Showing posts sorted by relevance for query guru. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query guru. Sort by date Show all posts

Tuesday 15 October 2019

The Real Adiwira: Terima Kasih Cikgu Mie Ubai dan Cikgu Amril! - CikguHailmi

Bertemu dengan dua guru hebat pada kali nih cukup mengujakan saya. Satunya guru yang gigih berkhidmat lebih 17 tahun di sekolah Asli dan seorang lagi guru muda beza upaya pendengaran yang gigih buat kerja motivasi untuk kumpulan murid kelainan upaya.


The Real Adiwira: Terima Kasih Cikgu Mie Ubai dan Cikgu Amril!
The Real Adiwira: Terima Kasih Cikgu Mie Ubai dan Cikgu Amril!


Cikgu Sahaimi atau lebih di kenali sebagai Mie Ubai nih memang cukup terkenal sebagai guru sekolah Asli. Kisahnya pernah diangkat oleh PADU sebagai kisah inspirasi atas kerja buat beliau yang pernah membawa anak Asli hingga ke peringkat Kebangsaan.

Mendengar 17 tahun pengalaman beliau mendekati masyarakat Asli di Runchang dan Simpai, rasa kecik sangat diri ini jika nak dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan beliau sebagai pendidik.


Cikgu Sahaimi atau lebih di kenali sebagai Mie Ubai
Cikgu Sahaimi atau lebih di kenali sebagai Mie Ubai


Cikgu Amril Nurman pula guru muda yang cukup bersemangat dengan kerja buat sebagai pendidik. Tak terjejas sikit pun dengan beza upaya beliau, rasa malu plak kalau yang lain tu tak sekuat beliau dalam mendidik.

Baru follow Instagram beliau, dan serious saya nampak potensi beliau yang cukup besar dalam dunia pendidikan jika di bentuk. Siap abam offer jadik mentor untuk Guru Cemerlang weyh. Hehhe.. Ingat senang ker abam nak offer jadi mentor nih.. 😝


Cikgu Amril Nurman watak guru hebat
Cikgu Amril Nurman watak guru hebat

Namun yang paling utama sekali adalah kisah yang diangkat oleh kedua-dua watak guru yang hebat ini. Mereka tak buai masyarakat dengan kisah-kisah sendu kesukaran yang mereka alami. Sebaliknya kisah-kisah kejayaan kemenjadian murid mereka lah bukti kepada usaha mereka selama ini.

Bab nih saya sangat setuju. Kalau nak angkat kisah sendu pengorbanan, semua orang pun ada kisah pengorbanan sendiri. Takyah tunggu gi ajar kat pedalaman atau sekolah Asli. Ajar kat tengah Bandar pun, ada pengorbanannya. Ye tak?


Saya doakan kedua mereka ini dipermudahkan segala urusan mereka dalam mendidik. Dalam setiap kesulitan, pasti ada kemudahan.

Buat Cikgu Sahaimi dan Cikgu Amril, andalah the real ADIWIRA!


#Adiwira #GuruNadiNegara @ Kementerian Pendidikan Malaysia


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Friday 28 August 2020

Perkongsian Inspirasi Guru Persada Global Sempena Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah : Terima Kasih PPD Daro! - CikguHailmi

 Jutaan terima kasih buat PPD Daro atas jemputan perkongsian inspirasi guru persada global sempena Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah.

Mengambil tema "Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu" , pemilihan topik bagi wacana ilmu ketiga mereka ini adalah sangat sesuai. Apatah lagi untuk minggu sebelumnya mereka bawakan Tokoh Guru 2019, Cikgu Nawi untuk perkongsian pengalaman hebat beliau sebagai Guru Cemerlang Gred Khas C.
Saya berkongsi tentang perjalanan karier saya sebagai guru novis, sehingga lah membentuk saya sebagai guru pada hari nih. Bagaimana setiap pihak, baik pentadbir mahu pon rakan di sekeliling, sebenarnya sangat menyumbang kepada kejayaan kita pada masa depan.
Yang paling penting adalah memulakan semuanya dengan langkah sederhana, tapi penuh gaya dan makna. Tahu apa yang kita atur. Tahu apa yang kita buat. InshaAllah kejayaan lah yang menunggu kita nanti.





Tak ada yang saya harapkan selain daripada perkongsian ini dapat beri banyak manfaat kepada rakan guru yang sedang bersusah payah membuat yang terbaik untuk anak didik masing-masing.
Tak lupa juga ucapan Terima kasih buat tuan moderator, Cikgu Fauzol yang membantu menguruskan perjalanan perkongsian tadi.
#Daro @ PPD Daro
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Tuesday 24 September 2019

Simposium Dengan Pengetua Guru Besar, "If Opportunity Doesn't Knock.." - CikguHailmi

Hari ini saya berpeluang untuk kongsikan impak keterlibatan saya dalam program guru antarabangsa bersama pentadbir sekolah bagi Simposium Perkongsian Amalan Terbaik PPD Kubang Pasu 2019.

Disebabkan audiens nya adalah kalangan pengetua dan guru besar, maka perkongsian pengalaman adalah menjurus kepada bagaimana peranan PGB boleh menyokong peluang-peluang pelatihan guru antarabangsa ini dalam meningkatkan kualiti profesionalisme guru mereka sendiri.






Simposium Perkongsian Amalan Terbaik PPD Kubang Pasu 2019
Simposium Perkongsian Amalan Terbaik PPD Kubang Pasu 2019



Selain berlakunya transfer of knowledge, impak lebih besar adalah bagaimana pengalaman ini berupaya meningkatkan kefahaman dan Profesionalisme saya sendiri sebagai seorang pendidik. Malang lah jika selepas balik, masih dengan amalan yang sama.

Dan bila kualiti guru meningkat, sudah pasti impak tersebut jugak akan dapat memberi impak kepada murid dan sekolah.

Namun realitinya bukan semua pentadbir mampu berkongsi aspirasi yang sama dengan guru. Ada guru bagus, pun tak dapat berkembang kerana perbezaan aspirasi. Kasihan guru.

Untuk ini, saya bersyukur kerana diberi rezeki bertemu pengetua-pengetua yang sangat menyokong kepada kemenjadian saya dan rakan sebagai guru. Terima kasih Pengetua! Saya sangat hargai!

Saya tutup perkongsian hari nih dengan satu quote tentang peluang,

"If opportunity doesn't knock, BUILD A DOOR!" 


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Friday 25 October 2019

Pelawaan Untuk Sumbangan Artikel Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 15/2020 - Pengumuman KPM

Ruj.Kami   : KPM.100-16/4/3  (75)

SEMUA PENGARAH BAHAGIAN

SEMUA PENGARAH JPN

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU JILID 15/2020

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru bagi Jilid 15/2020. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa pegawai/pensyarah/guru daripada Bahagian/Jabatan/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang berminat menyumbang artikel berbentuk penyelidikan berkaitan profesionalisme guru untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.
  1. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penulisan Artikel mengikut format yang ditetapkan untuk makluman dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Sumbangan artikel tersebut perlu dihantar secara softcopy ke alamat emel tersebut jurnalbpg@gmail.comhasmidatulsuria@moe.gov.my . Tarikh akhir penghantaran artikel tersebut adalah pada 15 Januari 2020.
  1. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia jurnal di Unit Dasar Pembangunan Keguruan, Cik Hasmidatul Suria binti Azmi ditalian 03-8884 1369 dan email; hasmidatulsuria@moe.gov.my / jurnalbpg@gmail.com.
  1. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Urus setia Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru

Bahagian Profesionalisme Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Muat turun:

Surat Pelawaan

Panduan Penulisan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 2020 

Lampiran A

 

 

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 13 September 2016

Pendekatan atasi beban guru hujung tahun ini ALOR GAJAH 13 Ogos - Lebih 500, 000 guru di seluruh negara boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Pendidikan akan mengumumkan hasil kajian dan pendekatan bagi mengatasi masalah beban kerja ditanggung guru, hujung tahun ini.

Pendekatan atasi beban guru hujung tahun ini

ALOR GAJAH 13 Ogos - Lebih 500,000 guru di seluruh negara boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Pendidikan akan mengumumkan hasil kajian dan pendekatan bagi mengatasi masalah beban kerja ditanggung guru, hujung tahun ini. Pendekatan atasi beban guru hujung tahun ini ALOR GAJAH 13 Ogos - Lebih 500,000 guru di seluruh negara boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Pendidikan akan mengumumkan hasil kajian dan pendekatan bagi mengatasi masalah beban kerja ditanggung guru, hujung tahun ini. http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pendekatan-atasi-beban-guru-hujung-tahun-ini-1.370021#sthash.xKEYjESD.Uf7oghGa.dpuf

Saturday 1 February 2020

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru - CikguHailmi

Ada pulak hat triggered bila abam share cerita semalam. Sampai pm tepi bagai curah perasaan. 😪 Mohon baca betui betui ye.
Fokus utama dia yelah abam nak bagitau macam mana murid mencabar sebegitu membantu bina skil kemahiran dan kreativiti abam nih sebagai cikgu.
Sebab tu abam rasa kena dok situ lagi sebab Budak2 macam tu lebih memerlukan abam berbanding Budak lain di sekolah lain. Lagi2 kalau yang memang dah baguih.


Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Kita dah kena start pikir, keperluan untuk murid tu lebih utama daripada keperluan untuk guru.
Sebab tu kalau kat Korea, semua cikgu2 dia kena rotate sekolah setiap 5 tahun sekali. Nak jaga kualiti guru. Bagi semua rasa jenis sekolah, jenis murid. Tau tang mana susah, tau tang mana senang.
Untong jugak sebab dengan bergeraknya guru hebat tu, murid sekolah lain pun baru lah boleh merasa belajar dengan dia.
Tak ada lah yang take for granted sangat, walau di mana anda berada.
Pasnih kalau ada hat nak triggered lagi, Mungkin kita boleh propose program "1 Bulan di Sekolah Saya, 1 Bulan di Sekolah Awak"!
Jom sama2 jadi cikgu hebat hari nih 😘
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Monday 14 January 2019

AMANAT MENTERI PENDIDIKAN TAHUN 2019 : SEMBILAN (9) INTERVENSI TELAH DIGARISKAN UNTUK DILAKSANAKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN, JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENGURANGKAN BEBAN TUGAS GURU.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

........

48. Oleh hal yang demikian, kementerian sedang berusaha keras untuk mengembalikan tugas hakiki para guru iaitu mendidik dan mengajar. Atas dasar itulah kita telah berjaya mengenal pasti punca tugas-tugas perkeranian yang mengganggu tugas utama guru, yang tidak lagi relevan malah perlu dimansuhkan. Hal ini dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan dari akar umbi; iaitu para guru yang mengajar di sekolah.

49. Untuk memastikan tujuan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, kementerian mempunyai perancangan jangka masa pendek, pertengahan dan panjang. Untuk perancangan jangka masa pendek, mulai Januari 2019, sembilan (9) intervensi telah digariskan untuk dilaksanakan oleh pihak Kementerian, JPN, PPD dan sekolah untuk mengurangkan beban tugas guru. Sembilan (9) intervensi tersebut telah dipecahkan kepada lima (5) inisiatif iaitu:
a. Inisiatif pertama: memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi, sebanyak tiga (3) intervensi akan dilaksanakan iaitu memudahkan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
b. Inisiatif kedua:  pengurusan data dan sistem online, sebanyak dua (2) intervensi akan dilaksanakan iaitu segala pengumpulan data hendaklah diambil dari sumber data sedia ada di dalam sistem KPM.  Di samping itu,  Sistem Kehadiran Murid dalam talian akan digunakan sepenuhnya bagi merekod kehadiran murid. Dalam hal ini, guru tidak lagi perlu mengisi buku Jadual Kedatangan Murid. 
c. Inisiatif ketiga:  sesuai dengan pemansuhan Peperiksaan Tahap 1, sekolah boleh merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang bersesuaian dengan keperluan murid di sekolah. 
d. Inisiatif keempat: penyeragaman borang dan proses pemantauan, sebanyak dua (2) intervensi akan dilaksanakan untuk memastikan guru tidak lagi terbeban untuk mengisi borang kebersihan, keselamatan & penarafan kantin.
e. Inisiatif kelima: penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah, intervensi yang akan dilaksanakan akan memastikan pelbagai jawatankuasa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik akan dimansuhkan.

50. Lima inisiatif ini merupakan langkah pertama untuk meningkatkan kualiti pengajaran, manakala langkah kedua pula melibatkan lebih banyak latihan dan kursus yang perlu bagi memastikan guru-guru mampu menawarkan pendekatan pengajaran yang terbaik.

......

Ikuti rakaman siaran langsung penuh di bawah untuk maklumat penuh. : 




Monday 16 September 2019

Tech Talk My Digital Maker 2019: Paradigma Guru Mendepani !R 4.0 - CikguHailmi

Jutaan terima kasih buat @mymdec untuk peluang perkongsian sudut pandang dari perspektif guru di pentas utama #mydigitalmaker fair 2019 bersama guru-guru hebat hari nih.

Thank you jugak Encik moderator, Cg Razif yang buat soalan cepumas atas stage oiii.. Game lah sangat! 😝😝😝

Tech Talk My Digital Maker 2019: Paradigma Guru Mendepani !R 4.0
Tech Talk My Digital Maker 2019: Paradigma Guru Mendepani !R 4.0

Dan tak lupa rakan panel lain, Cg Rin dari Kelantan dan Cg Sue Ann dari Johor yang memang terbaik lah keje mereka. Very inspiring story!

First time juga rezeki dapat berjumpa dengan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Encik Zainal Abas dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Encik Aidie Jantan. Punya support cikgu-cikgu KPM, sampai siap tunggu kat depan stage tau! Thank you sangat. 😍😍😍


Tech Talk My Digital Maker 2019: Paradigma Guru Mendepani !R 4.0

Tech Talk My Digital Maker 2019: Paradigma Guru Mendepani !R 4.0



Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Encik Zainal Abas
Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Encik Zainal Abas

Encik Hakimi, orang kuat STEM daripada Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu
Encik Hakimi, orang kuat STEM daripada Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu
 
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Encik Aidie Jantan
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Encik Aidie Jantan


Secara keseluruhan, abam kasik 5 bintang!

Thank you #mydigitalmakerfair
Thank you mdec! @ Malaysia International Trade and Exhibition Centre


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Saturday 10 September 2016

Dialog bersama rakan-rakan guru di SMK Mersing, Johor petang tadi. Dialog menyentuh mengenai perkara berkaitan pasangan guru berjauhan, penempatan guru UPSI dan infrastruktur di sekolah. Terima kasih rakan-rakan yang hadir memberi pandangan dan pendapat. #komunikasi2hala



Dialog bersama rakan-rakan guru di SMK Mersing, Johor petang tadi. Dialog menyentuh mengenai perkara berkaitan pasangan guru berjauhan, penempatan guru UPSI dan infrastruktur di sekolah. Terima kasih rakan-rakan yang hadir memberi pandangan dan pendapat. #komunikasi2hala Dialog bersama rakan-rakan guru di SMK Mersing, Johor petang tadi. Dialog menyentuh mengenai perkara berkaitan pasangan guru berjauhan, penempatan guru UPSI dan infrastruktur di sekolah. Terima kasih rakan-rakan yang hadir memberi pandangan dan pendapat. #komunikasi2hala https://www.facebook.com/mahdzirkhalid/photos/a.661684693933108.1073741963.377863958981851/846401972128045/?type=3

Sunday 8 September 2019

Guru Malaysia menyumbang dan menikmati 'BAHAN SEGAR' dari seluruh negara.


Panggilan kepada semua GURU MALAYSIA, KGM Kini sedang menghimpunkan bahan pendidikan untuk kemudahan bersama. Demi untuk memastikan guru-guru sentiasa berkongsi dan menikmati 'BAHAN SEGAR', KGM mengambil inisiatif membuka ruang perkongsian yang lebih efektif untuk guru-guru. Jom menyumbang sekarang! semoga bermanfaat untuk semua warga pendidik. Jutaan terima kasih kepada yang menyahut panggilan ini.

Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut :

Perkongsian RPT & RPH -  https://kelabgurumalaysiakgm.blogspot.com/p/rpt-rancangan-pengajaran-tahunan.html

Perkongsian Dokumen PBD - https://kelabgurumalaysiakgm.blogspot.com/p/borang-transit-pbd-pentaksiran-bilik.html

Perkongsian Kertas Kerja - https://kelabgurumalaysiakgm.blogspot.com/p/kertas-kerja-jom-kongsi-bahan-yang-anda_18.html

Perkongsian Bank Soalan - https://kelabgurumalaysiakgm.blogspot.com/p/bank-soalan-perkongsian-guru-malaysia.html

Perkongsian Blogger & Vlogger - https://kelabgurumalaysiakgm.blogspot.com/p/bloguru-manfaat-ilmu-untuk-selamanya.html

Terima kasih, teruskan AKTIF,KREATIF, INOVATIF & POSITIF bersama KELAB GURU MALAYSIA. 

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Thursday 12 November 2020

Pelawaan Untuk Sumbangan Manuskrip Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Tahun 2021 - Pengumuman KPM

SEMUA PENGARAH BAHAGIAN

SEMUA PENGARAH JPN

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN MANUSKRIP BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru (JPPG) bagi tahun 2021. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) daripada bahagian/institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang berminat menyumbang manuskrip berbentuk penyelidikan berkaitan profesionalisme guru untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.

3.         Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penulisan Manuskrip JPPG mengikut format yang ditetapkan dan Lampiran A: maklumat penulis untuk makluman serta tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Sumbangan manuskrip tersebut perlu dihantar secara softcopy ke alamat emel: jurnalbpg@gmail.com. Tarikh akhir penghantaran manuskrip tersebut adalah pada 15 Januari 2021.

4.         Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia penerbitan JPPG di Unit Dasar Pembangunan Keguruan, Cik Hasmidatul Suria binti Azmi secara emel hasmidatulsuria@moe.gov.my / ditalian 03-88841228.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

 Muat Turun:

 SURAT PELAWAAN

 Panduan Penulisan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 2021

 LAMPIRAN A - MAKLUMAT PENULIS

 

 

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

URUS SETIA JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDKAN GURU

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday 22 September 2016

Saya menaiki bas bersama TS KPPM dari Dewan Aminuddin Baki ke Galeri Seni IPG Kampus Darulaman Isnin lalu. Banyak kemudahan disediakan untuk siswa pendidik kita sewaktu menuntut ilmu. Semua ini bertujuan untuk memberi keselesaan dalam pembelajaran ilmu bagi menyediakan pendidik abad ke-21. Dalam masa yang sama, saya teringat tentang pengorbanan guru-guru kita yang menabur bakti di sekolah pedalaman. Jadi saya minta pihak BTP mendokumentasikan kehidupan sebenar mereka di sana. Mudah-mudahan masyarakat memahami usaha dan pengorbanan rakan-rakan guru kita.



Saya menaiki bas bersama TS KPPM dari Dewan Aminuddin Baki ke Galeri Seni IPG Kampus Darulaman Isnin lalu. Banyak kemudahan disediakan untuk siswa pendidik kita sewaktu menuntut ilmu. Semua ini bertujuan untuk memberi keselesaan dalam pembelajaran ilmu bagi menyediakan pendidik abad ke-21. Dalam masa yang sama, saya teringat tentang pengorbanan guru-guru kita yang menabur bakti di sekolah pedalaman. Jadi saya minta pihak BTP mendokumentasikan kehidupan sebenar mereka di sana. Mudah-mudahan masyarakat memahami usaha dan pengorbanan rakan-rakan guru kita. Saya menaiki bas bersama TS KPPM dari Dewan Aminuddin Baki ke Galeri Seni IPG Kampus Darulaman Isnin lalu. Banyak kemudahan disediakan untuk siswa pendidik kita sewaktu menuntut ilmu. Semua ini bertujuan untuk memberi keselesaan dalam pembelajaran ilmu bagi menyediakan pendidik abad ke-21. Dalam masa yang sama, saya teringat tentang pengorbanan guru-guru kita yang menabur bakti di sekolah pedalaman. Jadi saya minta pihak BTP mendokumentasikan kehidupan sebenar mereka di sana. Mudah-mudahan masyarakat memahami usaha dan pengorbanan rakan-rakan guru kita. https://www.facebook.com/mahdzirkhalid/photos/a.665924896842421.1073741964.377863958981851/853921194709456/?type=3

Sunday 8 September 2019

Adab Berguru, Jangan Lupa Jasa Tok Guru. Terima Kasih Haji Rodzli! - CikguHailmi

Semalam berkebetulan saya berada di Jitra, maka saya ambil kesempatan untuk berkunjung ke rumah Tn Haji Rodzli, mantan Guru Cemerlang Gred Khas C (Geografi) dan juga mantan Pengerusi Majlis Guru Cemerlang Malaysia.

Insan inilah yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sejak saya bergelar Guru Cemerlang. Ingat lagi, masa tu balik dari Sarawak, pertama kali jumpa Tuan Haji untuk satu projek bersama Astro. Tahun 2013, kalau tak salah saya. 


Adab Berguru, Jangan Lupa Jasa Tok Guru. Terima Kasih Haji Rodzli!
Adab Berguru, Jangan Lupa Jasa Tok Guru. Terima Kasih Haji Rodzli!

Dan lagi best, sebab kenangan tu jugak direkodkan dalam satu slide Menteri Pendidikan masa tuh sebagai inisiatif memperkasakan laluan kerjaya guru, iaitu peluang hingga ke Gred Khas C melalui laluan kecemerlangan. Saya tumpang glamer Tn Haji saja masa tu.. 😂😂😂
Masih tak berubah macam dulu, penuh rendah diri, suka membantu dan membimbing #cikgu muda lain. Itu antara benda yang saya belajar dari tn haji.

Pada saya, kadang-kadang kejayaan kita hari ini juga adalah kerana keberkatan ilmu yang datang dari rasa tunduk dan patuh, pada yang pernah memberi ilmu. Orang kata nak tahu murid, tengok lah siapa #guru nya. 

Buat tuan Haji, terima kasih tak terhingga dan semoga sihat-sihat selalu hendaknya!




Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Monday 6 November 2017

Jemputan Ke Majlis Perkongsian Pengalaman Program Pertukaran Guru Malaysia Ke Korea Bagi Debriefing Session Guru Kpm Di Bawah Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (Komtep 2017)

"1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN "

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKONGSIAN PENGALAMAN PROGRAM PERTUKARAN GURU
MALAYSIA KE KOREA BAGI  DEBRIEFING SESSION  GURU KPM DI BAWAH
KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME  (KOMTEP 2017)

    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan jalinan kerjasama  Asia-Pacific Centre of Education for
International Understanding , UNESCO (APCEIU) masih meneruskan program
pertukaran guru Korea dan Malaysia bagi tahun 2017. Seramai sepuluh
(10) orang guru KPM telah ditempatkan di lima (5) buah sekolah  di
Republik Korea selama tiga (3) bulan bermula September 2017 sehingga
Disember 2017.

     Bagi tujuan tersebut, Bahagian ini akan mengelolakan Majlis
Perkongsian Pengalaman Program Pertugaran Guru Malaysia ke Korea bagi
Debriefing Session  Guru KPM  di bawah Korea-Malaysia Teacher Exchange
Programme  (KOMTEP 2017)  yang akan diadakan seperti ketetapan berikut
:

  Tarikh:                       08 Disember 2017 (Jumaat)

                  Masa:                       9.00 Pagi hingga 12.00 Tengah hari

Tempat:                       Institut Aminuddin Baki (IAB)

                                                   Kementerian
Pendidikan Malaysia,

                                                   Bandar Enstek,
Nilai, Negeri Sembilan.

           Sehubungan itu, Kumpulan Pengurusan dan Professional
pelbagai skim yang berminat untuk menghadiri sesi perkongsian ini
dipelawa untuk mengemukakan penyertaan dan tertakluk kepada kebenaran
dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing berdasarkan prinsip yang
terawal . Borang kehadiran seperti di Lampiran B hendaklah dikemukakan
pada atau sebelum 8 November 2017 (Rabu) jam 5.00 petang melaluiemel
ke  ahmad.sabri@moe.gov.my  atau faks ke nombor 03 8884 1222.

Wednesday 28 August 2019

Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara



Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Menjadi guru yang sentiasa peka dengan perkembangan semasa, mengadaptasi kepentingan teknologi dalam menyampaikan ilmu dan mengukuhkan pengetahuan dari masa ke masa merupakan ciri-ciri yang harus ada pada setiap guru di negara ini.

Hari ini saya berada di Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan Keempat dan Pesta Buku Institut Pendidikan Guru yang diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang.

Saya melihat persidangan seperti ini menjadi wadah penting untuk mempersiap guru-guru ke arah budaya pendidikan dan pembelajaran yang berteraskan kaedah terkini dan berpaksikan kemajuan teknologi.
Pesta Buku IPG yang diadakan bersekali dengan persidangan ini juga amat bermanfaat kerana berjaya mengumpulkan penulis dalam kalangan pensyarah dan pelajar di 27 Kampus IPG seluruh negara yang bakal memberikan faedah termasuk dari sudut bahan rujukan kepada bidang pendidikan negara.

Pembacaan, penyelidikan dan inovasi merupakan teras kepada usaha berterusan untuk membentuk warga pendidikan yang memiliki kemantapan pemikiran dan ilmu untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3073338602737392/?type=3

Friday 28 August 2020

NOTA MINTA - SK Desa Pandan

Untuk makluman guru-guru, helaian nota minta telahpun dikemaskini. Guru-guru boleh mendapatkan templat nota minta pada ikon muat turun di bawah. Perinician nota minta boleh disi secara bertaip mengikut kesesuaian semasa guru-guru sebelum diserahkan kepada guru besar, Pn. Maheran Binti Abd Halim.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Saturday 4 July 2020

Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik - CikguHailmi

Menyedari keperluan guru mendalami ilmu ICT bagi pendidikan pasca pandemik, AJK IMeT (ICT, Multimedia dan Teknologi) menganjurkan PLC untuk guru-guru SMK Jerlun.
Konsep dia sukarela, peer to peer sharing. Tiada paksaan untuk sesiapa hadir. Tapi alhamdulillah, ramai guru yang datang nak tambah ilmu atas sebab memang nak belajar. Terima kasih kawan-kawan sebab support inisiatif digitalisasi nih.


Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik

Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik

Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik

Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik


Terima kasih juga buat Cg Suharni, Guru ICT kami yang kongsikan tentang pelantar DELIMa. Saya kongsi sket pasal e-Learning. InshaAllah targetnya lepas nih tips dan trick mudah untuk pembelajaran online. Satu kali untuk satu minggu saja. Takyah banyak-banyak.
Kita dah kena sedar, bahawa Online learning akan jadi satu Keperluan akan datang. Bukan lagi penyelesaian sementara masa musibah melanda!
Semoga juga usaha kolaboratif guru-guru, saling belajar antara satu sama lain, membuahkan hasil. Amin!
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Monday 11 May 2020

Tema Hari Guru 2020: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu - cikguayu.my

tema hari guru 2020Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa. Tema Hari Guru 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa tema Hari Guru sempenasambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun 2020 ialah “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”. Berguru Demi […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Saturday 26 September 2020

Senarai Perjawatan Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Sekolah - cikguayu.my

Perjawatan Guru dan AKP di SekolahSenarai Perjawatan Guru Akademik Di Sekolah BIL. GELARAN JAWATAN 1. GURU AKADEMIK (DG 41/42, DG44 DG48 DG52 DG54) 2. GURU AKADEMIK (DG29 DG32 DG34 DG38 DG40) – TERKINI Senarai Perjawatan Guru Bukan Akademik Di Sekolah BIL. GELARAN JAWATAN 1. GURU BESAR 2. PENGETUA 3. PENOLONG KANAN PENTADBIRAN MENENGAH 4. PENOLONG KANAN PENTADBIRAN RENDAH 5. PENOLONG […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Monday 16 September 2019

100 Channel Youtube Pengajaran Cikgu Malaysia - CikguHailmi

Sikap cikgu-cikgu yang semakin cakna dengan perkembangan digital dalam bidang pendidikan mendorong kepada kewujudan banyak channel-channel Youtube pengajaran guru di Malaysia. Satu perkembangan yang baik, sesuai dengan tuntutan semasa pendidikan kita. Sekalipun dengan tujuan yang berbeza mungkin, tetapi pada akhirnya ini akan memanfaatkan satu sama lain.


100 Channel Youtube Pengajaran Cikgu Malaysia
100 Channel Youtube Pengajaran Cikgu Malaysia

Kerana kita ada ramai guru yang aktif membuat perkongsian menerusi video di Youtube, maka saya ambil inisiatif untuk kumpulkan kesemuanya sebagai direktori bagi memudahkan untuk dirujuk dan digunakan oleh guru-guru lain juga. Susunan adalah tidak mengikut apa-apa aturan, cuma mengikut komen di ruangan status facebook saya saja.

Mohon support juga channel-channel guru nih dengan SUBSCRIBE dan SHARE channel youtube yang berkaitan dengan subjek anda!


100 Channel Youtube Pengajaran Cikgu Malaysia

001. Cikgu Hailmi, SMK Jerlun Kedah, Sains SM  https://www.youtube.com/user/miecaprio

Channel Youtube saya banyak memaparkan aktiviti sains secara inkuiri bersama murid
Channel Youtube saya banyak memaparkan aktiviti sains secara inkuiri bersama murid


002. Cikgu Romie, SMK Seri Setia Perak Matematik SM https://www.youtube.com/user/cikguROMIE 

Youtube Channel pengajaran Matematik oleh Cikgu Romie dah cecah 31,000 subscribers. Tahniah cikgu!
Youtube Channel pengajaran Matematik oleh Cikgu Romie dah cecah 31,000 subscribers. Tahniah cikgu!


003. Cikgu Safuan, SK Jengka Pusat 2 Pahang Sains SR https://www.youtube.com/channel/UCg0oqDM7rdaa4MSmPjSCDLA?fbclid=IwAR2MT1caqfsW97ot1K39nWNu6soPopIDnxRk-9X157SEGMoLh3hUCTRycDk

004. Cikgu Mohd Fadzil Abdul Hanid Teknologi Pendidikan http://www.youtube.com/user/MohdFadzil85

005. Cikgu Hazie Chik https://www.youtube.com/playlist?list=PLR4NhbucpPMnkXd-zTQYcsCb2rN_7Jxqe&fbclid=IwAR0c-rF3PiZSdZ1gjwlpsYMWlEVSbRhbF8cN6LKgL4u2JAON2G5hKIf-CJQ

006. Cikgu Aan Lemon Perak Sains SM https://m.youtube.com/channel/UCsT5rISWOmgmiRctKACaUeg/videos?fbclid=IwAR32oOMAFnvo70bfeTjbqk1Fv5eM9E59e3ir1kU62_nmIfgfqnD0NAwz5TA

007. Cikgu Noorjahan Sultan Top 50 Global Teacher Prize 2016 Reading SR https://www.youtube.com/channel/UCrCVqfIFz8xn3tMTm2CnCEw

008. Cg Sarimah Baharom SK SETIAWANGSA Matematik SR https://www.youtube.com/channel/UCcIMpD4T9y4Wevk2waLOvWQ?fbclid=IwAR12eJJYXQxDZ16vqW-S1YXeiv29ViIc34D_IGorBsbJi0R9bkBQArAtxSE

009. Cikgu Khairil Azmir Pendidikan SMKA Perempuan Kangar Perlis Seni Visual SM https://www.youtube.com/channel/UC_rg09ujHOuZOQzUPVZpbTA?fbclid=IwAR1_FywycGYQDxF3nVFHybOk9DxqU3alep1OEVoSPwNYdcJTp6ubOjsLHOo


Cikgu Khairilazmir Tube


010. Cikgu Azme Google Form SM https://m.youtube.com/channel/UCDbBHIgDxHP_Vc2L-rUhYXQ?fbclid=IwAR2MT1caqfsW97ot1K39nWNu6soPopIDnxRk-9X157SEGMoLh3hUCTRycDk

011. Cikgu Nurul, SK Taman Bukit Maluri KL https://youtu.be/7_3Gjl0qj6U

012. Cikgu Adib, SK Panchor Muar Johor English SR https://youtu.be/dGbO5lSxC-M

013. Cikgu Intan Zareena Zahedi SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah Kimia SM https://www.youtube.com/channel/UCWuV6ndp1mNGDRXjNh26uPA?fbclid=IwAR0-TNWqTjoCQqeSS99MiZFZEMR222CFhXn7fJNDx-jqx9wQPqE-Pws2PsE

014. Cikgu Nur Farhana https://www.youtube.com/channel/UCoFcJkjURWDk9yF-G2OxCxg

015. Cikgu Alif SK Perdana Tawau Muzik SR https://www.youtube.com/channel/UCPckMrDoF68fPXIyBp0qj9Q?fbclid=IwAR2NH7LLd-0mUJet1SKz3ZVcW4-NZiCBOUoD4--hcGgLbjEmb9QXQ4KfoHg

 
Channel Youtube Cikgu Alif Dahalan
Channel Youtube Cikgu Alif Dahalan



016. Cikgu Azleefa Sujono SK Seri Beroleh Batu Pahat Johor https://youtu.be/BzS4pCTktYk?fbclid=IwAR0CtBRt0jlcZKroTq4fYhvWj_1vKU57_cCosabB5vR1nprKqYE42AYx4uU

017. Cikgu Solihin Rozali SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok Kedah SM https://youtu.be/q4CEprwOZW4?fbclid=IwAR32oOMAFnvo70bfeTjbqk1Fv5eM9E59e3ir1kU62_nmIfgfqnD0NAwz5TA

018. Cikgu Nayan SK Tun Abdul Razak, KKB, Selangor. Matematik SR https://www.youtube.com/user/cikgunayantv?fbclid=IwAR3nXGn4UZHS5zzxWMJ2UYlCQkC9FxGQ_fjSPmWDCkTx9ldlo7tzC_gaBlw

019. Cikgu Jarod Yong SMK Tabuan Jaya Kuching Sarawak English SM https://www.youtube.com/user/jikkam?fbclid=IwAR3xz--r6fYQyLkF7EPjGYoZ9SveK1ZpQoJNToBFo_PbVgzKl1xRj_CX4jo

020. Cikgu Syahir Bahiran Hilmi SMJK Poi Lam Sains SM https://youtu.be/li6arL-5hEc

021. Cikgu Stefanus Lucas SK Pend. Khas Tuaran, Putatan, Sabah Muzik Pendidikan Khas SR https://www.youtube.com/channel/UC2qjJ_7u_qKX4kxtC90srBg

022. Cikgu Jumrah, SK Tasek Dermawan, Ipoh Perak, Matematik, PJK. https://www.youtube.com/user/olameamore

023. Cikgu Azizi SK Mutiara Perdana Sains SR https://www.youtube.com/channel/UCtlNuYKoZbdI4UO5ESD0_-w

024. Cikgu Stephen Isaac SMK (L) Methodist Sentul  Biologi & Sains SM https://www.youtube.com/channel/UCaDc9UOn57dDwjefXKc9fXw

025. Cikgu juraidah Aman Ahmad fitry Gabrail SMK Taman perumahan Bedaun matematik kebarangkalian https://youtu.be/Jh9qOrjgINw

026. Cikgu Caruso Caine Sebuah projek utk membincangkan idea daripada guru-guru Malaysia dan juga pemegang2 taruh lain yang beroperasi di landskap pendidikan Malaysia < https://www.youtube.com/channel/UCnw8lkLr7u1Jry946H1CYoA?fbclid=IwAR2Ayc3oV9v7P60EgDpVu-C14Vt3jilefV7NGB0Oz-QHJ1zkz_GSXAgv6xQ

Education Malaysia Podcast
Education Malaysia Podcast

027. Mohammad Jabalnur https://www.youtube.com/user/daeng91?fbclid=IwAR0c-rF3PiZSdZ1gjwlpsYMWlEVSbRhbF8cN6LKgL4u2JAON2G5hKIf-CJQ
Sk Bombalai, Tawau, Sabah.
Ko-akademik BM & rintis flipped classroom.


028. Nur Rawaidah Rahmat
SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok
Guru Perpustakaan & Media / Guru Kemahiran Pendidikan Khas
Pendidikan Khas / Pusat Sumber Sekolah

https://www.youtube.com/channel/UCXBt_S0iYfAMuBoShg1kgRQ?fbclid=IwAR3qnxg86rUxmdYNiSQKIdnJxKs8p-EQDFr_c3Bw9L_2Ei-2EoT_BcoPTI4

029. Cikgu Hayati merupakan tenaga pengajar Matematik dan Matematik Tambahan di Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Long, Kajang, sehinggalah saat beliau menghembuskan nafas terakhir. Al Fatihah!


Cikgu Hayati merupakan tenaga pengajar Matematik dan Matematik Tambahan
Cikgu Hayati merupakan tenaga pengajar Matematik dan Matematik Tambahan


030. Cikgu Fariezan Fariez
https://www.youtube.com/watch?v=qAtw_n4hrCI&feature=youtu.be&fbclid=IwAR1VDAoflyi8skvNYvSevzGj7jelYFmXL8UyAHICB78Y7hPeTrz4xA1sZ9g

031. Cikgu Muhammad Islakh
https://www.youtube.com/channel/UCPcBOeeNwiR-8GxdpQZJPqg?fbclid=IwAR2GlOQCrj-Sn4IDUiERkz4DKgNgnv-qVnUij8vixNSBARH68K5TulOg-pc

032. Cikgu Jabal SK Bombalai Sabah
https://www.youtube.com/user/daeng91?fbclid=IwAR1zfv0A_K39maWk6HAzW0M3le-KyNp94qhaXyS3YA4dCsED9jm7xtkOD54

033.Dr Muhammad Khairul Anuar Pendidikan Khas SM
https://www.youtube.com/user/cikgukhairul1?fbclid=IwAR3xz--r6fYQyLkF7EPjGYoZ9SveK1ZpQoJNToBFo_PbVgzKl1xRj_CX4jo

034. Cikgu Khairul Efenddy Bin Hamid a.k.a #CikguBioKacak
SMK POKOK SENA, KEDAH
Subjek : Biologi

https://youtu.be/Qdy2G5ksj4A


035.Cikgu Zalina Zakaria Sains SR
https://www.youtube.com/channel/UCUz46TUkGlxE2nWQD82nDOw

036.

037.
038.
039.
040.
041.
042.
043.
044.
045.
046.
047.
048.
049.
050.
051.
052.
053.
054.
055.
056.
057.
058.
059.
060.
061.
062.
063.
064.
065.
066.
067.
068.
069.
070.
071.
072.
073.
074.
075.
076.
077.
078.
079.
080.
081.
082.
083.
084.
085.
086.
087.
088.
089.
090.
091.
092.
093.
094.
095.
096.
097.
098.
099.
100.



Cikgu cikgu lain yang ada video PdPc kat YouTube, dan nak masuk kan dalam senarai 100 channel pendidikan Malaysia nih meh ler share link ke channel cikgu kat ruangan komen di bawah nih. Supaya lebih ramai boleh SUBSCRIBE dan SHARE video PdPc cikgu.

Jangan lupa tulis nama, sekolah dan subjek juga. Senang nanti saya nak kumpul dan share kat blog saya untuk rujukan cikgu lain juga! Jom kongsi yang cikgu plak! ❤️❤️❤️





Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan