Showing posts sorted by relevance for query guru. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query guru. Sort by date Show all posts

Tuesday 15 October 2019

Seminar Guru Yang Cukup Berjaya. Tahniah Bahagian Profesionalisme Guru! - CikguHailmi

Manisnya setiap kali menghadiri seminar sebegini adalah ukhwah yang terbina selepas itu. Dengan rakan kenalan guru yang dah lama kenal. Dan dengan rakan guru yang baharu mula berkenalan.

Tahniah buat Bahagian Profesionalisme Guru [BPG] yang menganjurkan Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan [SKPK] yang saya sifatkan memang berjaya dengan pengisian yang cukup bermakna untuk masing-masing bawa balik ilmunya.


Tahniah buat Bahagian Profesionalisme Guru [BPG] yang menganjurkan Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan [SKPK]
Tahniah buat Bahagian Profesionalisme Guru [BPG] yang menganjurkan Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan [SKPK]


Bertemu mereka yang hebat-hebat nih juga cukup lah menginspirasikan dan memotivasikan kerja buat kita sebagai Pendidik. Peluang untuk refresh balik semangat dan keazaman.

Dengan pelbagai peserta dari segenap struktur lapisan sistem pendidikan kita; dari pegawai, hingga ke pensyarah hingga ke guru pelaksana, jelas kerja buat kita semua adalah sama dan sekata, iaitu sama-sama mahukan yang terbaik untuk sistem pendidikan kita.


Cikgu kreatif Cokelat Daim dan muridnya

Pasukan guru dari Sarawak

Pasukan guru dari Sarawak

Pasukan guru dari serata Malaysia

Pasukan guru dari negeri kelahiran saya, Perlis

Bersama murid Asli dari SK Putra

Bersama Pegawai SISC+, Tuan Akhirudin

Bersama Madam Koek Chu Hiang, Pengetua Methodist Boys Sentul

Pasukan Pengetua Kedah bergambar dengan Dr Rosli, Timbalan Pengarah BPG


Kita hayati semula Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bergerak lah bersama. Sokong menyokong lah antara satu sama lain. Bimbing membimbing lah antara satu sama lain.

Baru lah hasilnya nanti kita juga yang sama-sama rasa. Amin!

#GuruNadiNegara @ Grand Lexis Port Dickson

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Tuesday 14 January 2020

5 Sebab Kenapa Anda Kena Pilih Sekolah Kerajaan - CikguHailmi

Semua kita tahu bahawa pendidikan merupakan suatu perkara yang sangat penting pada setiap ibu bapa yang cakna dengan masa depan anak-anak mereka. Tahap nak menentukan sekolah anak-anak nih pun kadang-kadang boleh bawak gaduh. Sebab semua mak ayah nakkan tempat terbaik, guru-guru terbaik, dan semua yang terbaik untuk pendidikan anak-anak.

Teringat saya dengan pesan bapa saya suatu ketika dahulu, "Kalau hari ini aku makan secupak, esok hangpa kena makan segantang" Maksudnya, jika pada hari ini dia cuma mampu makan secupak saja, kami anak-anak perlu berada pada tahap yang lebih baik pada masa depan. Oh ya! Bapa saya seorang petani. Maka pada beliau, hanya pendidikan sahaja yang mampu ubah nasib kami sekeluarga. Dan alhamdulillah, sekolah kerajaan jadi pilihan kami.


Kegembiraan untuk berada di sekolah bersama guru dan murid
Kegembiraan untuk berada di sekolah bersama guru dan murid


Bagi sesetengah orang, mungkin anda tak dapat maklumat yang baik tentang sekolah kerajaan terkini. Serius ada sesetengah dah berada pada tahap jauh lebih baik daripada sekolah persendirian atau sekolah swasta yang lain. Ya, serius betul! Jom saya kongsikan 5 sebab kenapa anda juga kena pilih sekolah kerajaan.



#1: Kepelbagaian
Sebab pertama yang saya nak tekankan adalah kepelbagaian yang ada di sekolah kerajaan. Siapa pun tak boleh nafikan bahawa di sekolah kerajaan kita ada pelbagai lapisan masyarakat, sama ada dari keluarga berada atau miskin, dari pelbagai jenis bangsa dan kaum, dari pelbagai agama dan kepercayaan. Pendek kata macam-macam ada sama seperti rojak.


Anak Malaysia membina negara bersama-sama
Anak Malaysia membina negara bersama-sama

Jadi, kat mana yang bagusnya? Dalam nak menghadapi dunia yang semakin mencabar, kita perlu sediakan dengan seboleh mungkin kemahiran sosial dan interaksi anak-anak. Mereka akan bekerja dan hidup di dalam suatu masyarakat yang pelbagai, dengan segala macam latar belakang.

Pendedahan bergaul seperti ini sudah tentu membantu anak-anak bersedia dengan segala macam kepelbagaian yang wujud di sekeliling mereka, sekaligus bukan saja mampu untuk berinteraksi dengan baik, malah mampu menghargai setiap kelebihan dan kekurangan dengan seadanya. Matang bukan sahaja dari segi cara berfikir, malah juga melalui cara bertindak.



#2: Persekitaran
Bagi yang dah lama tak ke sekolah kerajaan, boleh lah ringan-ringankan kaki menjenguk ke persekitaran sekolah. Pasti anda akan terkejut dengan banyak perubahan pada sekolah sekarang. Ada setengah sekolah yang mempunyai makmal sains yang antara yang tercanggih di Malaysia. Ada sekolah kerajaan yang mempunyai kantin jauh lebih cantik dan hipster daripada kedai makan di luar. Di SMK Bandar Baru Miri, murid dilibatkan secara aktif dalam membudayakan amalan baik 3R (Reduce, Reuse, Recycle).


Nice tak kantin SMK Pasir Gudang nih?
Nice tak kantin SMK Pasir Gudang nih?

Bukan sekadar fasiliti sahaja terbaik, perkara ini disokong oleh penerapan nilai yang tinggi melalui matapelajaran Pendidikan Sivik. Ya, penerapan nilai Sivik dalam matapelajaran lain, sangat membantu murid kita memiliki akhlak yang baik lagi terpuji.

Tahukah anda bahawa setiap sekolah juga mempunyai  bidang kebitaraan mereka yang tersendiri? Ada sekolah yang cenderung kepada pembudayaan Teknologi Hijau. Maka penuhlah dengan taman-taman dan juga konsep Teknologi Hijau yang mesra alam. Ada sekolah yang cenderung dengan bidang STEM, maka penuh lah dengan ciri-ciri STEM di merata-merata sekolah. Yang penting, anda tahu ke sekolah bagaimana yang anda perlukan untuk anak-anak anda.



#3: Aktiviti
Minda yang cerdas datang dari badan yang cergas. Sekolah kerajaan menyediakan pelbagai aktiviti ko-kurikulum, seperti kelab dan persatuan, serta sukan permainan yang boleh dipilih oleh semua murid. Malah penglibatan aktif murid dalam setiap aktiviti ko-kurikulum tersebut juga diiktiraf dan memberi kredit kepada murid untuk melanjutkan pelajaran kelak ke peringkat yang lebih tinggi.


Otak yang cerdas, datang dari badan yang cergas!
Otak yang cerdas, datang dari badan yang cergas!


Itu belum dilihat lagi dengan fasiliti dan kemudahan sukan yang disediakan. Sekurang-kurangnya di setiap sekolah kerajaan, satu padang dan juga Stor Sukan akan diwujudkan bagi menyimpan semua peralatan sukan dan permainan yang diperlukan murid. Malah di sesetengah sekolah yang mempunyai PIBG yang menyokong, kemudahan seperti ini jauh lebih baik berbanding kemudahan sukan di sekolah swasta.



#4: Guru Berkualiti
Tidak dapat dinafikan, antara satu kekuatan sekolah kerajaan adalah kerana mempunyai guru-guru yang terlatih dan berkualiti. Kesemua guru-guru di sekolah kerajaan mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Diploma Pendidikan. Selain daripada itu, mereka juga dilatih bukan hanya dengan teori, malah juga melalui beberapa sesi praktikal sebenar di sekolah sebelum mereka ditempatkan sebagai guru sebenar.


High Performing Teachers kat Malaysia yang semuanya datang dari sekolah kerajaan
High Performing Teachers kat Malaysia yang semuanya datang dari sekolah kerajaan

Maka tak hairan lah bila kita dengar ramai guru-guru yang viral di media massa sekarang kerana mempunyai pendekatan pengajaran yang kreatif dan berinovatif. Itu belum lagi diambil kira dengan guru-guru sekolah kerajaan yang telah menempa nama di peringkat global melalui pelbagai penyertaan dan anugerah antarabangsa.



#5: Kos
Bahagian akhir nih kalau tak nak percaya jugak tak tahu lah. Sememangnya kita semua tahu bahawa kos yang perlu dikeluarkan di sekolah kerajaan nih adalah sangat jauh beza rendahnya berbanding di sekolah swasta atau persendirian. Setuju kan?

Yer lah. Kos di sekolah kerajaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Kalau di sekolah swasta atau persendirian pula, kos ditanggung oleh persendirian atau syarikat yang menguruskan sekolah tersebut, mana lah tak mahalnya kan. Jadi, untuk perkara yang sama, kualiti yang sama, kenapa mahu bayar lebih?


Peluang untuk menikmati kemudahan dan peluang belajar yang terbaik di sekolah kerajaan
Peluang untuk menikmati kemudahan dan peluang belajar yang terbaik di sekolah kerajaan
Ditambah lagi dengan Polisi "Zero Reject" menjadikan institusi sekolah khususnya sekolah kerajaan adalah sekolah sebagai ruang dan hak untuk semua lapisan masyarakat dan latar belakang mendapat pendidikan terbaik. 


Itu saja perkongsian saya mengenai kebaikan memilih sekolah kerajaan berbanding sekolah swasta atau persendirian. Dalam ibu bapa memilih yang terbaik untuk pendidikan anak-anak, maka tinjauan yang menyeluruh perlulah dilakukan, termasuk ke sekolah kerajaan terutamanya pada masa kini. Seperti yang saya katakan di atas, maka kenapa mahu bayar lebih? Sekolah kerajaan, sekolah pilihan!



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Tuesday 15 October 2019

Kita Guru, Kita Nadi Negara! - CikguHailmi

Sekali lagi pertemuan bersama Secretariat @guru_nadi_negara untuk perbincangan pengisian seterusnya. Pertemuan ini turut dihadiri oleh 5 orang lagi guru yang di lantik sebagai DUTA Guru Nadi Negara. Menjadikan ke semuanya 30 orang guru dari pelbagai lapisan dan latar belakang.


Kita Guru Nadi Negara
Kita Guru Nadi Negara


Mereka adalah;
1. Cikgu Noorjahan Sultan yang merupakan pengasas modul didikhibur Bahasa Inggeris "Let’s Rhyme" yang banyak menempa nama di peringkat nasional dan persada antarabangsa.


2. Cikgu Romie yang merupakan Guru YouTube dengan lebih 4000 video pengajaran Matematik.


3. Cikgu Sahaimi atau lebih di kenali sebagai Cikgu Mie Ubai, Guru sekolah asli yang cukup cukup hebat dengan kisah perjuangan ya untuk masyarakat Asli.


4. Cikgu Huzaire dari Pahang yang juga Guru Cemerlang Kelainan upaya dengan kisah perjuangan hidup yang cukup mampu menitiskan air mata.


5. Cikgu Amril, Guru Cemerlang kelainan upaya yang masih muda, bertenaga dan sangat bersemangat.

 

Sesungguhnya penambahan kumpulan pendidik hebat ini menambahkan lagi kekuatan keluarga Guru Nadi Negara sedia ada. Dan dah tentu setiap orang tampil dengan kisah aspirasi yang berbeza.


Berdiri: Cikgu Romie, Cikgu Amril, Duduk: Cikgu Mie Ubai, Cikgu Noorjahan, Cikgu Huzaire
Berdiri: Cikgu Romie, Cikgu Amril, Duduk: Cikgu Mie Ubai, Cikgu Noorjahan, Cikgu Huzaire


Semoga aspirasi dan inspirasi ini boleh ditebarkan lagi ke seluruh negara.

P/s: Pertemuan juga disertai oleh 4 mahasiswa IPG Ilmu Khas yang akan bertindak sebagai moderator bahasa isyarat di setiap venue nanti. Good work! 😍



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Saturday 18 August 2018

Guru perlu bijak kemas kini pengetahuan teknologi

Permaisuri Johor: Guru perlu bijak kemas kini pengetahuan teknologi

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah teknologi pada masa ini menuntut guru agar bijak mengemas semula pengetahuan.

Golongan pendidik mampu melakukan perubahan dan tranformasi dalam bidang pendidikan selagi mereka berupaya mencari kaedah pembelajaran yang efektif kepada anak didik mereka.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah perubahan yang berlaku rentetan daripada teknologi yang digunakan pada masa ini menuntut guru agar bijak mengemas semula pengetahuan, kemahiran, tujuan, pedagogi dan hasil pembelajaran yang dimiliki mereka.

Ini termasuk menerapkan penggunaan digital serta mengoperasikan pelbagai kaedah berfikir dalam pengajaran.

"Guru boleh melakukan ini dengan pelbagai strategi termasuk menggunakan ujian dan maklumat prestasi pelajar dalam merancang pengajaran, selain memberi tumpuan kepada pembangunan literasi dan numerasi.

"Di Malaysia, kita telah melihat banyak contoh tentang bagaimana individu dan kumpulan-kumpulan guru telah memberi impak yang besar kepada kehidupan pelajar mereka dan saya percaya guru-guru ini perlu dijadikan sebagai contoh untuk diikuti.

Amalan terbaik mereka mesti dikongsi dengan semua guru agar mereka dapat mengubah komuniti dan negara secara kolektif," titah baginda.

Persidangan MELTA

Raja Zarith Sofiah yang juga Penaung Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris (MELTA) bertitah demikian ketika menyempurnakan Persidangan Antarabangsa MELTA kali ke-27 2018 di Hotel Berjaya Waterfront, di Johor Bahru, hari ini.

Hadir sama Presiden MELTA Prof S. Ganakumaran.

Dalam persidangan itu, Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, Nor Fadzleen Sa'don, 41, dari Sekolah Menengah Bandar Baru Uda telah dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Bahasa Inggeris The MELTA Hyacinth Gaudart.

Nor Fadzleen yang ditemui kemudiannya berkata beliau menerapkan kaedah pembelajaran yang selaras dengan peredaran zaman bagi memastikan setiap pelajarnya tidak ketinggalan terutama dalam bidang pendidikan yang kini banyak menggunakan teknologi.

"Pendidikan bagi abad ke 21 ini perlulah berbeza. Konsep global yang saya terapkan di dalam bilik darjah dengan menggunakan teknologi seperti video dan juga "Visual Reality"(VR) membuatkan pelajar minat untuk belajar Bahasa Inggeris".

"Saya berkolaborasi dengan banyak guru dari luar negara seperti Mesir dan Amerika Syarikat melalui video. Kami berkongsi persamaan dan perbezaan pelajaran antara dua negara," kata Nor Fadzleen yang kini menyambung pengajian Ijazah Kedoktoran dalam bidang teknologi di Institut Antarabangsa Teknologi Malaysia-Jepun, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

- Bernama

Saturday 1 October 2016

Program Guru Aktif bersama masyarakat. Berperanan mendekatkan guru-guru dengan ibu-bapa dan komuniti. ~ Guru dan masyarakat berpisah tiada. ~



Program Guru Aktif bersama masyarakat. Berperanan mendekatkan guru-guru dengan ibu-bapa dan komuniti. ~ Guru dan masyarakat berpisah tiada. ~ Program Guru Aktif bersama masyarakat. Berperanan mendekatkan guru-guru dengan ibu-bapa dan komuniti. ~ Guru dan masyarakat berpisah tiada. ~ https://www.facebook.com/mahdzirkhalid/photos/a.661684693933108.1073741963.377863958981851/859767254124850/?type=3

Sunday 15 January 2023

Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik? - CikguHailmi

Bacaan hari ini sangat menarik hati saya. Info kecil yang patut kita bagi perhatian jika nak saling memahami dan tingkatkan kualiti pendidikan kita.

Tahukah anda pada tahun 2018, di Malaysia sumber tenaga generasi Y yang telah diambil bekerja sudah hampir 62%. Dalam pada itu, guru kohort Baby Boomers pula menghampiri masa bersara, dengan Generasi X di fasa pertengahan kerjaya mula menggantikan tugas kepimpinan.


Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik?
Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik? 



Jadi memahami Guru Generasi Y sebenarnya boleh mengurangkan jurang beza pemikiran antara generasi.

So siapa Generasi Y nih?
Mereka adalah generasi yang lahir tahun 1977 hingga 1995, berpendidikan tinggi dan obses dengan teknologi. Cekap beradaptasi dengan teknologi terkini dan fleksibel untuk terima perubahan. Generasi ini dikatakan bersifat kepelbagaian dan mudah bekerjasama dengan generasi lain.
Mereka suka jadual yang fleksibel serta mengharapkan pemimpin yang bersama mereka ketika bekerja. Leader, bukan bos. Mereka juga suka jika diberi pengiktirafan atas kerja yang dilakukan, namun kurang bagi respon kepada arahan dalam bentuk kawalan dari pihak atasan. Tak suka dicontrol lah senang ceritanya.


Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik?
Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik? 



Mereka lahir dalam persekitaran yang sering mempersoalkan sesuatu perkara yang berlaku. Dan sering beranggapan mereka boleh lakukan perubahan besar kepada dunia.
Sisi negatifnya, Generasi Y sentiasa percaya apa yang mereka lakukan adalah betul. Kurang sabar dalam menghadapi masalah dan tidak boleh ditegur secara terbuka. Mereka juga tidak setia dengan sesebuah organisasi. Tak suka, mereka akan blah.


Jadi camana cara terbaik nak deal dengan Guru Generasi Y nih?
Pengurusan perlu ada penjelasan terperinci tentang sesuatu tugas, bagi pengiktirafan, puji secara terbuka, respon dan sedia tempat kerja yang kondusif. Layan elok-elok, inshaAllah diorang perform all out punya. 😅
Pentadbir yang baik mampu mencorakkan guru yang berkualiti. Setuju tak?


Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik?
Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik? 


Buku yang saya baca berjudul "Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah Abad ke-21" terbitan UUM Press tahun 2020. Selamat membaca!


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Sunday 8 September 2019

Jadilah Guru Senior Yang Boleh Dicontohi! - CikguHailmi

Hari nih bersara seorang lagi guru hebat di sekolah saya, Cg Senawi Dollah. Guru Bahasa Melayu dan guru yang banyak membantu sekolah kalau bab landskap dan taman.

Sepanjang kenal dengan Cg Senawi, dia punya gaya kerja memang terbaik sangat. Semua kerja pun dia akan buat dan bantu sekolah. Sedaya upaya beliau.


Jadilah Guru Senior Yang Boleh Dicontohi!
Gambar kenangan bersama Cikgu Senawi pada hari persaraan beliau

Tak pernah pun saya dengar dia bagi alasan, "takpa lah.. Saya dah nak pencen". Termasuk ajar kelas SPM dan buat semua landskap kat sekolah. Ya! Semua landskap kat SMK Jerlun tu adalah hasil tangan beliau. Hingga minggu terakhir nak pencen pun, masih diusahakan lagi. 

Yang kedua adalah ketika keputusan SPM diumumkan tahun ini. Result BM memang cemerlang walaupun mata kita nampak macam sama saja dengan usaha guru lain jugak.
Masa nih saya sedar, pengalaman tuh pada akhirnya akan memberi nilai tambah berbeza kepada usaha kita. Harus respect dengan para otai yang macam ni.


Jadilah Guru Senior Yang Boleh Dicontohi!

Jadilah Guru Senior Yang Boleh Dicontohi!

Jadilah Guru Senior Yang Boleh Dicontohi!

Jadilah Guru Senior Yang Boleh Dicontohi!


Akhir sekali, semoga dengan persaraan ini memberi ruang dan masa sepenuhnya kepada Cg Senawi untuk bersama dengan keluarga dan hobi tercinta, berkebun.

Saya doakan beliau sentiasa sihat dan dirahmati Allah! Amin. @ Smk Jerlun


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Sunday 27 October 2019

Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP? Betul ker Pencen Nanti Tak Sama? - CikguHailmi

Masih ramai lagi yang keliru antara gred Hakiki dengan gred KUP. Malah kadang-kadang susah jugak kita nak rujuk mana-mana, sebab tak tahu kat mana nak dapatkan maklumat macam nih. Jadi, selepas saya bertanya dengan pihak yang berkenaan, maka saya rasa baik juga jika saya kongsikan apa beza antara gred Hakiki dengan KUP supaya boleh menambahkan pengetahuan cikgu-cikgu lain jugak. Jom kita tengok.


Apa Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP? Betul ker Pencen Nanti Tak Sama?
Apa Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP?


GRED KUP
KUP atau penuhnya Khas Untuk Penyandang adalah gred yang ada pada cikgu tu sendiri. Sebagai contohnya, bagi guru yang timebased dengan gred DG48(KUP). Bermaksud, cikgu tu kalau pindah ke sekolah mana sekalipun, akan bawak jugak gred DG48(KUP) tu bersamanya.

Contoh lain bagi guru yang pegang gred KUP ini adalah Guru Cemerlang. Maknanya jika saya Guru Cemerlang dengan gred DG48(KUP), jadi saya boleh berpindah ke mana-mana sekolah lain dengan masih gred DG48(KUP).



GRED HAKIKI
Gred Hakiki pula berbeza. Gred Hakiki ini adalah gred pada jawatan.  Sebagai contoh, mana-mana guru yang menjawat jawatan Pengetua, akan mendapat gred hakiki DG52 (atas sebab jawatan Pengetua). Sekalipun guru tuh masih DG44(KUP) kerana timebased, tetapi jika beliau dilantik sebagai Pengetua, maka gred dia akan berubah kepada DG52(HAKIKI).

Bezanya, jika berpindah sekolah, perlulah juga ke sekolah yang mempunyai jawatan dengan gred yang sama. Sebagai contoh, Ketua Bidang dengan gred DG44(HAKIKI) hanya boleh berpindah ke sekolah yang ada kekosongan Ketua Bidang DG44(HAKIKI) sahaja. Kalau dia nak pindah juga, dia kena letakkan jawatan, dan dapat semula gred KUP.


Beza Tak Pencen KUP Dengan Hakiki?
OK, so far faham tak? Satu lagi isu yang berkait dengan gred KUP dan Hakiki ini adalah soal pencen. So berikut adalah soalan dan jawapan yang saya tanyakan kepada seorang pegawai yang berkaitan dengan urusan ini.


"Saya ada soalan. Jika saya nih GURU Cemerlang DG48(KUP), diberi jawatan Guru Kanan DG44(HAKIKI),
1. Saya akan terima gaji untuk yg mana satu?

"Gaji berdsrkn gred yg disandang pada gred dg48 kup.. Pengisian pula tertakluk kpd kategori tempat yg diisi.. Contohnya klu guru di sekolah.. Gred penyandang ialah 48 kup tp isi post 41..sbb sekolah mmg post 41 flexi smp 54..jd guru itu akn dpt gji 48kup"









2. Soalan saya, ada beza tak jika saya pencen dengan gaji Hakiki atau gaji kup?

"Pengiraan pencen adalah berdasarkan gaji akhir.. Tidak ada kaitan dgn kup atau hakiki.. Istilah kup ni merujuk kpd kaedah penmptn dan kenaikan pngkt..
1/600x jumlah bulan perkhidmatan x gaji akhir (pokok)"


OK, diharapkan perkongsian ini mampu memberi anda kefahaman tentang gred KUP dan juga HAKIKI serta persoalan yang berkaitan kedua-dua ini. JIka ada sebarang maklumat yang anda ingin tambah atau betulkan, maka jangan segan silu, sila lah komen kat bawah ya. Terima kasih semua!


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Monday 2 March 2020

Penganugerahan Ikon Guru Kokurikulum & Sukan dan Ikon Guru Seni Budaya (Bahasa) di bawah penyelarasan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian - Pengumuman KPM

Penyertaan dan Pengesahan Pencalonan perlu melalui Pengarah JPN (Sekolah/JPN) dan ketua Jabatan (Pengarah Bahagian)

Tarikh tutup pencalonan kepada Urus setia BSKK : 3 April 2020 (Jumaat)

Sekian terima kasih.

 Bil Perkara  
 1 BSKK-Bahagian KPM-Pencalonan Anugerah Ikon Guru Kokurikulum & Sukan Dan Ikon Guru Seni Budaya (Bahasa) Sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2020 Muat Turun
 2 BSKK-KPM-Pencalonan Anugerah Ikon Guru Kokurikulum & Sukan Dan Ikon Guru Seni Budaya (Bahasa) Sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2020 Muat Turun
 3 Lampiran-Kertas Konsep-Syarat-Kriteria-Borang Pencalonan Ikon Guru BSKK 2020 Muat Turun
4

Lampiran-Skema Pemarkahan Ikon Guru BSKK 2020

Muat Turun


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday 20 December 2019

Hebahan Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 13, 2018 Dan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 14, 2019 - Pengumuman KPM

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah berkaitan.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) telah menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru. Jurnal ini memuatkan hasil penulisan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam penyelidikan yang telah disaring dan dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan khusus untuk sumber rujukan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, pembangunan profesionalisme serta latihan keguruan.

3.      Bersama-sama ini disertakan pautan softcopy penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru adalah seperti berikut:

  1. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 13, 2018: https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/jurnal/3078-jurnal-penyelidikan-pendidikan-guru-jilid-13-2018/file
  1. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 14, 2019: https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/jurnal/3079-jurnal-penyelidikan-pendidikan-guru-jilid-14-2019/file

Perhatian dan kerjasama daripada YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 13 November 2017

Tajuk Perbincangan YB Menteri Pendidikan Malaysia Bersama Para Guru SJKT Di Negeri Kedah Pada 12 November 2017

TALKING POINT YB MENTERI PENDIDIKAN

Bersama Para Guru SJKT Di Negeri Kedah

Pada 12 November 2017

1.      Sukacitanya saya berbesar hati dan menganggap perjumpaaan ini
amat bermakna kepada saya. Sememangnya mendidik merupakan suatu tugas
yang berat dan amat mencabar kerana saya juga pernah bergelar seorang
guru suatu masa dahulu, justeru saya merasa amat dekat dengan
profesion keguruan yang telah pun sebati dalam diri saya. Syabas
diucapkan kepada para guru atas kejayaan mengharungi segala cabaran
dengan semangat yang kental demi mengangkat sistem pendidikan negara
berada pada tahap membanggakan dan dikagumi oleh dunia luar. Sokongan
padu yang ditunjukkan oleh guru-guru sekolah tamil dan masyarakat
India Negeri Kedah pada petang ini, menjadi bukti betapa hebatnya anda
berdiri teguh bersama saya membangunkan dunia pendidikan SJKT.

2.      Kualiti guru dan pencapaian sekolah tamil meningkat dan terus
meningkat, jasa bakti yang menggunung dalam mendidik anak-anak
sehingga menjadi insan berilmu dan berkeperibadian unggul telah
mencorak ke arah penambahan dalam  bilangan sekolah tamil  terus
meningkat. Ini menunjukkan kesan impak dasar-dasar kerajaan yang
sentiasa menyokong kemajuan SJKT.

3.      Sambutan Pendidikan Tamil di Malaysia menjelang 200 tahun
telah membuktikan keprihatinan kerajaan dalam usaha menyokong dasar
pendidikan venikular di Malaysia yang dianggap unik di arena
antarabangsa. Kementerian sentiasa terus berusaha memastikan
kemenjadian murid sebagai warganegara unggul yang berjaya dan akhirnya
dapat pula mencurahkan khidmat bakti kepada keluarga, agama, bangsa,
dan negara tercinta.

4.      Untuk meningkatkan taraf SJKT , kerajaan telah mewujudkan plan
tindakan sekolah tamil yang kini telah diperluaskan sehingga wujudnya
Malaysian India Blueprint ( MIB ) yang mempunyai Visi dan Misi yang
jelas dalam memperjuangkan martabat bahasa tamil di negara ini. Ia
merupakan satu platform untuk menghargai serta mengiktiraf SJKT dan
peranan warga pendidik SJKT di tanah air Malaysia yang tercinta ini.

5.      Keupayaan untuk membina negara bangsa pula bergantung kepada
sejauh mana nilai patriotisme, toleransi serta sikap saling
hormat-menghormati dapat dikongsi bersama oleh setiap lapisan
masyarakat. Nilai yang seharusnya dihayati bersama ini perlu dipupuk
seiring dengan aspirasi sistem pendidikan negara menerusi Anjakan
ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Bagi
menjamin keharmonian ini kerajaan setiap tahun memperuntukkan dana
khas untuk membangunkan sekolah tamil ke arah yang lebih lengkap
dengan pembangunan fizikal dan dalaman sekolah. Terkini, kerajaan
telah menetapkan 2.6 billion ringgit untuk pembangunan dan
penyelenggaraan SJKT di Negeri Kedah. Kerajaan akan terus memelihara,
memberi bantuan dari masa ke semasa dalam menentukan kejayaan SJKT di
negara ini.

6.      Penubuhan Persatuan Guru Besar Negeri Kedah telah memberi
ruang dan peluang kepada warga pendidikan SJKT serta pemimpin dalam
menentukan dan melancarkan aktiviti yang bermakna dalam meningkatkan
kualiti guru dan kemenjadian murid. Lapan nilai aspirasi iaitu budaya
ilmu, integriti, ketahanan, kesetiaan, kebijaksanaan, budaya
ketepatan, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi perlu
diterapkan bagi memacu kejayaan SJKT yang akan dibimbing oleh
Persatuan Guru Besar ini. Saya berharap persatuan ini akan memainkan
peranan penting dalam membina acuan kejayaan SJKT Negeri Kedah dan
akan membuktikan peranan penubuhan persatuan ini kepada semua rakyat
Kedah khasnya kaum India yang inginkan kejayaan yang lebih terbaik
dalam dalam pendidikan anak bangsa sendiri.

7.      Terima kasih buat semua guru SJKT. Jasamu dikenang, namamu
dijulang. Semoga pengorbanan suci ini kekal terpahat indah dalam
lipatan sejarah SJKT Kedah hari ini dan hari-hari berikutnya.



Sekian.

Saturday 4 July 2020

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei - CikguHailmi

Semalam berkesempatan sekali lagi berkongsi ilmu dengan warga pendidik di Sarawak bersempena Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah Sarikei.
Sarawak bukan negeri asing untuk saya. Jadi bila tuan PPD Sarikei, Mr Lau Ngie Tung yang juga mantan PK Pentadbiran saya semasa di SMK Luar Bandar No. 1 Sibu hubungi untuk jemputan, maka terus saja saya terima.
Topik perkongsian adalah mengenai amalan pdpc kreatif dan berkesan. Dengar tu. Kita bukan saja nak yang guru yang Kreatif, tetapi juga boleh jadikan murid dia pon Kreatif.
Saya kongsikan 10 tips pdpc kreatif dan Berkesan. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman saya menjalankan aktiviti dalam bilik darjah. Saya kongsikan juga impak kepada murid daripada segi kreativiti, sikap dan juga pencapaian mereka, hasil daripada amalan tadi.
Yang tak sempat tonton boleh tengok sini https://youtu.be/pLzlwL4c-W8

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei


Jutaan terima kasih juga buat dua guru hebat sebagai moderator iaitu Cg Mattheus dan Cg Faizah. Memang terbaik!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat lebih ramai Guru untuk tampil kreatif dalam bilik darjah.
 💕
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Tuesday 24 March 2020

Tahniah! PKP bukan halangan guru berkreativiti tinggi jalankan PDPC

Tahniah! PKP bukan halangan guru berkreativiti tinggi jalankan PDPC.





Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Semangat guru itu tiada batasnya, walaupun patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang memerlukan semua berada di rumah, namun tidak menghalang guru daripada meneruskan pengajaran dan pembelajaran bersama murid dari rumah masing-masing. 

Guru ini berinteraksi dengan murid-muridnya dari sekolah Sekolah Kebangsaan Kampung Dato' Seri Kamaruddin menggunakan aplikasi 'Hangouts Meet' yang membolehkan guru dan murid berinteraksi melalui rakaman video dan suara. Selain daripada itu, murid juga boleh berinteraksi dengan murid secara dua hala di dalam skrin yang sama menggunakan aplikasi add on Jamboard



      


     

Pada masa yang sama juga Cikgu Ruth Ling turut bersama-sama murid dari Sekolah Kebangsaan Seri Bayu melaksanakan PDPC secara online menggunakan aplikasi yang berbeza iaitu Zoom dan juga Annotator. Berikut paparan screenshot yang dikongsikan bersama :







Persamaan dua orang guru berkreativiti tinggi ini ialah mereka berdua adalah 'Certified Educator' dalam program Google For Education. Semoga perkongsian ini dapat membakar semangat guru-guru yang lain untuk menjadikan PKP yang dilaksanakan bukanlah penghalang untuk kita meneruskan perjuangan. Tahniah!.



Sumber : cikgusuffi.com

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat

Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan