Showing posts with label Dr.Maszlee. Show all posts
Showing posts with label Dr.Maszlee. Show all posts

Monday 26 August 2019

BERMULA JANUARI 2020, SARAPAN PERCUMA AKAN DISEDIAKAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK DI SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARA




BERMULA JANUARI 2020, SARAPAN PERCUMA AKAN DISEDIAKAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK DI SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARA

Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.

Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.

KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.

YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3070731532998099/?type=3

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM24 juta untuk membaiki semua sekolah dan institusi pendidikan yang terjejas akibat taufan berkenaan.




Hari ini saya berada di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbok untuk melihat sendiri kerja-kerja pembaikan di sekolah berkenaan yang terjejas akibat kejadian Taufan Lekima pada 9 Ogos lalu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM24 juta untuk membaiki semua sekolah dan institusi pendidikan yang terjejas akibat taufan berkenaan.

Sehingga kini sebanyak RM6.8 juta telah disalurkan dan KPM sedang memantau kerja-kerja pembaikan di semua sekolah dan institusi pendidikan terlibat
Dijangkakan semua kerja-kerja pembaikan ini dapat diselesaikan dengan segera mengikut tempoh ditetapkan demi keselesaan dan kemudahan murid serta pelajar.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3070451709692748/?type=3

Program Jalinan Mesra Parlimen Simpang Renggam Bersama Warga Pusat Tingkatan 6 di SMK Dato Hj Hassa Yunos, Renggam.



Semalam saya menghadiri Program Jalinan Mesra Parlimen Simpang Renggam Bersama Warga Pusat Tingkatan 6 di SMK Dato Hj Hassa Yunos, Renggam.

Pejabat Parlimen Simpang Renggam akan terus menjalin hubungan yang erat bersama sekolah-sekolah di Simpang Renggam bagi memastikan prasarana pendidikan pendidikan serta kebajikan warga sekolah di kawasan saya terjamin. Saya juga turut menggesa agar segala masalah yang berlaku di sekola-sekolah sekitar Simpang Renggam diberi perhatian yang penuh oleh pihak berwajib.

Hubungan baik ini akan terus dipergiat dan diperkukuhkan bagi memastikan tautan hati antara warga pendidik dan pejabat parlimen terus terjalin utuh.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3070318963039356/?type=3

Photo





source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.473540042717274/3070301779707741/?type=3

EDUCATION is the most powerful weapon which you can use to change the world – Nelson Mandela.

Education is the one pillar that cannot be absent in nation building. It is, to many, the most important foundation in a country’s social and economic development. Thus, with all these importance and virtues, can it be viewed as an industry?

Higher education as an industry

EDUCATION is the most powerful weapon which you can use to change the world – Nelson Mandela.

source https://buff.ly/2ZmUJ8w

Sunday 25 August 2019

Hari ini, saya sempat mengadakan satu sesi libat urus dengan lebih 100 pemain industri utama di sekitar kawasan parlimen ini.



Hari ini, saya sempat mengadakan satu sesi libat urus dengan lebih 100 pemain industri utama di sekitar kawasan parlimen ini.

Program ini diadakan bagi mendapatkan pandangan dan maklumat menyeluruh mengenai usaha-usaha daripada pihak industri yang boleh diambil untuk meningkatkan tahap kerjasama, pelaburan dan pembangunan institusi di bawah KPM dan di kawasan Simpang Renggam.

Terdapat banyak perkara yang dibincangkan termasuk penyelenggaraan institusi pendidikan, pengukuhan perindustrian nanas dan mewujudkan zon perindustrian dan pendidikan di kawasan ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kluang (KLUCCCI) dan Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

YB DR MASZLEE MALIK
AHLI PARLIMEN SIMPANG RENGGAM

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3068329043238348/?type=3

Dalam masa yang sama, KPM juga sedang memastikan prasarana kuarters guru yang rosak dibaikpulih segera.

Dalam masa yang sama, KPM juga sedang memastikan prasarana kuarters guru yang rosak dibaikpulih segera.

Lebih 16,000 kuarters guru kosong, terbiar akan ditangani - Maszlee

Daripada jumlah itu, sebanyak 10,062 unit berada dalam keadaan rosak dan tidak boleh dihuni dengan kebanyakan terletak di luar bandar.

source https://www.malaysiakini.com/news/489395?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

LEBIH 16,000 KUARTERS GURU YANG TERBIAR SEDANG DITANGANI



LEBIH 16,000 KUARTERS GURU YANG TERBIAR SEDANG DITANGANI

Hari ini, saya menghadiri Program Transformasi Minda Anak Muda yang diadakan di Gugusan Felda Belitong bersama anak-anak dan masyarakat di sana.

Saya hadir untuk membuat tindakan susulan berhubung isu yang sering dibangkitkan di Parlimen. Iaitu isu prasarana kuarters guru dan kekosongan kuarters guru.

Di parlimen, isu ini sangat hangat. Unit Hal Ehwal Parlimen, KPM juga telah mengambil kesempatan untuk meninjau isu ini di daerah Kluang ini.

Untuk makluman, KPM mempunyai sebanyak 50,257 unit kuarters seluruh Malaysia.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 33,893 unit (67.44 peratus) sedang diduduki sementara 16,364 unit (32.56 peratus) adalah merupakan kuarters kosong.

Daripada 16,364 unit kuarters kosong tersebut, sebanyak 6,302 unit berada dalam keadaan yang baik dan boleh diduduki. Manakala sebanyak 10,062 unit berada dalam keadaan yang rosak dan tidak boleh dihuni.

Bagi tahun 2019, KPM memberi keutamaan penyelenggaraan kepada kuarters yang berpenghuni.

Walau bagaimanapun, KPM turut menjalankan pembaikan kuarters kosong yang mempunyai permintaan berdasarkan permohonan dan keutamaan skop yang disyorkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian supaya dapat dibuat pengisian, namun masih tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa.

Sehingga 31 Mei 2019, KPM telah menyalurkan sebanyak RM56 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kuarters berpenghuni termasuk sebanyak 773 unit kuarters yang tidak berpenghuni.

Saya sendiri akan memastikan supaya isu kelengkapan prasarana ini diselesaikan segera dan secara menyeluruh, malah segala isu yang berkaitan dengan kuarters guru di seluruh Malaysia juga akan segera diselesaikan untuk jangka masa yang panjang.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung pada hari ini, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Kluang, Bahagian-Bahagian KPM, pihak FELDA, SMK LKTP Belitong, sekolah-sekolah berdekatan, guru-guru, PIBG serta murid-murid atas sumbangan dan kerjasama menjayakan program ini.

YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3068019656602620/?type=3

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Sungai Ulu Benut semakin pulih - Dr Maszlee Malik | Astro Awani

Sungai Ulu Benut di Simpang Renggam yang tercemar akibat kesan sisa daripada tapak pelupusan sampah berhampiran Mac lalu telah mula menunjukkan perubahan p

source http://www.astroawani.com/video-malaysia/sungai-ulu-benut-semakin-pulih-dr-maszlee-malik-1806153

MAHASISWA TURUN KE TENGAH MASYARAKAT, BANTU WARGA MISKIN BANDAR.




MAHASISWA TURUN KE TENGAH MASYARAKAT, BANTU WARGA MISKIN BANDAR.

Sering saya sebutkan mengenai kepentingan kepada mahasiswa untuk sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu masyarakat, khasnya golongan memerlukan.

Saya amat menghargai usaha yang digerakkan mahasiswa kita melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dalam melaksanakan program Perpustakaan Mini dan Tuition Mission Percuma B40 PPR 2019.

Program ini memberi fokus kepada usaha mendedahkan kepentingan pendidikan kepada golongan kurang berkemampuan di bandar dan yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Program Tuition Mission Percuma ini melibatkan murid berprestasi sederhana yang bakal menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini dikendalikan selama tiga hari seminggu dan melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains.

Sementara itu, bagi Perpustakaan Mini pula PPR Lembah Subang II telah dipilih sebagai lokasi pertama dan ia dibina dengan kerjasama erat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

KPM ingin mengucapkan terima kasih kepada warga komuniti PPR Lembah Sumbang II, Alumni YSS, Sukarelawan Siswa dari Kolej Komuniti Kuala Langat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menjadi penggerak utama kepada program ini.

KPM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Peneraju, KLCC Property Holding Berhad, Al Rajhi Bank, Kumpulan Media Karangkraf, Mr DIY Trading Sdn Bhd, Perpustakaan Negara Malaysia, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kerana sama-sama memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan program penuh bermakna ini.

YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3066977446706841/?type=3

Saturday 24 August 2019

SG ULU BENUT KINI BERSIH DAN SELAMAT BUAT PENDUDUK SIMPANG RENGGAM



SG ULU BENUT KINI BERSIH DAN SELAMAT BUAT PENDUDUK SIMPANG RENGGAM

Saya dan pasukan di kawasan Parlimen Simpang Renggam amat mengambil berat titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Negeri Johor Darul Ta’zim pada Mac 2019 yang mahu pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pencemaran yang berlaku di Sungai Ulu Benut.

Sungai ini mengalami pencemaran ekoran kesan sisa daripada Tapak Pelupusan Ladang CEP yang terletak berhampiran.

Bertindak atas titah Tuanku, Pejabat Parlimen Simpang Renggam dengan kerjasama pihak berkuasa terlibat telah mengambil langkah segera dengan menutup tapak pelupusan berkenaan.

Sehubungan itu, selepas lebih lima bulan, Sungai Ulu Benut mula melihatkan perubahan positif apabila kesan pencemaran tidak lagi kelihatan dan kualiti air di sungai berkenaan juga telah kembali pulih dan selamat untuk digunakan penduduk setempat.

Keupayaan untuk mengatasi masalah pencemaran ini juga mendorong kepada penyelesaian masalah bekalan air bersih di kawasan Simpang Renggam dan sekitarnya yang sering terjejas sebelum ini.

Sungai Ulu Benut mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan dan untuk itu, Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam bersama-sama dengan pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri Johor akan merangka perancangan menyeluruh buat sungai ini dengan memasukkannya di dalam kalendar Tahun Melawat Johor 2020.

YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3064967516907834/?type=3

Talasemia merupakan penyakit keabnormalan sel darah merah yang diwarisi dari kedua-dua ibu dan bapa kepada anak mereka.



Talasemia merupakan penyakit keabnormalan sel darah merah yang diwarisi dari kedua-dua ibu dan bapa kepada anak mereka. Penyakit ini menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.

Secara umumnya, penyakit ini memerlukan rawatan sepanjang hayat dan ia dianggap sebagai masalah kesihatan negara. Berdasarkan kepada fakta semasa, 100 ribu pelajar tingkatan empat di seluruh negar telah melalui saringan Talasemia dan didapati 15 ribu daripada mereka adalah pembawa Talasemia.

Sistem pendidikan negara sentiasa memberi penekanan terhadap potensi murid secara menyeluruh mencakupi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat cakna terhadap usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap penyakit ini.

Semalam saya berkesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan pakar perubatan dalam penyakit ini bagi membincangkan kaedah bersesuaian yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran penyakit Talasemia dalam kalangan anak-anak di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Secara umumnya, lebih 50 peratus pesakit Talasemia adalah kanak-kanak dan remaja berusia di bawah 20 tahun dan peranan serta komitmen berterusan KPM dalam isu ini adalah sangat penting.

KPM komited untuk memastikan semua ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk tidak menolak program saringan Talasemia yang telah ditetapkan. Di samping itu, usaha berterusan juga akan dilaksanakan di peringkat sekolah menengah dan universiti bagi meningkatkan pemahaman anak-anak mengenai penyakit ini.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3064385470299372/?type=3

Photo





source https://www.facebook.com/KemPendidikan/photos/a.562550240450309/2551486434890003/?type=3

Friday 23 August 2019

Saya mengucapkan tahniah kepada Bahagian Mahasiswa Holistik, KPM bersama-sama Universiti Sains Malaysia, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Seberang Perai




Saya mengucapkan tahniah kepada Bahagian Mahasiswa Holistik, KPM bersama-sama Universiti Sains Malaysia, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Seberang Perai kerana melaksanakan program Kembara Siswa Patriotik 2019 dengan kerjasama KTMB Berhad.

Program ini bermula dengan Jelajah Siswa Patriotik selama tiga hari dua malam bermula dari 21 hingga 23 Ogos 2019 dan seramai 32 mahasiswa dari 20 Universiti Awam telah terpilih untuk menggalas tugas sebagai duta perpaduan.

Mereka akan mengikuti perjalanan dari KL Sentral dan singgah ke Ipoh sebelum ke destinasi akhir di Butterworth. Kembara mereka ini akan dipenuhi dengan aktiviti berasaskan integriti, patriotisme, kenegaraan dan kesukarelawanan.

Secara khususnya saya amat menghargai kesungguhan anak-anak kita di institusi pendidikan tinggi untuk bersama-sama mengukuhkan perpaduan nasional dan menyalakan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Usaha ini amat bertepatan dengan inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendekatkan institusi pendidikan tinggi dengan masyarakat.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam program bermanfaat besar ini!

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3061425107262075/?type=3

Video



Ini masa zaman saya kanak-kanak dulu. Zaman kalau Hari Kemerdekaan tiba, rasa teruja dan gembiranya sangat terserlah.

Bukti kita cintakan negara ialah apabila kita benar-benar memaknai Merdeka. Dari dulu hingga sekarang.

Anda pula bagaimana?

Kongsikanlah cerita-cerita bermakna yang anda tempuhi ketika datangnya Hari Kemerdekaan semasa zaman kanak-kanak dahulu. Samada dalam bentuk video, bertulis, atau lain-lain, dan muat naik di media sosial anda serta masukkan hashtag #memorimerdeka.

Sama-sama kita maknakan Merdeka.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/videos/1674443182710133/

Malaysia, China pacu kerjasama bidang karya ilmiah. Malaysia berhasrat meneroka kerjasama untuk memperkenalkan karya hebat sasterawan negara di China, termasuk aspek penterjemahan dan pemasaran bagi memastikan ia berupaya dihebahkan ke serata dunia.

Malaysia, China pacu kerjasama bidang karya ilmiah. Malaysia berhasrat meneroka kerjasama untuk memperkenalkan karya hebat sasterawan negara di China, termasuk aspek penterjemahan dan pemasaran bagi memastikan ia berupaya dihebahkan ke serata dunia.

Malaysia, China pacu kerjasama bidang karya ilmiah

KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat meneroka kerjasama untuk memperkenalkan karya hebat sasterawan negara di China, termasuk aspek penterjemahan dan pemasaran bagi memastikan ia berupaya dihebahkan ke serata dunia.

source https://buff.ly/2Hkpy7H

Thursday 22 August 2019

Malaysia wants to boost collaboration in book industry with China.

Malaysia wants to boost collaboration in book industry with China.

Malaysia wants to boost collaboration in book industry with China

LNY,Books,International Fair,Beijing,Resource

source https://buff.ly/2P90RRN

Malaysia bakal pasarkan karya Sasterawan Negara ke China Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, sepanjang di Beijing, delegasi Malaysia bakal meneroka kerjasama untuk memperkenalkan karya-karya hebat Sasterawan Negara di tanah besar China.

Malaysia bakal pasarkan karya Sasterawan Negara ke China
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, sepanjang di Beijing, delegasi Malaysia bakal meneroka kerjasama untuk memperkenalkan karya-karya hebat Sasterawan Negara di tanah besar China.

Malaysia bakal pasarkan karya Sasterawan Negara ke China

PUTRAJAYA - Malaysia akan menjadikan China sebagai ekosistem dinamik terhadap industri perbukuan bagi kedua-dua negara. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, sepanjang di Beijing, delegasi Malaysia bakal meneroka kerjasama untuk memperkenalkan karya-karya hebat Sasterawan Negara di tanah bes...

source https://buff.ly/2MuGyfz

Hari ini menjadi detik bersejarah buat lapangan sastera negara apabila 10 karya penting Sasterawan Negara...



Hari ini menjadi detik bersejarah buat lapangan sastera negara apabila 10 karya penting Sasterawan Negara telah diterjemahkan dalam bahasa Mandarin dan bakal dipasarkan di seluruh China.

Pelancaran 10 buku ini telah berlangsung semasa Beijing International Book Fair 2019.

Usaha penting ini telah dijayakan melalui kerjasama erat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Guangxi Normal University Press.

10 judul yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Srengenge - Shahnon Ahmad
2. Warkah Eropah - A. Samad Said
3. Saudagar Besar di KL - Keris Mas
4. Tivi - Shahnon Ahmad
5. Naratif Ogonshoto - Anwar Ridhwan
6. Salasilah - Zurinah Hassan
7. Postponing Truth and Other Poems - Baha Zain
8. Rimba Harapan - Keris Mas
9. Juara - S. Othman Kelantan
10. Hari-hari Terakhir Seorang Seniman - Anwar Ridhwan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menaruh kepercayaan penuh terhadap DBP untuk terus meneroka peluang kerjasama seperti ini bagi memastikan karya-karya penting Sasterawan Negara dapat terus dimartabatkan.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.230666793671268/3057043924366860/?type=3

Hari ini saya amat bertuah kerana dapat bertemu dengan Vice Minister, Publicity Department China, Jiang Jianguo.



Hari ini saya amat bertuah kerana dapat bertemu dengan Vice Minister, Publicity Department China, Jiang Jianguo.

Dalam pertemuan ini kami sempat berkongsi pandangan tentang kepesatan industri penerbitan di China dan bagaimana Malaysia boleh meneroka peluang ini untuk meningkatkan kapasiti hubungan dua hala kedua-dua negara melalui buku.

Beijing International Book Fair merupakan medan terbaik buat pengusaha buku di kedua-dua negara untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam meningkatkan ekonomi dan kualiti penerbitan masing-masing.

Dalam pertemuan ini juga Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadi negara tamu Beijing International Book Fair bagi tahun 2021, selaras dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia pada tahun 2020.

Saya percaya dengan ikatan kukuh antara kedua-dua negara, banyak manfaat yang bakal diperoleh. Buku bukan sahaja membuka lembaran ilmu, namun menguatkan hubungan sesama negara.

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3056572497747336/?type=3

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan