Monday, 30 November 2020

Ikon Penulis Guru, Ikon Ilustrator Guru Dan Ikon Membaca Guru - Pengumuman KPM

ikon guru

ANDA ATAU RAKAN ANDA seorang penulis, pengkarya atau ilustrator?

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia  (MBKM) melalui Urusetia Tetap MBKM mempelawa Guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang berkhidmat untuk mencalonkan rakan guru/ diri sendiri sebagai Ikon Guru bagi tiga (3) kategori yang berikut:

  • Ikon Penulis Guru
  • Ikon Ilustrator Guru
  • Ikon Membaca Guru

Pencalonan tersebut boleh dibuat di pautan yang berikut:

https://mbkm.my/pencalonan-anugerah-ikon-guru/  

Ikon Guru yang dicalonkan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Tarikh tutup pencalonan ialah pada 15 Disember 2020.

Sekian, terima kasih.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday, 27 November 2020

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2020: Penambahbaikan Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language Programme Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Muat turun SPI Bilangan 3 Tahun 2020



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tiada Pekerja Panjat Pagar Keluar Dari Kawasan PKPD Top Glove - Sebenarnya

Polis menjelaskan tiada pekerja di asrama Top Glove Meru, Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) memanjat pagar untuk keluar daripada kawasan itu. Jurucakap Khas Ops COVID-19 Polis Selangor ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata siasatan terhadap gambar tular di media sosial yang memaparkan pekerja lelaki memanjat pagar asrama berkenaan mendapati, perbuatan itu (memanjat pagar) berlaku pada […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday, 25 November 2020

Infografik Yang Tular Di Saluran Telegram Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Terdapat cubaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj infografik yang disediakan oleh pihak KKM. Untuk makluman, saluran telegram tersebut bukan milik KKM. Tindakan tersebut boleh mengelirukan orang awam. Mohon untuk tidak menjadikan platform lain sebagai sumber maklumat bagi mendapatkan informasi terkini COVID-19 di Malaysia selain daripada akaun rasmi […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday, 24 November 2020

Video Suara Generasi COVID - Pengumuman KPM

Suara Generasi COVID merupakan satu inisiatif KPM bersama-sama rakan strategik iaitu UNICEF Malaysia dan ARUS Education. Program ini bertujuan memberi ruang kepada murid di sekolah dari pelbagai latar belakang berkongsi pendapat mengenai pandangan dan perasaan  pengalaman mereka menghadapi wabak COVID-19. Apa yang menarik mengenai program ini ialah pengajaran dan pembelajaran yang bertemakan COVID-19 dilaksanakan melalui project-based learning dalam 4 mata pelajaran iaitu Sejarah, Geografi, Matematik dan Sains. Perkongsian video ini bertujuan mewar-warkan program ini mengenai  pembelajaran secara project-based learning yang berbentuk inter-disciplinary yang dapat memberi pengalaman yang berbeza kepada murid dan juga guru. Dokumentari tersebut boleh didapati melalui pautan berikut:

{youtube}https://youtu.be/RE_stys2wk0{/youtube}



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday, 23 November 2020

Waspada Aplikasi Palsu Yang Meminta Maklumat Ahli KWSP Berkenaan Permohonan i-Sinar - Sebenarnya

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak ahli KWSP. Buat masa ini, tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar. Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya. SUMBER: Facebook Rasmi KWSP Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday, 21 November 2020

Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2 Tahun 2020: Pelaksanaan Ujian Amali Sains Bagi Mata Pelajaran Fizik, Kimia, Biologi Dan Sains Tambahan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Mulai Tahun 2021 - Pengumuman KPM

 Muat turun SPI



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday, 20 November 2020

Video Risiko dan Impak : Ketidakpatuhan Terhadap Kawalan Perolehan - Pengumuman KPM

{youtube}https://youtu.be/pkDX68zf-R4{/youtube}



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (Sehingga 31 Oktober 2020) - Pengumuman KPM

 
Berikut merupakan Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malayisa (KPM):
 
 
Catatan :
Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa akan dikemaskini pada bulan berikutnya.
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, Selangor.
 
No. Tel    : 03-8321 7100
No. Faks : 03-8321 7101
Emel       : penguatkuasaan@moe.gov.my


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday, 19 November 2020

Laporan Berkenaan Perjanjian Dan Pemindahan Dana Daripada KWSP Kepada Syarikat / Individu Adalah Berita Tidak Benar Yang Ditularkan Semula - Sebenarnya

Menurut kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): Maklumat yang mengelirukan dan tidak sahih tersebut telah tular semula dari berita lama pada tahun 2018 yang telah pun disangkal oleh pihak KWSP seperti berikut: https://ift.tt/3kFNgMd KWSP tidak pernah membuat perjanjian dengan mana-mana syarikat/ individu yang dinyatakan dalam artikel tersebut. Proses tadbir urus KWSP yang sangat ketat dan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday, 18 November 2020

Urusan Pemangkuan Pemandu Kenderaan Bermotor Gred H14 Ke Gred H16 Di KPM - Pengumuman KPM

 Pemangkuan Pemandu Kenderaan Bermotor Gred H14 Ke Gred H16



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kenyataan Media: Slot Program TV Pendidikan DIDIKTV @ NTV7 Di Saluran NTV7 - KPM

 Muat Turun Kenyataan Media

 

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Pekerja Warga Asing Yang Memakai Gelang ‘Pink’ Di Tapak Pembinaan Adalah Saringan ‘Surveillance’, Bukan Saringan Kontak Rapat - Sebenarnya

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah: Seramai 264 daripada 273 yang telah disaring, adalah melalui saringan surveillance tapak bina. Mereka berada di dalam kawasan tapak bina (rumah kongsi bawah tanah 1 dan 2 dan rumah kongsi tepi sungai). Mereka diberikan gelang pink kerana bukan warganegara untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday, 17 November 2020

Salam Persaraan Datuk Maimunah: Loghat Sabah nya Pasti Dirindui! - CikguHailmi

 Semalam saya dapat perkhabaran majlis persaraan seorang lagi tokoh hebat

pendidikan kat negara kita, iaitu Datuk
Maimunah Suhaibul
, iaitu Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru.
Mengenali beliau, saya sifatkan Datuk sebagai seorang yang tenang dan pemimpin yang penuh sifat keibuan.
Kali pertama bertemu beliau semasa datang mencerap saya di sekolah bersama mantan TKPPM, Datuk Sulaiman Wak. Perasaan nervous tu hilang dengan sifat mesra dan lemah lembut beliau. Kali kedua bertemu semasa Sambutan Hari Guru 2019 di Pulau Pinang dan kali terakhir bertemu di Negeri Sembilan.





Team beliau jugalah yang telah membawa saya untuk berkongsi amalan PLC bersama Pengarah dari seluruh Bahagian dan Negeri dalam mesyuarat di KPM. Yang akhirnya juga dengan lebih 300 peserta Seminar Profesionalisme Guru di Port Dickson.
Pasti saya akan merindui ucapan beliau yang pekat dengan loghat Sabah tu!
Saya doakan juga semoga Datuk Maimunah terus diberi kesihatan yang baik dan keberkatan masa untuk diluangkan bersama keluarga tercinta. InshaaAllah ada rezeki pasti kita jumpa lagi! ❤️
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Monday, 16 November 2020

Pemakluman Penangguhan Ujian Kemasukan Murid Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab KPM Tingkatan 4 Ambilan 2021 - Pengumuman KPM

POSTER PEMAKLUMAN PENANGGUHAN



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Dakwaan Bahawa PKPB Akan Dikuatkuasakan Di Negeri Kelantan Pada 17 November 2020 Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan: Menurut JKN Kelantan, berita tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi JKN KelantanFacebook Rasmi MKN Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Anugerah Princess Maha Chakri (APMC) Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Anugerah Princess Maha Chakri (APMC) Tahun 2021 adalah anugerah peringkat antarabangsa yang diberikan oleh Kerajaan Thailand kepada guru sekolah dari negara anggota SEAMEO yang berdedikasi dan menunjukkan pencapaian istimewa dalam bidang keguruan.

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (KPM) yang berkelayakan dan menepati kriteria seperti yang dihuraikan dalam Panduan Pencalonan Anugerah Princess Maha Chakri Tahun 2021 (Lampiran A). Seorang guru akan dipilih untuk mewakili Malaysia untuk menerima APMC Tahun 2021.

Semua pencalonan adalah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Bahagian KPM masing-masing. JPN dan Bahagian KPM perlu mengemuka borang pencalonan (Lampiran B) yang lengkap kepada Urus Setia Pemilihan Calon APMC 2021:

Jemaah Nazir
Aras 3-5, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Sektor Penaziran Institusi Pendidikan)

Tarikh tutup permohonan : Isnin, 30 November 2020

Muat Turun

 Surat Pencalonan Anugerah Princess Maha Chakri Tahun 2021

 Lampiran A: Panduan Pencalonan Anugerah Princess Maha Chakri Tahun 2021

 Lampiran B: Borang Pencalonan Anugerah Princess Maha Chakri Tahun 2021



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Dakwaan Rakaman Video Wanita Bunuh Diri Di Genting Highlands Adalah Video Lama Yang Berlaku Di Luar Negara - Sebenarnya

Polis mengesahkan tiada kejadian dua wanita membunuh diri dengan terjun dari bangunan di Genting Highlands. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong DSP Mohd Shahril Abdul Rahman, video tersebut adalah rakaman kejadian lama yang tular semula dipercayai berlaku di luar negara sekitar 2017. rakaman video berdurasi 29 saat menunjukkan seorang wanita terjun dari bangunan manakala seorang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday, 14 November 2020

Waspada Mesej Daripada Pihak Tidak Dikenali Yang Menawarkan Peluang Jana Pendapatan Semasa Pandemik COVID-19 - Sebenarnya

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC): MCMC ingin menasihatkan orang ramai untuk berwaspada terhadap penyebaran mesej daripada pihak tidak dikenali melalui platform WhatsApp atau media sosial, yang menawarkan peluang menjana pendapatan kepada mereka yang terkesan semasa pandemik COVID-19. Orang ramai adalah diingatkan untuk tidak terpedaya dengan mesej tawaran yang mencurigakan. Pada masa yang sama, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Video Tular Program Keagamaan Di Kuil Batu Caves Adalah Video Lama - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Gombak: Terkesan (1) video klip tular dalam media sosial mengatakan satu program keagamaan telah diadakan di Kuil Batu Caves pada 12 November 2020 yang dikatakan melanggar SOP PKPB. Disahkan bahawa tiada program diadakan pada tarikh tersebut. Hanya pada 19 September 2020, (1) program secara tertutup diadakan dalam kawasan kuil. […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday, 13 November 2020

Perkongsian Bersama Ustaz Mohd Asrulnizam Guru Adiwira PAK21 - CikguHailmi

 Untuk reunion Edufluencer secara maya semalam, Ustaz

Mohd Asrulnizam

Guru Adiwira PAK21 telah berkongsikan kerja buat baharu beliau sebagai pegawai di Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Antaranya adalah tentang kejayaan program pembelajaran online, iaitu Program Halaqah Ilmu.

Program berterusan yang telah bermula sejak PKP yang pertama ini lagi telah melibatkan guru-guru hebat Pendidikan Islam dan murid-murid di negeri Kedah khususnya.
Teringat saya dengan apa yang Ustad Asrul selalu cakapkan dengan saya, iaitu misi memartabatkan matapelajaran Pendidikan Islam itu pada level yang setanding atau tak mustahil lebih daripada subjek-subjek lain.





Sebab tu beliau bekerja keras dan sentiasa datang dengan idea baharu yang fresh. Buktinya, terkini mereka adakan program motivasi online kepada murid sebagai sokongan mental dan emosi kepada murid. Perkara yang jarang kita pendidik bagi perhatian semasa musim mencabar sebegini.
SANTAI BERSAMA USTAZ ABAH
( Motivasi Pembangunan Jatidiri Sempena PKPB )
Tarikh : 12.11.2020 (Khamis) Masa : 10.00 pagi
So, jom kita support webinar motivasi online ini dengan sebarkan kepada lebih ramai murid. Apatah lagi penceramah yang dijemput juga bukan kaleng-kaleng, Ustad yang penuh persona dan lawak jenakanya, Ustad
Azlan Idris
.
Kita doakan kejayaan mereka ya!
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Cikgu Hailmi Di AWANI Pagi - CikguHailmi

 Tahniah bro sifu

Norhailmi Abdul Mutalib

ditemu ramah oleh pihak Astro Awani. saya amat bersetuju dengan ulasan beliau yang menyatakan bahawa setiap pihak perlu saling berganding bahu dan saling menyokong antara satu sama lain untuk memastikan motivasi dan momentum murid untuk belajar dari rumah. Berasa bangga juga nama CikgooTUBE disebut oleh bro sifu dalam berita. Tahniah dan terima kasih bro sifu. Keep inspiring always



🥳🥳🥳😍
Bagi sahabat yang tak sempat menonton sila tekan pautan berikut:
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Soalan Lazim (FAQ) Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Serta Peperiksaan Awam Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Muat Turun FAQ



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Dakwaan Mi Kari Oldtown White Coffee Tidak Halal Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM: Ramai pengguna di media sosial mula menularkan video yang mendakwa Mi Kari OLDTOWN White Coffee tidak halal kerana menggunakan daging babi dalam kandungan mi kari mereka. Berdasarkan semakan pihak kami, premis makanan OLDTOWN White Coffee merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah. Perlu difahami bahawa premis makanan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday, 12 November 2020

Pelawaan Untuk Sumbangan Manuskrip Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Tahun 2021 - Pengumuman KPM

SEMUA PENGARAH BAHAGIAN

SEMUA PENGARAH JPN

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN MANUSKRIP BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru (JPPG) bagi tahun 2021. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) daripada bahagian/institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang berminat menyumbang manuskrip berbentuk penyelidikan berkaitan profesionalisme guru untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.

3.         Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penulisan Manuskrip JPPG mengikut format yang ditetapkan dan Lampiran A: maklumat penulis untuk makluman serta tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Sumbangan manuskrip tersebut perlu dihantar secara softcopy ke alamat emel: jurnalbpg@gmail.com. Tarikh akhir penghantaran manuskrip tersebut adalah pada 15 Januari 2021.

4.         Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia penerbitan JPPG di Unit Dasar Pembangunan Keguruan, Cik Hasmidatul Suria binti Azmi secara emel hasmidatulsuria@moe.gov.my / ditalian 03-88841228.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

 Muat Turun:

 SURAT PELAWAAN

 Panduan Penulisan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 2021

 LAMPIRAN A - MAKLUMAT PENULIS

 

 

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

URUS SETIA JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDKAN GURU

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday, 11 November 2020

Dakwaan Tidak Perlu Surat Kebenaran Merentas Daerah Di Kedah Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Sebarang pergerakan rentas negeri dan daerah bagi individu masih menggunakan permit pergerakan / kebenaran dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja dan surat kebenaran dari majikan menjalankan tugas sahaja tidak perlu menggunakan permit pergerakan / kebenaran dari pihak PDRM. Sudah memadai dengan menunjukkan surat majikan tersebut. Disamping itu juga, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Surat Derma Palsu Yang Menggunakan Nama Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti - Sebenarnya

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC): Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin mengingatkan orang ramai berhubung surat derma palsu yang kononnya dikeluarkan oleh “Badan Kebajikan Thalassemia Malaysia (944520K)” yang meminta sumbangan dengan secara palsu menamakan Pengerusi SC sebagai penasihatnya.Individu itu juga telah menyamar sebagai pegawai pengurusan kanan SC ketika membuat panggilan untuk memohon sumbangan. SC telah membuat […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday, 10 November 2020

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di KPM Bagi Tahun 2019 Hingga 2020 (Urusan Cicir) - Pengumuman KPM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti jadual di bawah:

Bil.

Tarikh

Tempoh

Keterangan

1.

11 November 2020 (Rabu)

hingga

 

25 November 2020

(Rabu)

 

15 hari

·      Tempoh PERMOHONAN CALON dibuka

·      Tarikh tutup pada 25 November 2020 (SEBELUM jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

i.              Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Ketua Bahagian (Di JPN / Bahagian / IAB / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN ; dan

 

ii.            Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

2.

26 November 2020

(Khamis)

hingga

 

10 Disember 2020

(Khamis)

 

15 hari

·      Tempoh PERAKUAN KETUA JABATAN (Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN /  Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi) KEPADA JPN/BAHAGIAN

·      Tarikh tutup pada 10 Disember 2020 (SEBELUM jam 11.59 malam)

NOTA PERINGATAN:

i.     Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN ; dan

ii.    Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

3.

11 Disember 2020

(Jumaat)

hingga

 

25 Disember 2020

(Jumaat)

15 hari

·      Tempoh PERAKUAN  PENYEMAK / PENGESAH di JPN / Bahagian / IAB / IPGM KEPADA BPSM, KPM

·      Tarikh tutup pada 25 Disember 2020 (sebelum jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA

Urusan ini terbuka kepada:

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan TAHUN 2019 HINGGA 2020;
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan TAHUN 2019 HINGGA 2020;
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan TAHUN 2019 HINGGA 2020 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA; dan
  4. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan TAHUN 2019 HINGGA 2020.

3.         Mulai tahun 2019, urusan TBBK dilaksanakan berdasarkan permohonan oleh calon sendiri. Calon hanya perlu menyemak semua maklumat yang telah dikemaskini oleh Ketua Jabatan masing - masing menggunakan log masuk sendiri bagi permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. SEBARANG PERCANGGAHAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN SEGERA KEPADA KETUA JABATAN UNTUK DIKEMASKINI. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.

4.         Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 11 NOVEMBER 2020 (RABU) secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).

5.         Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua  permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti jadual di Para. 2 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

  1. Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
  2. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan / atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) / Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan (CTGIP)
  3. Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman ke Jabatan / Kementerian lain;
  4. Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB);
  5. Pegawai yang PERNAH DIPERAKU TETAPI GAGAL dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;
  6. Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh tanpa cuti atau tanpa sebab munasabah atau tanpa kelulusan / kebenaran Ketua Jabatan serta tindakan potongan emolumen telah diambil (sila rujuk Para. 11 dalam surat siaran bagi maklumat lanjut); dan
  7. Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.

6.         Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH dinaikkan pangkat dalam mana – mana urusan kenaikan pangkat atas gred yang sama sahaja diperakukan dalam urusan TBBK. Pegawai yang SEDANG MEMANGKU juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang Ulasan Ketua Jabatan). Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan hendaklah memastikan PERAKUAN DIBUAT BAGI SEMUA PEGAWAI YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.

 Muat Turun Surat Siaran

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday, 9 November 2020

Pemakluman Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) - Pengumuman KPM

Muat Turun Surat Pemakluman



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Sunday, 8 November 2020

Infografik Pengoperasian Sekolah Dan Tarikh Baharu Peperiksaan Awam - Pengumuman KPM

{gallery}KPM/UKK/Galeri2020/1108-Infografik-Pengoperasian-Sekolah{/gallery}

 Muat turun teks ucapan



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday, 6 November 2020

Senarai 3 Buah Sekolah Ditutup Di Daerah Kemaman, Terengganu (Kemas Kini 6 November 2020) - Pengumuman KPM

 Muat Turun Senarai



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday, 5 November 2020

Kenyataan Media: Penutupan Institusi Pendidikan Di Daerah Dungun, Terengganu; Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Dan Daerah Kerian, Perak - KPM

Muat Turun Kenyataan Media

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan