikkan nama dan karya Sasterawan Negara di peringkat global.

Usaha ini termasuklah menjalinkan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara lain, menerjemahkan karya Sasterawan Negara ke dalam bahasa tempatan dan memasarkannya di negara tersebut.

https://ift.tt/2TLXP4y

Malaysia bakal pasarkan karya Sasterawan Negara ke China

PUTRAJAYA - Malaysia akan menjadikan China sebagai ekosistem dinamik terhadap industri perbukuan bagi kedua-dua negara. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, sepanjang di Beijing, delegasi Malaysia bakal meneroka kerjasama untuk memperkenalkan karya-karya hebat Sasterawan Negara di tanah bes...

source https://www.sinarharian.com.my/article/43940/BERITA/Nasional/Malaysia-bakal-pasarkan-karya-Sasterawan-Negara-ke-China

Saya begitu bertuah pada hari ini kerana diberikan ruang dan peluang untuk menyampaikan ucaptama di 2019 Beijing International Publishing Forum



Saya begitu bertuah pada hari ini kerana diberikan ruang dan peluang untuk menyampaikan ucaptama di 2019 Beijing International Publishing Forum. Ia sebuah forum berskala besar yang menghimpunkan penerbit-penerbit buku dan majalah dari seluruh dunia yang hadir sempena Beijing International Book Fair 2019.

Dalam ucaptama saya menyentuh mengenai usaha-usaha berterusan Malaysia dalam meningkatkan minat membaca dan merancakkan pertumbuhan industri perbukuan negara. Idea Dekad Membaca Kebangsaan jelas mendapat perhatian ramai dan kita akan memastikan ia mampu mencapai matlamat untuk meningkatkan jumlah bacaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di samping itu, pemilihan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia pada tahun 2020 juga mampu menjadi permulaan terbaik untuk kita mengorak kerjasama lebih besar dengan negara-negara hebat seperti China dalam memastikan karya-karya tempatan terus segar di negara sendiri dan di merata dunia.

Saya juga mengemukakan pandangan untuk Malaysia mewujudkan program residensi penulis secara lebih berfokus dan tersusun serta menjalinkan kerjasama dengan penulis-penulis mapan dari China bagi menyuburkan kerjasama ilmu antara kedua-dua negara.

Delegasi Malaysia hadir ke Beijing pada kali ini untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi silang budaya terbaik di dunia. Kita berhasrat untuk menonjolkan kepada semua bahawa Malaysia memiliki kepelbagaian yang unik dan menarik untuk diterokai.

Dalam masa sama, kita juga berhasrat untuk memperkenalkan karya-karya hebat Sasterawan Negara di Beijing. Satu usaha besar sedang direncanakan untuk meluaskan karya-karya ini kepada khalayak lebih besar.

Malaysia sentiasa memandang China sebagai destinasi terbaik dari sudut ekonomi dan budaya. Sehubungan itu, delegasi Malaysia di Beijing pada kali ini akan meneroka peluang kerjasama lebih luas bagi terus mewujudkan ekosistem lebih dinamik terhadap industri perbukuan di kedua-dua negara.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.230666793671268/3052953691442550/?type=3

Tuesday 20 August 2019

Photo - Pagi ini saya berkesempatan untuk bertemu dengan Vice Chairman of the Committee of Culture, History and Study of the CPCC National Committee, Yan Xiaohong di Beijing, China.



Pagi ini saya berkesempatan untuk bertemu dengan Vice Chairman of the Committee of Culture, History and Study of the CPCC National Committee, Yan Xiaohong di Beijing, China.

Dalam pertemuan berkenaan kami berkongsi pandangan mengenai kerjasama berterusan yang boleh dijalinkan antara Malaysia dan China dalam bidang perbukuan dan penerbitan.

Kami juga membincangkan mengenai senario industri perbukuan yang dikatakan berhadapan cabaran hebat sejak kebelakangan ini. Saya juga amat berbangga melihat perkembangan Beijing International Book Fair yang semakin maju dan sudah mampu bersaing dengan pesta buku dunia utama lain seperti Frankfurt International Book Fair.

Saya melihat China sebagai destinasi tepat dalam mengukuhkan kerjasama ilmu seperti ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan lebih banyak karya Malaysia dapat diterjemahkan ke bahasa-bahasa di China dan ini secara tidak langsung dapat membantu kita mempromosi budaya dan kesusateraan negara di sana.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.230666793671268/3052993181438601/?type=3

Photo - The future is uncertain, and we have to look beyond what we have today.



The future is uncertain, and we have to look beyond what we have today. I have met with industry key players like Tony Fernandes, the CEO of Air Asia and Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan from Berjaya Corporation Berhad, and they raised the same concern. Facing these challenges of uncertainty means we cannot just move forward without any intervention plan.

Our vision is that of a Malaysia that is futureproof and ready to lead the 4th industrial revolution. We must not be afraid of progress and start now. So today, when I received a courtesy visit by Mr. Salihin Abang, the President of Malaysian Institute of Accountants (MIA) and his team, I know this will one of our many steps moving forward.

During our discussion, I have requested the assistance of MIA in coming up with the Accountancy Education Masterplan 2020-2030 which shall cover students of all ages from primary, secondary, tertiary and also TVET education.

By 2030, it is projected that Malaysia would need 60,000 accountants, however there is a huge shortfall currently. While the demand is growing, the supply-side is worrying. This is where MIA comes into the picture to regulate and develop the accountancy profession to support economic growth and nation building.

MIA has also offered its expertise to assist in MoE's efforts to face the challenges of IR4.0, as accountants will also have an important role to play. Malaysia, which currently chairs SEAMEO will also emphasise on the existing ASEAN CPA to facilitate mobility of accountancy services professionals across ASEAN Member States.

Through the strategic objectives, we hope to see the profession as accountants will stay relevant to business and market demands, nurtured with values and ethics, consistent with the global standards and best practices and also continuously uplift global recognition.

We need to do better in inspiring our students to be part of the future of our digitally and technologically driven country. Malaysia will continue to offer its expertise in accountancy education to ASEAN Member States in its efforts to promote adoption of best practices on standards and qualifications.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3052787208125865/?type=3

Photo - Semalam saya mengadakan pertemuan dengan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengikuti Program MJIIT



Semalam saya mengadakan pertemuan dengan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengikuti Program MJIIT bagi membincangkan isu berkaitan kenaikan yuran berkaitan.

Jalan tengah telah dicapai untuk mendapatkan penyelesaian terbaik bagi masalah ini.

Saya percaya melalui perbincangan yang matang dan menyeluruh, kita mampu menyelesaikan isu ini secara lebih baik.

Kita akan memastikan setiap perkara yang menjadi kebimbangan mahasiswa sentiasa diberikan perhatian.

Terima kasih kepada semua mahasiswa yang hadir dan memberikan pandangan menarik sepanjang perbincangan tadi.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3052634724807780/?type=3

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan